Ketika ini Mahkamah Rayuan di Putrajaya sedang mendengar rayuan berhubung kedudukan Menteri Besar Perak, dan mungkin keputusannya akan diumumkan beberapa jam lagi. Dr. Zambry telah berjaya membuat rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11hb Mei lalu mengisytiharkan Nizar selaku Menteri Besar yang sah, kemudian Nizar pula membuat rayuan supaya rayuan Dr. Zambry itu ditolak. Kedua-duanya didengar serentak hari ini.
Belumpun Mahkamah Rayuan membuat keputusan, beberapa hari lalu ada pemimpin PAS, termasuk Mohd Sabu, sudah membuat telahan kononnya hakim-hakim yang dipilih untuk mengendalikan kes ini akan berpihak kepada Dr. Zambry. Nampaknya pakatan pembangkang sudah tahu apa yang akan berlaku hari ini. Dengarnya tidak ramai pemimpin pakatan pembangkang yang mengikuti perbicaraan kes rayuan tersebut, tidak seperti kehadiran mereka ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang memihak pada Nizar pada 11 Mei lalu. Ketika itu Nizar hadir ditemani ramai juak-juaknya, termasuk Lim Kit Siang. Hari ini mereka entah ke mana.
Perkara ini menjadi tandatanya kepada saya. Apakah para pemimpin pakatan pembangkang tahu lebih awal setiap keputusan yang akan diumumkan oleh Mahkamah, atau ada perkara lain yang mereka lakukan bagi mempengaruhi keputusan Hakim. Mereka terlalu yakin Hakim akan berpihak kepada Nizar pada 11 Mei, tetapi tidak yakin pula dalam kes rayuan hari ini. Pada 11 Mei di Mahkamah Tinggi, hanya seorang Hakim yang mendengar dan membuat keputusan, tetapi di Mahkamah Rayuan hari ini, tiga Hakim terlibat.
Apakah mereka telah gagal untuk mempengaruhi Hakim-hakim yang akan mengendalikan rayuan ini di luar Mahkamah?
Yang pasti, saya sudah tahu apa reaksi pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang terhadap sebarang keputusan Mahkamah Rayuan. Sekiranya keputusan memihak kepada Dr. Zambry, maka Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng dan kuncu-kuncunya akan mengutuk dan melebalkan Hakim-hakim sebagai tidak adil, berat sebelah, rasuah, menolak kehendak rakyat, kehakiman sudah mati, demokrasi sudah mati dan macam-macam lagi. Segala-galanya mati bagi mereka.
Mereka akan menjaja di seluruh negara kononnya mereka dianiaya oleh Hakim-hakim dan Mahkamah, dan akan menghasut rakyat supaya membenci sistem kehakiman negara. Ngeh dan Nga yang peguam itupun akan berlagak pandai kononnya merekalah yang lebih tahu mengenai undang-undang berbanding Hakim-hakim. Apakan tidaknya, Sultan Perak yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara pun mereka sanggah dalam soal memilih Menteri Besar Perak, inikan pula Hakim-hakim yang begitu kecil di kacamata Nizar, Ngeh dan Nga.
Sebaliknya jika keputusan memihak kepada mereka, maka segala bentuk pujian akan dibuat terhadap Hakim dan Mahkamah. Menjajalah pula mereka kepada rakyat bahawa keputusan Mahkamah itu membuktikan mereka berada di pihak yang benar dan Hakim membuat keputusan yang cukup adil, telus dan demokratik.
Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang itu meletakkan sistem kehakiman dan undang-undang negara ketika ini di bawah tapak kaki. Sikap itu hanya boleh ditarbiahkan secara undang-undang rimba, kerana mereka juga mengamalkan cara sedemikian.
10 comments:
jika Hakim bersidang seorang diri dan dalam 2-3 jam dah ada keputusan, apa yang dapat diharap dari yang Arif correct correct?
PR cuma ada 1% peluang, namun perlu juga di manafaat... mana tahu hakim tersasul sebut nama seperti pada 11 May lalu....tambahan CJ pun mencelah, apekebenda dia menjaga UMNO daripada menjaga raayat...makan gaji buta ke?
Assalamualaikum Dato'
Walau apapun keputusan di Mahkamah, Pakatan pasti akan putar belitkan kenyataan. Semua jawapan itu sudah ada dalam fikiran mereka dan juga fikiran rakyat Malaysia.
Keputusan akan diketahui esok, Jumaat jam 3.30 petang. Apa juga keputusan, kita dah jangka apa reaksi Nizar, Ngeh, Nga, Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Karpal, Mat Sabu....
Di masa yang sama, Dr. Zambry dijangka hadir merasmikan serentak Mesyuarat Agung UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Tanjong Malim di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River.
Doakan semoga UMNO dan BN dapat meraikan keputusan yang memihak kepada Dr. Zambry.
saya sebenarnya sudah muak dgn gelagat pembangkang.... semua yg dibuat kerajaan pasti akan diputar belitkan...
contoh pelepasan tahanan ISA.. mereka mahu supaya Adun n tahanan dari rakan baik mereka Hindraf dilepaskan...
namun bila anggota itu dilepaskan, kerajaan juga dihentam sebabnya ada agenda tersembunyi dan sebagainya...
benda2 mcm ini yg saya cukup meluat dgn sikap pembangkang... mereka tidak pernah bersetuju akan perkara tertentu dan bertindak seolah2 mereka sahaja yg pandai dan langsung tidak melakukan kesalahan...
jadi tidak hairan kalo keputusan itu nanti... walau ada yg baik dan buruknya, kerajaan juga yg mereka akan hentam...
cukup2lah tuh
salam Tuan,
Selamat berdiskusi di alam maya ini. Persoalan saya yg ringkas kenapa BN TIDAK MAHU membubarkan DUN Perak?
