21 December, 2009

ISU MASJID - JAWAPAN KEPADA PEMUDA PAS PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini mengeluarkan kenyataan media yang membantah pendedahan saya beberapa hari lalu berhubung isu perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid. Pemuda Pas Perak menuduh pula kononnya Umno telah menyusun perlantikan AJK masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) pada awal bulan Ogos lalu.

Naib Ketuanya, Salman Haji Saleh juga menuduh UMNO telah menjadikan masjid sebagai medan politik dengan meletakkan "proksi-proksinya" sebagai AJK tanpa melihat kelayakan dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Siapakah sebenarnya yang telah menjadikan masjid sebagai medan politik?

Kecenderungan Pas menjadikan mimbar masjid sebagai tempat menghentam kerajaan dan menegakkan ideologi Pas dalam khutbah Jumaat dan ketika Hari Raya ‘Idil Fitri dan ‘Idil Adha - adakah itu bukan usaha mempolitikkan masjid?

Tindak-tanduk guru takmir yang pro-Pas mengajar sedikit ilmu agama, tetapi melebihkan ceramah berunsur politik sehingga menimbulkan keresahan khariah - adakah itu tidak dikatakan masjid telah dipolitikkan?

Keghairahan AJK masjid yang dikuasai Pas menjemput pemimpin-pemimpin parti itu memberikan ceramah menghentam Kerajaan BN, termasuk dalam majlis-majlis kebesaran Islam seperti Maulidul Rasul dan Ma’al Hijrah di dalam masjid – bukankah itu menjurus ke arah mempolitikkan masjid?

Tidak cukup dengan pemimpin partinya, Pas juga menjemput pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang bukan beragama Islam berceramah mencela pemimpin-pemimpin Islam di dalam masjid – bukankah buruk sangat tindakan sedemikian bertujuan menjadikan masjid sebagai medan politik?

Penyatuan ummah bentuk apakah yang hendak diwujudkan oleh Pas dengan menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk mencela orang lain yang tidak sehaluan dengan perjuangannya? Sikap ini telah melebarkan lagi jurang berpuak-puak di kalangan khariah masjid.

Apa yang saya dedahkan baru-baru ini adalah sikap buruk sebilangan pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang sewenang-wenangnya menukar senarai nama Pengerusi dan AJK masjid, sedangkan senarai itu telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak dan diluluskan oleh mesyuarat MAIPk.

Tindakan mereka yang tidak beretika inilah sebenarnya boleh dianggap telah menderhakai titah Tuanku. Mereka mewar-warkan kononnya pemimpin Pas mengamalkan ajaran Islam secara syumul, walhal sebenarnya mereka telah menjadi penipu kerana mengubah keputusan yang telah dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa yang cukup dihormati di Negeri Perak. Mereka menyalahgunakan kuasa untuk satu perbuatan yang cukup tidak berintegriti dan amat meloyakan.

INILAH CONTOH PENIPUAN YANG DILAKUKAN TERHADAP SENARAI ASAL AJK MASJID EHSANIAH, KAMPUNG KELAN, SLIM RIVER. NAMA ENAM JAWATANKUASA BERSTATUS HAJI TELAH DIPOTONG DAN DIGANTIKAN DENGAN NAMA LAIN DENGAN TULISAN TANGAN. APAKAH PEMUDA PAS PERAK NAK KATA "TUAN HAJI" TAK LAYAK DUDUK SELAKU PENTADBIR MASJID?

Motif sebenar senarai itu diubah tidak lain dari ingin bermain politik di rumah Allah dengan meletakkan pemimpin dan penyokong tegar Pas di jawatan penting, dengan harapan mahu menguasai masjid dan kemudiannya bebas untuk melakukan apa sahaja program berbaur kepartian.

Pas perlu mengikis tanggapan bahawa majoriti jemaah yang hadir ke masjid adalah menyokong dan bersimpati dengan perjuangan parti itu. Mereka pergi ke masjid atas keinginan untuk beribadah dan berjemaah secara tenang, bukannya mahu mendengar celoteh politik dari khatib dan guru takmir yang berniat songsang.

Apakah ertinya kata-kata Naib Ketua Pemuda Pas Perak menuduh UMNO cuba mencampuri bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri Perak dalam menentukan AJK masjid, sedangkan pemimpin Pas sendiri bersikap cukup buruk dengan mengkhianati persetujuan masyawarah yang melibatkan keputusan DYTM Raja Muda.

Apakah contengan tangan memotong nama yang diperkenankan oleh DYTM Raja Muda selaku Yang Di Pertua MAIPk dan diganti dengan nama-nama pemimpin kanan Pas boleh dikatakan bukan perbuatan penderhaka?

Biar apapun, kita serahkan kepada budi bicara dan tindakan MAIPk yang akan bermesyuarat esok (22 Disember) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

14 comments:

Anonymous said...

Pemuda Pas ni memang setan. Aku ulang setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan,setan.

