Tahun lalu aku terlepas peluang mencadangkan nama-nama mereka yang banyak berjasa untuk menerima anugerah Istana, kerana negeri berada di bawah pakatan pembangkang. Tahun ini aku mendapat semula kuota itu, dan kesemua lima orang yang aku cadangkan telahpun diperkenankan oleh Tuanku Sultan.
Di raut wajah wanita lebih separuh abad itu tergambar keceriaan dan kepuasan. Dia tersenyum lebar hingga membuatkan matanya menjadi agak sepet. Dia memang telah banyak menaburkan bakti selama lebih 20 tahun membimbing aktiviti wanita, khususnya di tanah-tanah rancangan Felda. Malahan ketika aku tiba agak awal hari itu, aku sempat menjenguk kerja gotong royong memasak di dewan orang ramai berdekatan masjid. Aku lihat wanita ini seperti biasa bertungkus lumus bersama ahli-ahlinya memasak dan menyediakan juadah untuk jamuan selepas majlis. Antara juadahnya, masak lemak ikan masin bercampur nangka muda, yang sememangnya makanan kegemaranku.
Malam yang sama juga aku menerima jemputan untuk satu jamuan di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Bukit Damansara, tetapi aku tidak dapat menolak untuk bersama rakyat yang sudah dari awal mengharapkan aku datang. Dan salah seorang daripadanya adalah wanita berjasa ini.
Besar sungguh baginya anugerah PPT, yang sudah tentu dapat menguatkan rasa taat dan setia wanita ini terhadap Sultan. Dari segi hairakinya, PPT berada di atas sedikit dari PJK, tetapi jauh ke bawah daripada anugerah Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato', malah lebih jauh daripada anugerah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri.
Pagi esok wanita ini akan ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menerima anugerah itu. Dia memilih untuk mengadap Sultan, walhal pagi esok juga dia sepatutnya berapa di Putrajaya bagi menerima satu anugerah lain dari pihak Felda. Itulah tanda taat setia dan cinta kasihnya kepada Paduka Seri Tuanku Sultan Perak. Sudah tentu dia tidak akan berbaring di atas jalan menghalang kenderaan Raja Muda, jauh sekali untuk membantah titah Tuanku memilih Menteri Besar Perak dengan mengheret perkara itu ke mahkamah.
Wanita ini mendaulatkan titah Raja. Dia tidak berpura-pura, tidak seperti sikap Dato' Ngeh Ko Ham yang mendapat DPMP, mahupun Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang mendapat SPMP.
Aku juga akan ke Istana esok, bagi memenuhi jemputan dan untuk melihat wanita ini menerima pingatnya.

GEMBIRANYA PUAN HAJJAH MUSRIFAH BERSAMA PINGAT
(Foto jam 11.45 pagi 19 Mei 2009)
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

HAJJAH MUSRIFAH MENUNGGU GILIRAN TERIMA PINGAT
3 comments:
dalam melakukan sesuatu tanggungjawab, haruslah lakukannya dengan bersungguh sungguh dan terbaik..
i think people should be build like her for our country and I should be highlight here for our nation, MALAY (rumpun melayu).
Tahniah kpd pn hjh musrifah diatas kurniaan pingat PPT,
Harapan agar Dato' dpt mengadakan kuota untuk pemuda yg berkelayakan di masa akan datang. Insyaallah
Tahniah ditujukan kepada Puan Hjh Musrifah di atas kurniaan pingat PPT..
Harap masih ramai lagi orang macam Puan Hjh Musrifah di luar sana.. Berbakti tanpa mengira balasan mahupun nama..
Kita memang memerlukan orang seperti Puan Hjh Musrifah bagi mengukuhkan lagi parti keramat kita iaitu UMNO..
Post a Comment