Kulapok, BN tidak perlu membubarkan DUN Perak kerana punya majoriti kerusi di Dewan Negeri (28+3). Itulah juga pendirian pakatan pembangkang selepas PR12 lalu ketika mereka menguasai campuran 31 kerusi. Walhal ketika itu BN yang selayaknya menerajui Perak dengan 28 kerusi, berbanding 18 DAP, 7 PKR dan hanya 6 PAS.
Mahkamah juga telah membuat keputusan pada 22 Mei bahawa Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak.
Apapun, semuanya terpulang kepada DYMM Sultan Perak. Jika diadakan juga pilihanraya, BN tak pernah gentar menghadapinya.
Salam
Salam Tuan, terima kasih diatas respon tuan.
Benar UMNO/BN punya majoriti didalam DUN tetapi jangan lupa dari segi undi rakyat, Pakatan Rakyat punya majoriti sebanyak 4% dari keseluruhan undi pada PRU-12.
Keputusan PRU-12 jelas PR mendapat 54% undi dari rakyat manakala UMNO/BN pula mendapat 46% undi dari rakyat.
Fahami erti "DEMOKRASI"... ada yang mengatakan bahawa "DEMOKRASI" bererti "MAJORITI". Tetapi mereka sebenarnya tidak faham dan ini perlu diperjelaskan.
"DEMOKRASI" bermakna memberi seluruh kepercayaan dan kuasa kepada "YANG MEMILIH" dan bukannya kepada "YANG DIPILIH". Itulah erti demokrasi.
Jadi Bubarkan DUN dan kemudian serahkan segalanya kepada rakyat yang bakal memilih.
Kalau Majoriti rakyat memilih UMNO/BN, Pakatan Rakyat perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana itulah pilihan rakyat.
Jangan dipaksa rakyat untuk menerima apa yang kita fikir betul kerana "1 fikiran" dengan "fikiran yang banyak" adalah sesuatu yang terlalu berbeza.
sumber maklumat dari TopengPerak.
Sdr Kulatlapok. Seperti yang saya nyatakan, rakyat Perak telahpun membuat pilihan dalam PR12. Mereka memberi lebih kerusi kepada BN berbanding DAP, PKR mahupun PAS.
Sistem demokrasi yang kita amalkan adalah memberikan kemenangan kepada parti yang menguasai bilangan kerusi terbanyak, bukannya mengikut peratus bilangan undi keseluruhan yang parti terima.
Sikap memutarbelitkan Akta dan Undang-undang sebeginilah yang telah banyak mengelirukan rakyat. Berjijaklah di bumi nyata dengan mentafsir sesuatu perkara mengikut realiti, bukannya mengikut selera sendiri dan kelompok yang berkepentingan.
Dan terima kasih atas pandangan bernas Anonymouses.
salam Tuan;
Terima kasih atas respon tuan. Namun kita perlu ingat, isu MB sebenranya masih belum berakhir. Dr. Zambry hanya dibenarkan memegang status MB hanya sementara waktu sahaja, kerana status Mahkamah Rayuan hanya memberi penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Ini bermakna keputusan Mahkamah tinggi akan dianalisis lagi oleh Mahkamah Rayuan Persekutuan pula.
Satu lagi, ramai para pengamal dan pakar undang2 di negara ini berpendapat keputusan dan pendekatan yang diambil oleh Hakim Mahkamah Rayuan itu tidak berapa sesuai. Antara maksudnya ialah apa yg dipohon oleh Nizar bukanlah sesuatu yg mandatori - ertinya mesti dilakukan oleh Sultan untuk membubarkan DUN.
Jelas di sini Hakim hanya melihat perkara 16(2) Undang2 Tubuh Perak dan TIDAK MELIHAT KERANGKA keseluruhannya. Maksud yg jelas iaitu KONSEP KERAJAAN YG BERTANGGUNGJAWAB (responsible government) dalam sistem Westminster.
Hanya dengan mendalami konsep ini sahaja, rakyat dapat menduga batasan kuasa Sultan dalam soal membubarkan DUN yg disebut oleh peruntukan di atas tadi.
Justeru Mahkamah Rayuan seolah2 gagal melaksanakan tugas mengikut konsep tersebut kerana INTISARI PERLEMBAGAAN IALAH DEMOKRASI DAN BUKAN MEMBESARKAN KUASA SULTAN.
Wallahualam, Terima kasih sudi berkongsi maklumat.
Sdr Kulatlapok,
Jika benarlah undi yang diperolehi oleh BN sebanyak 46%, bermakna rakyat telah memberi undi majoriti kepadanya untuk memerintah Perak. Ini disebabkan DAP mendapat peratus undi yang lebih kecil daripada itu, apatah lagi oleh PKR dan PAS. Tidak seperti komponen BN, parti-parti pembangkang lain tidak mempunyai ikatan yang sah di dalam Akta Pertubuhan.
Pakatan Rakyat (PR) adalah pakatan haram, samalah seperti perkahwinan haram tanpa mendaftar di pejabat agama. PR melakukan pergaulan seks bebas dan luar tabi'i (seperti amalan Anwar) selagi tidak merujukkan 'perkahwinan' mereka itu ke Pendaftar Pertubuhan.
Cabaran saya...segerakan DAP, PAS dan PKR mendaftarkan pakatan mereka, jika berani....
Post a Comment