25 February, 2010

KEJAM !! KERAJAAN SELANGOR ROBOH GERAI

 Adun Hulu Bernam, Dato' Idris Bakar sedang meninjau sebuah gerai makan dekat Sungai Inki yang dirobohkan oleh Kerajaan "Pakatan Rakyat?" Negeri Selangor.

Alangkah malangnya nasib seorang peniaga di tepi Sungai Inki di Hulu Bernam apabila Kerajaan Selangor di bawah pemerintahan "Pakatan Rakyat?" merobohkan gerainya siang tadi. Kedudukan gerai itu tidak langsung mengganggu lalulintas, bukannya terletak di tepi jalan utama malahan tidak menyusahkan mana-mana pihak.

Gerai makanan itu menjadi tempat untuk rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana menikmati juadah  kerana harganya yang murah dan berpatutan.

Semuanya gara-gara tindakan Ketua Kampung yang dipilih oleh "Pakatan Rakyat?" mengarahkan gerai itu dirobohkan.

Adun Hulu Bernam, Dato' Idris Bakar berkata, inilah kali pertama dalam sejarah 100 tahun pekan Hulu Bernam, sebuah gerai makan dirobohkan oleh pihak yang diamanahkan kuasa.

Beliau berasa sungguh kesal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan ketua kampung berkenaan yang bertindak kononnya atas arahan Pegawai Daerah.

"Kerajaan DAP Selangor dah gantung saya enam bulan tak bergaji, sekarang periuk nasi rakyat pula dimusnahkan. Kerajaan Firaun namanya tu," luah Dato' Idris dalam wall Facebooknya.

Ikutilah antara komen dan isi hati rakyat yang dicurahkan wall facebook milik Dato' Idris :

Nora Hj Mad
Seingat saya semasa arwah ayah jadi ketua kampung tak pernah bertindak sedemikian, segala tindakan ada tolak ansur dan kata sepakat dari org ramai. Ni PKR membawa kepada kemusnahan... itu yg dikatakan nak bantu rakyat. Hampeh betul.

Zolkaranain Sahari
korang tau tak... pemilik kedai tu pegi jumpa ketua kg PKR tu 14 kali merayu mintak tangguh robohkn kedai tu.... dia kata... tak boleh sambil jual nama DO... dia kata ini atas arahan DO...bila dirisik2.... org kuat DO kata ketua kg yg mintak sgt2 kedai tu dirobohkn.. pagi tadi pemilik kedai tu merayu lagi sampai melutut dan pegang kaki ktua kg lahanat tu.... dia buat derkk jer.. Inikah parti yg menjuangkan nasib orang melayu... sial tol....

Bro Dani Daniel Makin menjadi jadi la PR ni..manifesto yg suwey..suka sgt menindas atas kepentingan politik.Bangkitlah rakyat Selangor,bangkitlah UMNO ..KITA berjuang habis habisan kali ini untuk mempertahankan hak2 rakyat.

Hairudin Malingkayo
tu lah jadi masaalah besar skrg..semakin ramai org yg xada ciri2 kepimpinan jadi pemimpin...dunia akhir zaman...ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w...tanda2 akhir zaman apabila org yg bukah ahli dlm bidang tersebut menjadi penentunya..begitu juga mereka yg bukan ahli agama mengeluarkan hujah dan fatwa yg mengelirukan masyarakat...lihatlah dan fikirkanlah apa terjadi sekeliling kita sekarang...istighfarlah selalu...

Ahmad Dzamir Mir Pj
KAT KAMPUNG MELAYU SUBANG PUN DAH ROBOH BANYAK DAH GERAI2 MELAYU...

Azwanizam Aziz
kami pemuda kg keliang berjanji akan memberi sepenuh sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Aedi Rizwan
Ape la teruk punye manusia.. Kalau ye dendam pun, jgnla kacau periuk nasi org.. Die pun ade yg perlu dsara.. Berperikemanusiaan la.. Rasa mcm nak tumbuk je muke ketua kg yg berhati binatang tu..

Komen-komen lain boleh dilihat DI SINI.

17 February, 2010

IDHAM MUALAF HINA MELAYU

Betapa hinanya Melayu di kacamata seorang Adun Cina mualaf bernama Khalil Idham Lim. Dia lupa agaknya bahawa kemenangannya di DUN Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu.

Hina sangat Melayu hingga Idham melebalkan bangsa itu sebegini - “Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul”.

Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu itu disiat-siat lagi oleh Cina mualaf ini dengan ayat “Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.

Setelah disiat dengan rakusnya, Adun Pas itu mencincang pula daging Melayu yang dah hampir lumat itu dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam)”.

