Kepada pelajar yang mahu memasuki alam persekolahan awal tahun 2010, saya mengucapkan selamat menempuh dunia baru. Kepada guru-guru, bersabarlah. Khidmat baktimu amat dihargai untuk membina generasi gemilang.
Ini karangan dari seorang pelajar di Sabah disiarkan oleh rakan Facebook, Miracle S. Bulkiah.
"Tajuk terima kasih datuk (4)
Pada suatu hari, saya ikut datuk saya pigi sawah, kerana datuk saya pigi tingu air mana tau takering sudah. Nanti kena makan suruk nanti tu akar padi dia bilang.
Pada suatu hari, saya ikut datuk saya pigi sawah, kerana datuk saya pigi tingu air mana tau takering sudah. Nanti kena makan suruk nanti tu akar padi dia bilang.
Selepas itu, saya pun jalan-jalan di sawah. Punya saya tekajut, dekat sudah saya terinjak seketul ular talampau betul besar. Saya pun palan-palan gustan. Tapi ular itu tedengar saya tekantut. Trus dia tingu saya. Buduh, kenapa saya bolih tekantut ni? Itulah sepa suruh mama saya kasi makan saya telur tadi pagi. Tingu nga saya tekantut.
Saya sangat takut. Punyalah saya begagar. Saya tidak semua dapat becakap. Saya takut kalau ular itu bubut saya macam karabau dulu. Matilah ni. Saya nampak ular itu bejalan sudah pigi tampat saya. Sayapun sembayang harap-harap ada tikus limpas supaya tu ular pigi tangkap trus saya boleh lari. Tapi teda juga tikus limpas. Nasib baik datuk saya datang dan memukul ular itu. Terima kasih datuk."
Teringat zaman saya di Sabah 1986-1994. Banyak bahasa yang digunakan oleh pelajar ini adalah bahasa seharian di sana. :)

1 comment:
Bila difikirkan salahkah karangan ini? Ceritanya tak salah, tetapi bahasa yang digunakan sahaja yang salah. Apakah murid ini belajar bahasa Sabah atau bahasa Malaysia? Itu di Sabah, sebenarnya di Semenanjungpun berlaku perkara sebegini. Kenalah guru yang berusaha keras.
Post a Comment