24 May, 2009

MOGOK LAPAR DAN FATWA NGA

DAP tunjuk belang lagi. Berselindung atas nama Pakatan Rakyat, parti itu mendalangi mogok lapar selama 72 jam mulai Selasa ini untuk mendesak Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, membubarkan Dewan Undangan Negeri. Mereka terus-terusan menderhakai Sultan dan enggan menjunjung Rukun Negara.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming bukan sekadar mempersendakan ayat suci Al-Quran, malahan mahu mengajar orang Islam bagaimana caranya berpuasa sebagai menyahut kempen mogok lapar yang didalangi DAP.

Fatwa Ustaz Nga, “orang Islam yang hendak berpuasa sempena kempen ini boleh berpuasa mengikut hukum syarak, iaitu bersahur sebelum matahari keluar dan berbuka ketika matahari terbenam.”

Sikap Ketua Pemuda DAP Kebangsaan itu memang telah diduga sebaik sahaja Mahkamah Rayuan memutuskan pada 22hb Mei lalu bahawa Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak. Setelah gagal dalam perang di Mahkamah, Nga dan DAP kini menghalakan serangannya ke arah institusi Raja-Raja Melayu pula. Matlamatnya satu – hendakkan semula kuasa yang terlepas.

Bagi DAP, matlamat menghalalkan cara, biarpun cara itu sengaja meruntun hati orang Melayu untuk bangun mempertahankan Raja.

Dalam Rukun Negara secara jelas menyatakan prinsip “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dan “Kedaulatan Undang-Undang”. Jauh sekali DAP mahu setia kepada Raja, apatah lagi mendaulatkan Undang-Undang. Titah Raja disanggah, keputusan Mahkamah dibantah.

Singkatlah akal orang Melayu jika mahu mengikut titah perintah dan fatwa Nga dan DAP untuk menahan lapar dan dahaga tanpa sebarang ganjaran pahala, semata-mata hendak mendesak Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri. Belum ada dalam sejarah orang Melayu menderhakai Sultan secara itu.

Mendesak Raja tidak bertempat, ternyata mereka tidak beradat.

Malaysia masih sebuah negara yang mendaulatkan sistem Raja Berperlembagaan. Belum tiba masanya untuk Malaysia menjadi sebuah Republik, dan masa itu tidak akan tiba sampai bila-bila. Jika ianya tiba juga, Malaysia sudahpun menjadi padang jarak padang tekukur.

5 comments:

Unknown said...

Jelas DAP akan menghalalkan apa cara sekali pun untuk mencapai mtlamat. Melayu di dalam PKR dan PAS akan menurut sahaja apa yang dicanangkan oleh kawannya. Tujuan mereka hanya untuk menumbangkan UMNO khasnya dan BN amnya. Selepasa itu apa yang terjadi difikirkan kemudian, walau pun pada masa itu nasi sudah menjadi bubur, Melayu telah terkubur.

Pegangan mereka:
Sultan tiada hak,
Mahkamah hakim berpihak,
Demokrasi negara boleh dipijak,
Penguatkuasa juga ditolak,

Yang dipinta,
keputusan perlu menyebelahi mereka,
pemimpin terus memegang kuasa,
Apa sahaja asal pengikut gembira.

Ironinya,
Itulah demokrasi rimba.

Unknown said...

Saipol, DAP jelas tidak lagi menjunjung Rukun Negara. Apa sahaja yang berkaitan dengan Raja dan Undang-undang mereka akan ganyang. Rakyat perlu menilai sikap angkuh DAP ini.

Fiwdaus said...

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam

rujuk http://drmaza.com/home/?p=618

Anonymous said...

cakaplaaa apa benda pun...
depa tuh ada bermacam2 jawapan di kepala mereka...

apa yang penting, semua yg dikatakan mereka tu betul saja... yg mereka fikir BN sentiasa buat salah...

biasalah bila diri sudah fikir begitu maksum sekali

kulatlapok said...

salam tuan,

perkara yg memudaratkan dalam islam adalah dilarang. namun untuk melihat pendirian dan pendekatan dua pemimpin perak itu sila ke blog saya.