Penghinaan dan cacian Adun Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu – tak kiralah Melayu itu menganut ideologi Umno, ideologi PKR, ideologi DAP, ideologi Gerakan, ideologi PBB, ideologi PBS, ideologi Nahdatul Ulama malahan ideologi Pas.

Idham yang mengenal Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu ini, telah ratusan tahun menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tata susila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama dan adat sebangsa.

Apakah Idham mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ dan umara’?

Terlalu canggung apabila Idham yang Cina itu menyifatkan “UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'”.

Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia.

Tetapi sebaliknya dia merasa dirinya sebagai Cina telah terhina hanya kerana seorang pemimpin Melayu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah kediaman rasmi milik rakyat. Sebagai seorang Cina, dia sepatutnya tahu membezakan manakah perayaan agama bagi kaumnya, dan mana pula perayaan budaya.

Kokok siang pandang-pandang, kokok malam dengar-dengar.

Catatan Idham Cina mualaf itu boleh dibaca diblognya Cina Islam di sini dan di sini.

15 February, 2010

RAYA CINA DI RUMAH MB


Buat pertama kalinya dalam sejarah, kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh mengadakan rumah terbuka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina semalam, hari pertama perayaan itu bermula jam 1.00 hingga 3.00 petang.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan isterinya Datin Seri Saripah Zulkifli menjadi tuan rumah kepada perayaan kebudayaan Cina itu, yang belum pernah majlis seumpamanya diadakan sebelum ini oleh seorang pemimpin dari keturunan Melayu di negeri ini.

Pastinya kediaman rasmi Menteri Besar Perak dihiasi dengan eleman menggambarkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, khususnya tanglung dan riben berwrna merah yang dipasang di sana sini.

Majlis penuh meriah itu dihadiri lebih 8,000 rakyat berbilang kaum, khususnya masyarakat Cina, termasuk pemimpin-pemimpin NGO dan persatuan peniaga dan pendidikan Cina.

Turut kelihatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato’ R. Ganesan, Exco Kerajaan Negeri Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Pengerusi Parti Gerakan Dato' Chang Ko Youn, Pengerusi MIC Perak Dato’ S. Veerasingam dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

Pelakon Hollywood dalam filem James Bond Dato’ Michelle Yeoh yang berasal dari Ipoh turut hadir bersama suaminya, Dato' Seri Jean Todt.

Semua wajah nampak gembira, dan Dr. Zambry yang mengenakan pakaian tradisi Cina kelihatan tidak kekok melayan tetamu – memberi ang pau, bersama menggaul yee sang dan melakukan aksi kung foo bersama sami-sami muda dari Shaolin Temple!

Segalanya menggambarkan semangat 1Malaysia yang semakin dapat diterima oleh rakyat berbilang kaum di negara ini, selain menguatkan lagi agenda Perak Amanjaya yang dicetuskan oleh Dr. Zambry.

Majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak juga pastinya akan dianjurkan pada perayaan Deepavali, Krismas selain majlis rutin Hari Raya ‘Idil Fitri.

 Foto-foto yang diambil oleh Mat Shahar di bawah ini menceritakan segalanya.
 
  
  
 

12 February, 2010

YB ZUL TELANJANGKAN DAP


YB Zul bersama Anwar. Amoi mana pulak yang duduk di sebelah kiri Anwar tu?

Menarik sungguh pendedahan sikap buruk DAP yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru (PKR), Zulkifli Noordin. Beliau berpendapat Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP kerana kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat.

"Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong!", kata YB Zul dalam blognya.

Menurutnya, tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat; "dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh DSAI sendiri".

Berikut adalah keburukan DAP yang didedahkan oleh YB Zul :

1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;

2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;

3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;

4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;

5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;

6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;

7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;

8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;

9. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;

10. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;

Dan banyak lagi insiden, kelakuan, tindak-tanduk kepimpinan DAP yang jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata YB Datuk Seri Zahrain, berfikiran ala komunis.

"Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables', sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini!," kata YB Zul.

Komen saya, itulah sikap sebenar DAP yang sanggup menikam rakan dari dalam selimut. Tambahan lagi DAP menyedari bahawa Pakatan Rakyat adalah satu ikatan yang terlalu longgar, dan merasakan PKR dan Pas bergantung dengan undi kaum Cina untuk kemenangan, sebagaimana yang berlaku di PRK Parlimen Bukit Gantang apabila calon Pas Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN Ismail Saffian.

Para pemimpin DAP mengganggap diri mereka supremo dalam pakatan itu, mengatasi ketokohan Nik Aziz, Anwar, Hadi Awang dan Wan Azizah. Janganlah Anwar terlalu mengharapkan sangat dirinya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah, kerana Kit Siang juga dah lama mengimpikan jawatan itu.

