24 December, 2009

PENGARAH JAIP NAFI KELUAR KENYATAAN RASMI






PENGARAH JAIP, DATO' SHEIKH MOHD NOR MANSUR AL-HAFIZ


Agak menghairankan – siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di dalam laman web jabatan itu mengenai masalah perlantikan ahli jawatankuasa khariah masjid di Negeri Perak pada 21 Disember lalu?

Pengarah JAIP, Dato' Sheikh Mohd Nor Mansur Al-Hafiz ketika menghubungi saya sebentar tadi berkata, beliau tidak pernah membenarkan sebarang kenyataan rasmi dibuat berhubung isu ini, dan menyatakan rasa terkejutnya dengan apa yang disiarkan.

Kenyataan rasmi JAIP itu boleh dibaca di sini http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/kenyataan-rasmi-mengenai-permasalahan.html

“Adalah pihak tertentu di jabatan yang pandai-pandai mengeluarkan kenyataan ini tanpa merujuk kepada saya atau Timbalan saya,” kata Dato' Sheikh Mohd Nor yang ketika menghubungi saya, beliau dalam perjalanan ke Lumut untuk melawat anaknya.

Kenyataan rasmi JAIP itu antara lain menjelaskan proses pemilihan ahli jawatankuasa masjid di Negeri Perak, dan dalam ayat seolah-olah mahu membela tindakan PTA menukar nama pada senarai asal, kenyataan itu menulis begini :

“Apa yang pasti, pindaan yang dikatakan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah adalah dilakukan dengan berdasarkan peruntukkan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada Majlis melainkan pihak Jabatan Agama Islam Perak".

Malahan beberapa pemimpin dan blogger Pas menjadikan kenyataan rasmi itu sebagai sumber rujukan untuk menegakkan benang basah dan menghentam Umno. Antaranya Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Ahmad Awang di dalam blognya berkata begini :

"Merujuk kepada kenyataan rasmi mengenai permasalahan perlantikan AJK kariah berkenaan yang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perak Dato’ Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz bertarikh 21 Disember 2009, jelaslah membuktikan bahawa UMNO Perak cuba hendak menimbulkan permasalahan dan fitnah terhadap pentadbiran Agama Islam Perak khususnya terhadap PTA yang kononnya memandai-mandai menukarkan nama-nama dalam senarai AJK yang telah diluluskan dengan menggantikannya dengan nama-nama baru yang tidak disenaraikan. Padahal apa yang sebenarnya berlaku bahawa senarai yang dikemukakan UMNO tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, maka kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 digunakan bagi mengemukakan senarai nama cadangan AJK kariah yang kemudian diluluskan oleh Majlis" - Ustaz Ahmad Awang

Dalam nada suara yang amat kesal, Dato' Sheikh Mohd Nor memberitahu saya bahawa pada hari Isnin nanti, beliau akan menyiasat siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu di dalam portal rasmi JAIP dan akan mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Beliau berkata, masalah itu sepatutnya sudahpun selesai dalam pertemuannya dengan Pegawai Tadbir Agama (PTA) Slim River pada 17 Disember lalu. Ketika itu beliau telah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan PTA tersebut mengubah nama-nama yang telah dibawa dalam perbincangan dengan Orang Besar Jajahan (OBJ) dan Penghulu Mukim dan meminta supaya menyeraikan semula nama-nama asal.

Pengarah JAIP itu menambah, majlis penyampaian tauliah untuk Mukim Slim dan Hulu Bernam akan diadakan pada 30 Disember nanti dan telah mengingatkan PTA supaya menjemput saya dan Adun Behrang untuk turut sama hadir.

Kepada Dato' Sheikh Mohd Nor, saya yakin dengan keikhlasan Dato' dalam isu ini. Soalnya kini, siapakah di pejabat JAIP yang cuba menggunakan kuasa Pengarah?

5 comments:

guru hussain said...

pengarah JAIP pun mesti patuh pada org UMNO ke?

Anakbukitgantang said...

Setiap pegawai Kerajaan yang memegang amanah perlu ikhlas dan jujur dalam bertugas.

Pengarah JAIP hanya menjalankan tugas beliau.

Mathematician said...

Saya setuju dengan anakbukitgantang. Setiap pegawai kerajaan bukan sahaja mesti jujur dan ikhlas, tetapi mereka juga mesti patuh kepada kerajaan.

Kebetulan yang sedang memerintah adalah kerajaan Barisan Nasional yang tunjangnya UMNO. Jadi kena patuhlah kepada pekeliling dan perintah kerajaan. Kalau tak nak, lebih baik berhenti dari menjadi anjing tersepit (yang menggigit bila dilepaskan) - ambil gaji dari kerajaan setiap bulan lepas tu bagi anak bini makan, pakaian & pelajaran dengan duit tersebut.

Kalau kerajaan DAP yang memerintah, dan mereka suruh Pengarah JAIP susukan babi ternakan, maka itu jugalah yang mesti dilakukan oleh Pengarah JAIP tersebut.
Kalau tak mahu, tidaklah salah kalau dia diberhentikan oleh kerajaan DAP tersebut.

Kerajaan BN yang baik sangat. Banyak sangat anjing tersepit yang dibelanya.

Unknown said...

Masih menunggu komen dari Ustaz Ahmad Awang, YB Khalil Idham Lim, Misbahul Munir, Alhussein, atau Dewan Pemuda Pas Perak mengenai penafian Pengarah JAIP ini.

Mun said...

bila bercakap kena masuk akal sebab kalau ikut sedap gigi menunjukkan kedangkalan akal seseorang itu walau sehebat mana gelarannya. patuh bermakna taat bukan semborono.
kerajaan dan partai harus tahu mana sempadannya jika faham erti kata politik yg sebenar. jika sorang buat silap yg lain ngikut kan rugi semua. harapnya biarlah sorang je berperangai begitu supaya nampak di mata org ramai yg tahu mana baik yg mana buruk.
peluang bagi seorang pemimpin nak masuk syurga adalah lebih dari orang biasa kerana jika adil dan taat 100% suruhan Allah dah dapat tiket. begitu juga kalau nak masuk neraka lebih mudah dari orang biasa jika nafsu mengawal jiwa.