ZURAIDA KAMARUDDINKetua Wanita PKR
Ahli Parlimen Ampang
Semalam saya menerima rakaman ucapan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis ceramah di Taman Seroja, Slim River pada 22 Januari lalu. Itulah pertama kali saya mendengar cara beliau berceramah, dan mengetahui apa sebenarnya isu yang diperjuangkannya.
Setelah mengamati butir ucapannya yang menggunakan pendekatan bertempik, maka tahulah saya apakah topik yang diperjuangkan oleh Ahli Parlimen Ampang itu – reformasi gender. Almaklumlah, beliau teraju pemimpin wanita dalam PKR, maka wanitalah fokus utamanya.
Sama seperti pendekatan pembangkang dalam Pakatan DAP-PKR-PAS, Zuraida mempertikaikan dasar BN dan memberi janji manis kepada rakyat jika pakatan itu berjaya memerintah negara.
Katanya, “Kerajaan BN-Umno tak martabatkan wanita. Orang wanita di Malaysia tak diberikan layanan. Kajiselidik World Economic Forum mendapati wanita Malaysia duduk di tangga ke 101 dari 130 negara, termasuk di kalangan Sri Lanka dan India”.
Antara bukti yang Zuraida beri – Kerajaan BN tidak menyediakan sistem sokongan keselamatan kepada wanita yang bekerja dari kes rogol, ragut, curi dan rompak serta tidak berusaha mencari jalan untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.
Zuraida tidak pula menceritakan apakah kebaikan Program Permata yang mula dilaksanakan oleh Kerajaan BN yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak seawal usia empat tahun, sebaliknya mempertikaikan peruntukan RM100 juta “kepada Rosmah” untuk tujuan itu, seolah-olah wang itu masuk dalam kantung isteri Perdana Menteri.
Ketua Wanita PKR itu memperlekehkan sokongan Kerajaan BN terhadap wanita kerana hanya memperuntukkan RM1 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari keseluruhan RM197 bilion Bajet 2010. Tetapi adakah dia tidak sedar bahawa setiap bajet yang diterima oleh kementerian-kementerian lain turut memberi faedah kepada seluruh rakyat tanpa mengira gender, termasuk wanita?
Tidak adakah wanita yang menerima rawatan di hospital dan klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan? Tidak adakah anggota tentera dan polis wanita di bawah Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri? Adakah pendidik dan pelajar wanita di institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah diasingkan dari menerima manfaat kewangan dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran? Adakah wanita dinafikan dari menerima pelbagai subsidi berbilion ringgit seperti petrol dan makanan asas di bawah pelbagai kementerian?
Jika dilihat apa yang berlaku di Perak semasa pemerintahan pakatan DAP-PKR-PAS, kita dapat melihat betapa rendahnya martabat wanita, tidak seperti digembar-gemburkan oleh Zuraida jika pakatan itu berjaya memerintah negara. Di Perak ketika itu, tidak ada seorangpun exco wanita dalam Kerajaan Negeri, sedangkan terdapat tiga Adun pakatan itu dari kaum wanita yang boleh diketengahkan.
Adun Jelapang, Hee Yit Foong seorang wanita yang berpengalaman itu hanya layak diletakkan sebagai Timbalan Speaker oleh kerajaan pakatan DAP-PKR-PAS di Perak, yang hanya berperanan ketika Speaker berehat atau pergi ke tandas semasa Sidang DUN.
Ironinya, pemimpin DAP Perak secara bersemuka memberitahu Hee bahawa beliau tidak layak menjadi exco kerana cacat. Ini juga satu penghinaan kepada golongan OKU. Malahan penghinaan seumpama inilah antara punca utama kenapa Hee meninggalkan pakatan rapuh itu.
Zuraida juga mempertikaikan Kerajaan BN kerana tidak memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, termasuk dirinya selaku Ahli Parlimen Ampang. Di bawah pemerintahan DAP-PKR-PAS di Perak, saya selaku Adun tidak pula menerima apa-apa peruntuntukan dari Kerajaan Negeri ketika itu, sebaliknya mereka menyalurkan peruntukan melalui calon yang saya kalahkan. Saya pasti bahawa Adun-Adun BN di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor menerima nasib yang sama.
Apa yang mengharukan saya bila mendengar ucapan Zuraida, beliau terlalu mendabik dada dengan kedudukannya. Selain memperkecilkan wanita yang bekerja di kilang, Ketua Wanita PKR itu juga merasakan dirinya tidak layak berurusan dengan anggota polis berpangkat prebet dan lans koperal. Ketika ditahan kerana menyertai demontrasi jalanan semasa Sidang DUN Perak, beliau berbangga kerana tidak memberi kerjasama kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, sebaliknya mahukan supaya sekurang-kurangnya anggota berpangkat Inspektor sahaja berurusan dengannya, walaupun hanya sekadar mahu mendapatkan butir-butir peribadi.
Saya percaya inilah topik yang sedang dicanangkan oleh Zuraida dalam siri ceramahnya di seluruh negara. Jika inilah yang disebutkan Zuraida dan PKR sebagai “reformasi gender” jika pakatannya berjaya memerintah Malaysia, maka tidak hairanlah jika wanita negara ini akan jatuh ke tangga tercorot dalam kajian World Economic Forum akan datang.
4 comments:
HEEEE MUKA PUN MACAM TEMPE BASI JER MUAAAHAHAHAHAHA
Salam Bro,Kalau dah kering hujahnya bertabur.Kita tak fahamlah......!
Bukannya nak mnghina, tetapi selama ini YB zuraida ni banyak mengeluarkan statment yang menghina kaum wanita, cth: cikgu kemas macam makcik-makcik.
So apa yang membuatkan di memperjuangkan wanita, kalau selama ini dia maenghina wanita sendiri. Dia juga sibuk membela seorang wanita yang asyik menjatuhkan mertabat kaum wanita (Eli bogel)
Muka dah le macam beruk ada hati nak jadi YB aku rasa dulu dia menang sebab pakai bomoh kut. (Kalau PKR boleh fitnah UMNO dan lain-lain parti kenapa rakyat tak boleh fitnah YB dari PKR lak).
salam....
wanita nakkan alat sokongan dari kena rogol dan etc..tanya kat dia nak apa..cawat besi?
atau tak perlu apa..dedahkan jer biar rogol rela...adalak nanti heroin pembela!
(cth kes eli tu)....
auta lebih..sembang syok sendiri..tipuan
hangit jer..
Post a Comment