11 February, 2010

PINDAAN ATURCARA MAJLIS KESYUKURAN


MAJLIS KESYUKURAN DAN PERHIMPUNAN RAKYAT

TARIKH
12hb Februari 2010 (Jumaat)

TEMPAT
Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh

ATURCARA
6.00 petang  - Ketibaan orang ramai

Slot Penjelasan Alasan Penghakiman 
(oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun)

Ucapan YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Besar Perak YANG SAH

Jamuan

Solat Maghrib berjemaah
Sujud Syukur
Tahlil
Tazkirah (Penghayatan Konsep Syukur)
Solat Isya' berjemaah

Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

10 February, 2010

MAJLIS KESYUKURAN DAN PERHIMPUNAN RAKYAT

 
Atas rasa bersyukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, satu majlis dinamakan MAJLIS KESYUKURAN DAN PERHIMPUNAN RAKYAT akan diadakan mengikut butiran di bawah :
         
TARIKH
12hb Februari 2009 (Jumaat)

TEMPAT
Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh

ATURCARA
6.00 petang  - Ketibaan orang ramai

Slot Penjelasan Penghakiman 
(oleh Datuk Mohd Hafarizam Harun)

Solat Maghrib berjemaah
Tahlil
Tazkirah (Penghayatan Konsep Syukur)
Solat Isya' berjemaah

Ucapan YAB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Besar Perak YANG SAH

Jamuan dan Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR
             

09 February, 2010

DR. ZAMBRY MB PERAK YANG SAH


PUTRAJAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan menolak permohonan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disambut baik oleh banyak pihak, khususnya rakyat di Negeri Perak.

Keputusan sebulat suara itu (5-0) dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria.

Selain Ariffin, keputusan menolak rayuan Mohammad Nizar itu disokong oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

 
 
Hampir seribu Pemuda dan badan NGO memakai t-shirt kuning berkumpul seawal pagi di perkarangan mahkamah dan melaungkan slogan 'Daulat Tuanku'. Tahniah diucapkan.

Bernama melaporkan,  para pemimpin Barisan Nasional (BN) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak dan berharap semua pihak menerima keputusan berkenaan.

Mereka berkata adalah penting bagi semua pihak membenarkan Zambry menumpukan perhatian untuk membangunkan dan melaksanakan program dirancang bagi memajukan Perak.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata semua pihak mestilah menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan.

"Keluhuran undang-undang mestilah ditegakkan. Dalam tempoh setahun lepas, kita telah melihat bagaimana perkara ini dimainkan. Apabila keputusan memihak kepada mereka, tiada bantahan satu perkataan pun, tetapi bila ia tidak memihak mereka, ketika itu mereka cuba mencetuskan kacau bilau," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ong, yang sedang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan minggu lepas, berharap dengan keputusan hari ini, kerajaan Perak pimpinan BN akan terus gigih berkhidmat untuk rakyat.

Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau gembira dengan keputusan itu kerana ia membawa perkembangan positif untuk Perak.

Samy Vellu, bekas anggota parlimen Sungai Siput di Perak, berkata Zambry telah menunjukkan kualiti kepimpinan yang kuat sejak menjadi Menteri Besar.

"Saya yakin beliau (Zambry) akan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau berlaku adil kepada semua kaum dan membawa pembangunan," katanya.

Pengerusi MCA Perak Datuk Seri Kong Cho Ha berkata MCA negeri berharap semua pihak menerima keputusan mahkamah dan tidak cuba menimbulkan kekacauan di negeri itu.

"Saya memohon setiap orang menghormati keputusan mahkamah dan bertenang. Sudah tiba masanya rakyat Perak melangkah ke hadapan," katanya.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PAS-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri.

Pengerusi MIC Perak Datuk S. Veerasingam berkata lunas-lunas demokrasi iaitu pihak yang majoriti perlu mentadbir negeri dan bukannya pihak minoriti, harus sentiasa dikekalkan.

Beliau berkata prinsip demokrasi berkenaan telah ditegakkan dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan Selasa.

Katanya pihak pembangkang di Perak hendaklah memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri BN dan menunggu pilihan raya umum akan datang jika berhasrat menawan semula negeri itu daripada BN.

Veerasingam, yang juga Penasihat Khas Menteri Besar Perak, berkata ketika ini pembangkang di Perak sewajarnya menumpukan kepada kepentingan rakyat Perak yang inginkan pembangunan dan keamanan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri BN, Datuk Nadzri Ismail berkata keputusan sebulat suara itu menunjukkan segala tindakan ketika proses BN mengambilalih pentadbiran negeri dilakukan mengikut saluran yang betul.

