01 February, 2010

PAS NAK JADI BONEKA USA?

Tak cukup dengan provokasi dan manipulasi keputusan yang belum diumumkan, Nizar Jamaluddin cuba mendabik dada kononnya lawatan wakil Kedutaan Amerika Syarikat ke pejabat Pas Perak pagi tadi adalah sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes “Nizar vs Zambry” yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

Dalam keadaan celum-celam dibawa badai, Nizar sanggup berpaut dengan apa sahaja objek yang melintas di depannya, biarpun objek itu tidak ada kena mengena langsung dengan sistem kehakiman di sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia.

Sebuah blog Pas, Al Husseyn melaporkan begini - “Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini”.

Pagi tadi Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika, Jeremy Nathan bersama Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, Ravi Manickam membuat kunjungan ke pejabat Pas Perak di Ipoh. Nizar dan Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussin adalah antara pemimpin Pas negeri yang menyambut kehadiran mereka.

Jika diamati kenyataan Jeremy dalam blog berkenaan, beliau berkata bahawa kunjungannya itu telah lama dirancang dan tidak ada kena mengena dengan kes yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelas Jeremy kepada pihak media.

Tetapi Nizar dan Pas beriaya-iya mahu mengaitkan kehadiran wakil Kedutaan Amerika Syarikat itu dengan kesnya. Mungkin dari kacamata Nizar dan pemimpin Pas, USA itu kuasa besar dunia yang boleh mereka berpaut bagi mempengaruhi keputusan kehakiman di negara ini, termasuk rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak pada 22 Mei 2009.

Ingatlah Nizar dan pemimpin Pas. Malaysia sudah lama merdeka dan Negeri Perak ini berdaulat dan beraja. Adalah tidak wajar mengaitkan kehadiran wakil (bukannya duta jauh sekali Presiden) Amerika Syarikat dengan satu keputusan yang akan dibuat oleh sebuah mahkamah di negara merdeka bagi menyelesaikan isu sebuah negeri berdaulat.

Janganlah pula nanti Pas di Perak mahu mengikut telunjuk Amerika Syarikat jika Nizar menang pada 9 Februari nanti, atas perkiraan cetek mahu mengenang budi kerana kunjungan seorang wakil kedutaannya telah berjaya mempengaruhi keputusan mahkamah.

Cukup-cukuplah Pas menjadi boneka DAP, jangan pula mahu menjadi boneka Amerika Syarikat. Malu nanti rakyat Perak Darul Ridzuan.

2 comments:

Anonymous said...

khusairi talib said...

Harap janganlah nanti keluar pula tajuk Selangor Darul Khinzir, Kelantan Darul Aids, Pulau Pinang Darul Roboh, Kedah Darul Sembelih Babi dan lain-lain.

January 5, 2010 10:44 AM

memang x kan kluar pun.

Anonymous said...

Sejarah seakan mahu berulang kembali. Bila Melayu sama Melayu bergaduh berebut tapak pemerintahan, Melayu yang kalah tu akan dapat simpati dari musuh bangsa itu sendiri.

Rakyat tak bodoh dah kali ini, insyaallah... Rakyat tahu siapa yang sanggup jadi perkakas sapa2 pun, asal dapat kuasa... !

Hayat politik orang semacam ni tak boleh bertahan lama... sepenggal... dua penggal paling kuat...

Apalah nak dibanggakan dengan sokongan dari musuh nyata kita... musuh yang nyata untuk umat ini...

Allah dah tunjukkan di depan kita apa yang berlaku di Iraq..., di Afghanistan.... Badut yang gila nak kuasa akan cari musuh umat untuk mendapatkan bantuan. Bantuan akan datang dengan 'full power'...

Di negara ini ramai Badut seperti ini... Allah akan selamatkan kita, insyaallah..