“Let me check again,” bisik Dr. Zambry kepada saya, lalu menekan-nekan butang telefon bimbitnya seperti menulis sms. Tidak sampai seminit lepas itu, Dr. Zambry menunjukkan saya satu lagi sms yang diterimanya, “Yes, unanimous!”.
Saya lihat air muka Dr. Zambry terpancar keyakinan dan keceriaan.
"Tahniah bos," dengan terharu lantas saya menjabat tangannya.
Perbuatan saya itu dilihat oleh seluruh hadirin dalam Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River. Secara spontan mereka bangun bertepuk dan bersorak kegembiraan. AJK Umno Bahagian Tanjong Malim terus menyerbu Dr. Zambry dan bersalam mengucapkan tahniah.
Hadirin menerima isyarat itu sebaik sahaja selesai menonton video bertajuk “Keganasan Terlampau” mengenai kekecohan Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu.
“Kejayaan ini kejayaan kita semua,” berkali-kali Dr. Zambry mengungkapkan perkataan itu setiap kali menerima ucapan tahniah atas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Tiga hakim memberikan undi sebulat suara kepadanya.
Detik-detik bersejarah dalam politik Perak ini berlaku dalam Majlis Pelancaran Serentak Mesyuarat Umno Cawangan-cawangan dalam Bahagian Tanjong Malim petang tadi. Pemberita dan jurugambar yang hadir sibuk merakamkan suasana kegembiraan itu.
Setelah suasana menjadi tenang sedikit, Setiausaha Bahagian, Sulong Jamil menjemput Pengerusi Biro Agama, Ustaz Mohd Sharafi membaca doa kesyukuran diikuti nyanyian lagu Negaraku dan lagu UMNO, “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat”.
Selesai sahaja lagu itu dinyanyikan, Dr. Zambry dijulang oleh AJK Bahagian, walaupun mulanya dia agak keberatan diperlakukan sebegitu. Saya memberikan laluan untuk Dr. Zambry terus menyampaikan ucapan.
Ucapannya tambah meyakinkan, gambaran keyakinan beliau untuk terus berkhidmat kepada rakyat Perak dengan lebih berkesan.
Seperti dijangka, Nizar, Ngeh dan Nga tidak akan berpuas hati. Janganlah keliru, mereka sememangnya bersikap begitu.
UCAPAN DR. ZAMBRY SELEPAS MENDAPAT BERITA KEPUTUSAN MAHKAMAH (SLIM RIVER 22 MEI 2009)
SIDANG MEDIA SEBAIK SAHAJA DR. ZAMBRY BERUCAP PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT AGUNG CAWANGAN UMNO BAHAGIAN TANJONG MALIM DTSG, SLIM RIVER
5 comments:
Tahniah Dr Zamri.
Perjuangan sebenar bermula disini.
Kuatkan semangat dan kembali bersatu dedngan lebih kukuh.
Kg Gajah.
MB Dr. Zambry menghargai ucapan anda. Kampung Gajah banyak sejarah. Perjuangan Dato' Maharaja Lela masih belum berakhir. Salam perjuangan.
Rasanya tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan TAHNIAH kepada YAB Dato' Dr. Zambry...
Alhamdulillah, akhirnya keputusan berpihak kepada Barisan Nasional...
Walaupun saya bukan anak kelahiran Negeri Perak, namun saya masih berharap YAB Dato' Dr. Zambry dapat membawa pembaharuan di Negeri Perak.
3 tahun saya merantau ke sini demi mencari rezeki, tapi masih tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku dari segi ekonomi, politik dan juga pembangunan..
Masih ramai lagi rakyat yang hidup dalam kemiskinan khususnya kaum Melayu...
Ketua-ketua kampong hanya gah dengan gelaran dan elaun bulanan...
Tanah-tanah banyak terbiar tanpa sebarang pembangunan bagi mewujudkan peluang pekerjaan..
Harapan saya, agar YAB Dato' Dr. Zambry dapat melakukan sesuatu agar rakyat Negeri Perak tidak terus hidup dalam kegelapan...
"Berusahala Yob"...
orang sebegitu jgn dilayan sgt dato. mereka fikir mereka betul...
melalui cakapnya pun usahlah kita percaya.. hari itu kata saya akan ikut sahaja apa kata Sultan... bila sultan tak ngan, dia pula minta sembah derhaka...
lepas tu sibuk lak akan tunggu keputusan mahkamah... bila mahkmah dah ada keputusan, dia engkar juga.....
saya minta Adun Pakatan di Perak tolong balik rumah atau pegi pusat tuisyen dan belajarlah matematik...
tolong lihat angka semasa majoriti Adun di Dun Perak... mereka lupa agaknya
Terima kasih atas sokongan dan pandangan semua. Umno Bahagian Tanjong Malim merasa sangat bertuah dapat bersama-sama Dr. Zambry ketika keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan. Alhamdulillah.
Post a Comment