"Keputusan sebulat suara, 5-0, menunjukkan satu keputusan yang cukup kuat terhadap kesahan kerajaan negeri BN," katanya.

Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr Naran Singh berkata pembangkang seharusnya mengajak rakyat Perak untuk sama-sama menghormati keputusan mahkamah tertinggi dalam negara.

Beliau berkata ini kerana isu siapa Menteri Besar Perak yang sah telah dibawa oleh pembangkang sendiri ke mahkamah yang menunjukkan mereka percaya dan mahu mahkamah membuat keputusan berhubung isu berkenaan.

"Jadi, apabila mahkamah sudah buat keputusan, mereka kena terima dan percaya dengan keputusan itu," kata beliau yang juga seorang peguam.

"Keputusan sebulat suara, 5-0, menunjukkan satu keputusan yang cukup kuat terhadap kesahan kerajaan negeri BN," katanya.

Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr Naran Singhberkata pembangkang seharusnya mengajak rakyat Perak untuk sama-sama menghormati keputusan mahkamah tertinggi dalam negara.

Beliau berkata ini kerana isu siapa Menteri Besar Perak yang sah telah dibawa oleh pembangkang sendiri ke mahkamah yang menunjukkan mereka percaya dan mahu mahkamah membuat keputusan berhubung isu berkenaan.

"Jadi, apabila mahkamah sudah buat keputusan, mereka kena terima dan percaya dengan keputusan itu," kata beliau yang juga seorang peguam.

Di KUCHING, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan yakin kepimpinan BN yang diterajui Zambry akan terus membawa kestabilan dan kemakmuran kepada Perak.

Dr Chan, yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak, berkata semua pihak hendaklah menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Ia menjadi satu petanda baik bagi BN, khususnya untuk membawa pembangunan kepada rakyat, katanya.

08 February, 2010

NIZAR VS ZAMBRY - SIAPA PEMENANG?





Esok 9 Februari 2010, satu keputusan penting akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan mengenai rayuan Dato' Seri Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah mengisytiharkan Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 22 Mei 2009, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan yang memihak kepada Dr. Zambry secara sebulat suara dengan undi 3-0 sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak. 

Atas rasa tidak berpuas hati, Nizar merayu pula kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu, sebagai langkah terakhirnya untuk menduduki kerusi penting Kerajaan Negeri Perak.

Laporan Agenda Daily di bawah menarik untuk dibaca : 

"Semua orang menanti apa ceritanya esok bila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan siapa sebenar yang sah sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan yang dinanti dengan penuh debar itu akan dibuat setelah mahkamah berkenaan menangguhkan penghakimannya pada 5 Nov tahun lepas setelah selesai mendengar hujah para peguam yang mewakili Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ini merupakan rayuan peringkat terakhir bagi Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut perlembagaan.

Itu cerita bab mahkamah.Namun dari segi politiknya apakah keputusan yang dibuat kelak akan diterima baik oleh kedua pihak Dr Zambry dan Nizar.

Dr Zambry yang baru saja menyambut setahun Barisan Nasional kembali berkuasa di Perak selepas tewas dalam pilihanraya umum Mac 2008 nampaknya mengambil sikap ‘ tenang-tenang’ saja an berserah pada mahkamah.

Namun lain pula gerak langkah Nizar dan pakatan pembangkang di Perak.

Segala bentuk perang saraf sudah diambil awal-awal lagi termasuk mengerakan jentera pilihanraya atas andaian pilihanraya mengejut bakal diadakan di Perak ekoran keputusan mahkamah.

Keputusan yang mereka dakwa ‘ bocor’ mengatakan Nizar menang juga disebarkan.

Ini dikatakan sebagai strategi untuk mendakwa jika kalah maka keputusan itu sudah ‘ diterbalikkan”.

Nizar dan pemimpin pakatan juga bagai lipas kudung ke hulu ke hilir mengadakan roadshow ceramah di berbagai tempat di Perak untuk memberi penerangan tentang kes mahkamahnya.

Beliau juga dikatakan akan menurunkan 10 buah bas penyokong pakatan untuk ke Putrajaya esok untuk mendengar keputusan mahkamah.

Kalangan pemimpin BN pula dikatakan geleng kepala melihat gelagat Nizar yang dianggap tidak sudah-sudah nak bikin gempak.

Keputusan Mahkamah Persekutuan esok akan ditentukan oleh panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Konflik tentang siapakah yang sebenarnya berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lepas apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-PAS meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Jan dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Nizar, iaitu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar dan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu pada Februari tahun lepas setelah mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan undangan negeri itu.

Pada 13 Feb tahun lepas, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lepas, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Soalnya apa jadi jika keputusan memihak kepada Dr Zambry dan sebaliknya jika memihak kepada Nizar?

Nizar sudah awal-awal memberitahu jika menang ,beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri agar pilihanraya semula Perak dapat diadakan segera.

Untuk tujuan itu beliau perlu mendapat restu dari dari Sultan Perak kerana kuasa mutlak membubarkan DUN terletak ditangan baginda.

Apa jadi jika beliau tidak dapat restu Sultan Perak?

Ada yang mengatakan kemungkinan besar Nizar tidak memanggil sidang DUN selama enam bulan.Ini kerana mengikut perlembagaan negeri jika sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh berkenaan ia terbubar dengan sendirinya.

Dalam pada itu ada yang bertanya bagaimana dari segi teknikal kerana sekalipun (jika) menang beliau tidak mempunyai majoriti di DUN.Pakatan pembangkang tetap 28 manakala BN dan tiga bebas yang sokong BN tetap 31.

Bolehkah beliau pegang jawatan Menteri Besar tanpa majoriti?

Keadaan dikatakan tidak akan berubah apa-apa jika Dr Zambry menang.

Jika demikian beliau sah Menteri Besar dan tetap memegang 31 majoriti di DUN.

Namun Nizar sudah membuat ramalan sendiri-sendiri mendakwa BN merancang untuk mengadakan sidang DUN tergempar Rabu atau Khamis ini bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadapnya sebagai “ Menteri Besar yang sah’.

Apapun tunggu saja Rabu ini dan babak drama seterusnya politik Perak selepas itu.- Agenda Daily 8/2/2010

06 February, 2010

SOLAT HAJAT DAN JAMUAN RAKYAT

Persiapan untuk Majlis Solat Hajat Perdana dan Jamuan Rakyat malam ini, 6hb Februari 2010 bersempena setahun YAB Dato' Dr. Zambry Abd Kadir menjadi Menteri Besar Perak sedang rancak dilakukan di Kediaman Rasmi MB di Ipoh.

Dijangkakan seramai lebih 5,000 akan menghadiri majlis Solat Hajat bermula solat Maghrib, sementara Jamuan Rakyat pula dibuka kepada semua kaum dan agama bermula jam 9.00 malam dengan jangkaan kehadiran melebihi 7,000 orang.

Pengerusi parti-parti komponen Barisan Nasional Negeri Perak akan berucap pada majlis Jamuan Rakyat.

 
 

05 February, 2010

ISU TV1 BERSAMA DR. ZAMBRY

Petikan langsung wawancara TV1 dalam rancangan Isu bersama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Tuduhan pakatan pembangkang mengatakan Kerajaan BN Perak mengamalkan dasar copycat adalah tidak tepat kerana apa yang dilaksanakan semasa mereka juga kebanyakannya diambil dari apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

Pendekatan 3P - 'Padang, Perasaan dan Pengisian'. Pendekatan supaya Exco-exco, wakil-wakil rakyat, pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan turun ke padang. Dari situ akan timbul perasaan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka pada kadar yang segera. Pendekatan ini telah diterapkan oleh mereka dengan sebaiknya.

Menjawab soalan dari seorang pemanggil dari Tanjong Malim mengenai bantuan kepada bayi yang baru dilahirkan, Dr. Zambry berkata Kerajaan Negeri mengiktiraf setiap kelahiran di mana dalam Bajet 2010 turut mengambil kira peruntukan khas untuk tujuan memberikan sumbangan.

NGO - Dr Zambry berkata dalam sesebuah masyarakat ada gerakan secara langsung dan tidak langsung. Yang ketara adalah gerakan politik. Ada kuasa ketiga yang digerakkan secara tidak langsung oleh NGO. Itulah sebabkan Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Masyarakat Sivil yang dianggotai oleh NGO sebagai langkah mengiktiraf sumbangan yang dilakukan oleh mereka. Malahan gerakan NGO di kalangan generasi muda juga diiktiraf, termasuk menyediakan peruntukan khas di dalam Bajet 2010 sebanyak RM2 juta.

CABARAN SUPAYA 28 ADUN PEMBANGKANG KOSONGKAN KERUSI - Dr. Zambry berkata isu tuntutan supaya DUN Perak dibubarkan dimainkan sejak sekian lama sehingga menyebabkan rakyat merasa 'mangli'. Jadi jika mereka merasakan parti mereka sudah terlalu kuat, kosongkanlah kerusi mereka dan biar rakyat menentukan samada parti mereka benar-benar diterima rakyat. Memang bukanlah sikap kita mahu cabar-mencabar, tetapi apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang sejak setahun lalu adalah keterlaluan.

Pendekatan 'Result Oriented Management' dan 'Outcome' adalah KPI Kerajaan Negeri ketika ini. Misalnya berapa banyak masalah kemiskinan dapat diatasi tahun ini. Inilah yang diutamakan oleh Kerajaan BN di Perak.

Bagi kumpulan minoriti, tidak ada pemisahan antara kelompok majoriti atau minoriti, semuanya adalah rakyat Negeri Perak dan menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan setiap kelompok rakyat, bukan hanya kepada Melayu, Cina atau India sahaja.

Misalnya bantuan kepada masyarakat Orang Asli - tahun lalu kita telah membina 700 buah rumah melalui Jabatan Orang Asli. Mengupayakan anak muda Orang Asli, peruntukan RM1 juta diberikan. Tidak ada istilah menganak tiri di kalangan mana-mana kelompok dalam kamus Kerajaan Negeri.

Begitu juga bajet khas RM500,000 kepada  kaum Sikh.

Sokongan rakyat semakin bertambah kepada BN di Perak, bukan sahaja di kalangan orang Melayu sebagaimana yang disebutkan oleh Nizar. Kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan semua kaum.

04 February, 2010

PAS PANIK MENERIMA CABARAN ZAMBRY

Setelah membaca beberapa blog pemimpin Pas di Perak sehari dua ini, saya dapat rasakan betapa paniknya parti itu apabila Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir mencabar supaya 28 Adun pembangkang di negeri ini mengosongkan kerusi bagi membuktikan parti mereka masih diterima rakyat.

Maka melompatlah mereka dengan menuduh Dr. Zambry sebagai bodoh, angkuh dan sombong kerana mengemukakan cabaran itu. Walhal merekalah sebenarnya bodoh, sombong dan angkuh sama seperti sikap yang ditunjukkan Nizar Jamaluddin, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng, Sivakumar dan pemimpin seangkatan dengannya.

Sejak berlaku peralihan kuasa di Perak setahun lalu, sikap bodoh, sombong dan angkuh puak-puak ini ditunjukkan dengan amat keterlaluan apabila mempertikaikan titah DYMM Sultan Perak memperkenankan Dr. Zambry menjadi Menteri Besar dan sekaligus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Perak.

Maka berkokoklah Nizar, Ngeh, Nga dan lain-lainnya ke seluruh pelosok negeri mengatakan Kerajaan BN Perak ini sebagai kerajaan haram, berlaku rampasan kuasa dan mendesak supaya DUN Perak dibubarkan. Bodoh, sombong dan angkuhnya mereka apabila berkokok berdegar-degar kononnya rakyat Negeri Perak akan memberikan kemenangan lebih besar kepada pakatan DAP-PKR-PAS jika DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan.

Hakikatnya dalam PRU12 lalu rata-rata mengetahui bahawa rakyat masih memberikan mandat kepada BN untuk memerintah Perak, walaupun dengan kemenangan tipis sebanyak 28 kerusi, berbanding 18 kepada DAP, 7 (PKR) dan hanya 6 (PAS). Tetapi atas dasar menjunjung perkenan DYMM Sultan Perak, maka Kerajaan Perak beralih kepada pakatan pembangkang itu yang bergabung dengan menguasai 31 kerusi.

Tetapi apabila proses yang sama berlaku setahun lalu, berikutan tindakan tiga Adun membebaskan diri dari pakatan DAP-PKR-PAS dan menyokong BN, Nizar dan puak-puaknya tidak dapat menerima hakikat lantas melontarkan pelbagai cacian dan penghinaan terhadap perkenan DYMM Sultan Perak itu.

Rakyat Perak telah dapat melihat pelbagai drama yang dipertontonkan oleh Nizar, Ngeh, Nga, Sivakumar dan juak-juak mereka sejak setahun lalu. Bermula dari tindakan mereka memboikot upacara mengangkat sumpah Dr. Zambry sebagai Menteri Besar di hadapan DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009, tunjuk perasaan penyokong menghalang kenderaan rasmi membawa DYTM Raja Muda, sidang DUN di bawah pokok dan hotel, menjadikan sidang DUN Perak seperti sarkas, melarikan jubah dan mencuriguna kepala surat Speaker, menjerit di dalam Parlimen semasa mengangkat sumpah, sehinggalah kepada perbuatan-perbuatan yang tak masuk akal termasuk tindakan Nizar merestui nama negeri digelar Perak Darul Kartun.

Terbaru, Pas dan Nizar mendabik dada pula kononnya kehadiran wakil kedutaan Amerika Syarikat ke pejabat Pas Perak sebagai tanda sokongan terhadap kes rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak, yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

Setelah bersungguh-sungguh mendesak supaya DUN Perak dibubarkan bagi menunjukkan pakatan DAP-PKR-PAS masih mampu membentuk kerajaan, tak salah jika Dr. Zambry mencabar kesemua 28 Adun pakatan itu mengosongkan kerusi dan bertanding dalam pilihanraya kecil bagi menguji arus sokongan rakyat di kawasan masing-masing.

Jika tidak berani melakukannya, janganlah lagi menyalak ke seluruh pelosok negeri mendabik dada kononnya pakatan haram mereka itu masih diterima rakyat dan mahu menguji populariti dengan mendesak DUN Perak dibubarkan. Tidak perlulah mengganggu Dr. Zambry daripada melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau untuk mentadbir negeri.

Tidak bolehkah pemimpin PAS yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam itu menunjukkan sifat sabar sehingga PRU13 nanti, atau sekurang-kurangnya menunggu sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari?

Apalah yang nak dibanggakan dengan kenyataan Nizar yang mahu membubarkan DUN Perak jika keputusan mahkamah memihak kepada beliau nanti, sedangkan rakyat amat faham dengan sistem demokrasi di negara ini di mana seorang Menteri Besar tidak akan mampu bertahan lama jika tidak ada sokongan majoriti dalam DUN? Paling lama Nizar hanya boleh bertahan hingga sidang DUN akan datang dan tidak hairanlah jika dia beriya-iya mahu membubarkan DUN jika keputusan mahkamah memihak kepadanya.

Apapun kita serahkan kepada hakim-hakim yang bijaksana untuk membuat keputusan pada 9 Februari nanti. Tak perlulah Nizar dan kuncu-kuncunya cuba hendak memanipulasi keadaan dan membuat reverse psychology kerana tidak mungkin kebijaksanaan hakim-hakim di negara ini termakan dengan tingkahlaku murahan seumpama ini.

Bersabarlah. Masanya pasti akan tiba.

01 February, 2010

PAS NAK JADI BONEKA USA?

Tak cukup dengan provokasi dan manipulasi keputusan yang belum diumumkan, Nizar Jamaluddin cuba mendabik dada kononnya lawatan wakil Kedutaan Amerika Syarikat ke pejabat Pas Perak pagi tadi adalah sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes “Nizar vs Zambry” yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

Dalam keadaan celum-celam dibawa badai, Nizar sanggup berpaut dengan apa sahaja objek yang melintas di depannya, biarpun objek itu tidak ada kena mengena langsung dengan sistem kehakiman di sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia.

Sebuah blog Pas, Al Husseyn melaporkan begini - “Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini”.

Pagi tadi Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika, Jeremy Nathan bersama Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, Ravi Manickam membuat kunjungan ke pejabat Pas Perak di Ipoh. Nizar dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussin adalah antara pemimpin Pas negeri yang menyambut kehadiran mereka.

Jika diamati kenyataan Jeremy dalam blog berkenaan, beliau berkata bahawa kunjungannya itu telah lama dirancang dan tidak ada kena mengena dengan kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelas Jeremy kepada pihak media.

Tetapi Nizar dan Pas beriaya-iya mahu mengaitkan kehadiran wakil Kedutaan Amerika Syarikat itu dengan kesnya. Mungkin dari kacamata Nizar dan pemimpin Pas, USA itu kuasa besar dunia yang boleh mereka berpaut bagi mempengaruhi keputusan kehakiman di negara ini, termasuk rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak pada 22 Mei 2009.

Ingatlah Nizar dan pemimpin Pas. Malaysia sudah lama merdeka dan Negeri Perak ini berdaulat dan beraja. Adalah tidak wajar mengaitkan kehadiran wakil (bukannya duta jauh sekali Presiden) Amerika Syarikat dengan satu keputusan yang akan dibuat oleh sebuah mahkamah di negara merdeka bagi menyelesaikan isu sebuah negeri berdaulat.

Janganlah pula nanti Pas di Perak mahu mengikut telunjuk Amerika Syarikat jika Nizar menang pada 9 Februari nanti, atas perkiraan cetek mahu mengenang budi kerana kunjungan seorang wakil kedutaannya telah berjaya mempengaruhi keputusan mahkamah.

Cukup-cukuplah Pas menjadi boneka DAP, jangan pula mahu menjadi boneka Amerika Syarikat. Malu nanti rakyat Perak Darul Ridzuan.

WANITA PKR DAN REFORMASI GENDER

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang


Semalam saya menerima rakaman ucapan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis ceramah di Taman Seroja, Slim River pada 22 Januari lalu. Itulah pertama kali saya mendengar cara beliau berceramah, dan mengetahui apa sebenarnya isu yang diperjuangkannya.

Setelah mengamati butir ucapannya yang menggunakan pendekatan bertempik, maka tahulah saya apakah topik yang diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Ampang itu – reformasi gender. Almaklumlah, beliau teraju pemimpin wanita dalam PKR, maka wanitalah fokus utamanya.

Sama seperti pendekatan pembangkang dalam Pakatan DAP-PKR-PAS, Zuraida mempertikaikan dasar BN dan memberi janji manis kepada rakyat jika pakatan itu berjaya memerintah negara.

Katanya, “Kerajaan BN-Umno tak martabatkan wanita. Orang wanita di Malaysia tak diberikan layanan. Kajiselidik World Economic Forum mendapati wanita Malaysia duduk di tangga ke 101 dari 130 negara, termasuk di kalangan Sri Lanka dan India”.

Antara bukti yang Zuraida beri – Kerajaan BN tidak menyediakan sistem sokongan keselamatan kepada wanita yang bekerja dari kes rogol, ragut, curi dan rompak serta tidak berusaha mencari jalan untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.

Zuraida tidak pula menceritakan apakah kebaikan Program Permata yang mula dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun, sebaliknya mempertikaikan peruntukan RM100 juta “kepada Rosmah” untuk tujuan itu, seolah-olah wang itu masuk dalam kantung isteri Perdana Menteri.

Ketua Wanita PKR itu memperlekehkan sokongan Kerajaan BN terhadap wanita kerana hanya memperuntukkan RM1 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari keseluruhan RM197 bilion Bajet 2010. Tetapi adakah dia tidak sedar bahawa setiap bajet yang diterima oleh kementerian-kementerian lain turut memberi faedah kepada seluruh rakyat tanpa mengira gender, termasuk wanita?

Tidak adakah wanita yang menerima rawatan di hospital dan klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan? Tidak adakah anggota tentera dan polis wanita di bawah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri? Adakah pendidik dan pelajar wanita di institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah diasingkan dari menerima manfaat kewangan dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran? Adakah wanita dinafikan dari menerima pelbagai subsidi berbilion ringgit seperti petrol dan makanan asas di bawah pelbagai kementerian?

Jika dilihat apa yang berlaku di Perak semasa pemerintahan pakatan DAP-PKR-PAS, kita dapat melihat betapa rendahnya martabat wanita, tidak seperti digembar-gemburkan oleh Zuraida jika pakatan itu berjaya memerintah negara. Di Perak ketika itu, tidak ada seorangpun exco wanita dalam Kerajaan Negeri, sedangkan terdapat tiga Adun pakatan itu dari kaum wanita yang boleh diketengahkan.

Adun Jelapang, Hee Yit Foong seorang wanita yang berpengalaman itu hanya layak diletakkan sebagai Timbalan Speaker oleh kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS di Perak, yang hanya berperanan ketika Speaker berehat atau pergi ke tandas semasa Sidang DUN.

Ironinya, pemimpin DAP Perak secara bersemuka memberitahu Hee bahawa beliau tidak layak menjadi exco kerana cacat. Ini juga satu penghinaan kepada golongan OKU. Malahan penghinaan seumpama inilah antara punca utama kenapa Hee meninggalkan pakatan rapuh itu.

Zuraida juga mempertikaikan Kerajaan BN kerana tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, termasuk dirinya selaku Ahli Parlimen Ampang. Di bawah pemerintahan DAP-PKR-PAS di Perak, saya selaku Adun tidak pula menerima apa-apa peruntuntukan dari Kerajaan Negeri ketika itu, sebaliknya mereka menyalurkan peruntukan melalui calon yang saya kalahkan. Saya pasti bahawa Adun-Adun BN di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor menerima nasib yang sama.

Apa yang mengharukan saya bila mendengar ucapan Zuraida, beliau terlalu mendabik dada dengan kedudukannya. Selain memperkecilkan wanita yang bekerja di kilang, Ketua Wanita PKR itu juga merasakan dirinya tidak layak berurusan dengan anggota polis berpangkat prebet dan lans koperal. Ketika ditahan kerana menyertai demontrasi jalanan semasa Sidang DUN Perak, beliau berbangga kerana tidak memberi kerjasama kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, sebaliknya mahukan supaya sekurang-kurangnya anggota berpangkat Inspektor sahaja berurusan dengannya, walaupun hanya sekadar mahu mendapatkan butir-butir peribadi.

Saya percaya inilah topik yang sedang dicanangkan oleh Zuraida dalam siri ceramahnya di seluruh negara. Jika inilah yang disebutkan Zuraida dan PKR sebagai “reformasi gender” jika pakatannya berjaya memerintah Malaysia, maka tidak hairanlah jika wanita negara ini akan jatuh ke tangga tercorot dalam kajian World Economic Forum akan datang.