From
mainstream007@yahoo.com

TAAVEEKUN PERAK said...

salam ziarah,
inilah yang dikatakan kaum perosak ugama di negara kita.mereka sedang bersusah payah menjuarai dan memimpin perpecahan ummah di negara kita demi minda politik yang sempit.mereka ini sudah tiada beza dgn puak taliban dan geng2 pengganas lain yang sedang menjatuhkan imej ugama islam di seluruh dunia.bila kita tanya kata mereka berjuang lah shahid lah sedekah lah dan mcm2 lah.semua itu hampas saja.

Unknown said...

Umat Islam sebenarnya dah meluat melihat gelagat Pas yang terlalu gemar bermain politik di masjid. Masjid sepatutnya menjadi tempat menyatukan ummah, sebaliknya Pas mahu melebarkan jurang berpuak-puak di kalangan khariah.

Enough is enough. Cukuplah. Memecahbelahkan ummah kerja syaitan.

atiefs said...

Tahniah YB,

it is better to light a candle than curse the darkness..

you have successfully lit the candle for the betterment of our ummah..

Moga YB terus konsisten..

- atiefs -

BumiPerak said...

Firman Allah SWT : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk". Surah At-Taubah, ayat 18
BIARLAH BENAR-BENAR YANG ADA JIWA ISLAM, BUKANNYA YANG LOKLAK

Anonymous said...

TAK PAYAH SIBUK HAL MASJID YB....LEBIH BAIK YB JAGA KAW YB LAGI BAIKK...KALAU NAK SENANG YB,YB PERLU IKUT JTMAAH TABLIGH LAGI BAIK

Unknown said...

Pas Gopeng, cuba lihat nama siapakah yang dipotong pada senarai Masjid Ehsaniah, Kampung Kelan yang saya siarkan itu. Enam nama Haji dipotong dan digantikan dengan pemimpin tegar parti Pas. Enam Haji ini adalah orang yang dihormati di Kampung Kelan, dan sememangnya aktif di masjid berkenaa.

Apakah Pas Gopeng nak kata yang dipilih ini loklak dan diganti namanya oleh tangan ghaib itu syumul?

Imam said...

Apakah peranan masjid?

sila jawab khusairi talib

jawab bukan gunakan logik akal anda... sila gunakan hujah dari al quran ataupun hadis...

jika benar anda muslim...

Unknown said...

Imam, jika saya tidak menjawab soalan anda menggunakan hujah dari al quran ataupun hadis dalam isu ini, anda nak kata saya bukan muslim?

Inilah sikap orang Pas, mudah sangat hendak mengkafirkan sesama muslim. Inilah ajaran yang sering dibawa oleh pemimpin Pas di masjid. Subhanallah.

Anonymous said...

Kpd imam & pas gopeng,

korang xpyahla nak back up hamPAS korang tu. org pas memang pandai menggunakan hadis utk kepentingan berpolitik. apa guna hafal al-Quran dan hadis, tapi memaki hamun sesama islam..sama mcm pemimpin korg semua. sebelum nak bg hadisutk org baca, pas gopeng diminta baca la senarai yg YB khusairi bg sebelum nak menulis tanpa fakta. nama HJ telah dipotong..apa benda tu? korang nk ckp HJ xsemestinya baik? klu mcm tu ptutla nik aziz pn xbtul..lg1 kpd imam spttnya ko suruh nik aziz bgtau hadis apa yg menyokokng utk hancurkan sesama islam.doa pecah perutla apala.last2 KB Mall pny perut yg pecah..Allah nak tunjuk kt dunia je nampak..setahu aku dlm hadis suruh sesama islam berbaik..

Jantan said...

YB... YB...
Anda menjawab dgn satu pertanyaan. Memang tipikal UMNO... he he he

Satu lagi, apa BUKTI yg nama-nama pengganti itu adalah ahli PAS?

PAS tidak menyalahgunakan fungsi masjid. Bila kita berceramah tentang tanggungjawab seorang muslim, jangan amalkan rasuah... orang yg 'makan cili akan terasa pedas' walhal perkara yg sama turut dibawa oleh Rasulullah semasa mengembangkan Islam.

Anonymous said...

Khusairi Talib,
Jika hang tek berhujjah dengan Al Quran dan Hadis ini menunjukkan UMNOGOK sekular absolutely........
msjid untuk UMNOGOK sajaka ... bukan untuk semua.....Pilihanraya 13 nanti tahulah hang... sekarang nak bubar deun Perak pun UMNOGOK takut....asyik guna mahkamah rayuan je..sahlah mahkamah rayuan, PDRM sprm spr,AG semuanya komponen BN-UMNUGOK.
Melayu tanpa islam tak kemana...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

Tahniah! sembah duli Tuanku....
Akhirnya restu tuanku berpihak kepada yang benar...
Apa lagi YB???
Raja Nazrin setuju dengan contengan tangan atau contengan itu dari tangan YB atau nyata atau yang "ghaib"??

umnokurap said...

UMNO sememangnya tak layak memakmurkan masjid, dah semua kerosakan di muka bumi Malaysia dirosakannya, lepas tu nak ke masjid nak tunjuk le diorang ni baik, dah dia pulun habis dah manis-manis yang di bumi Allah dia tinggalkan taik pastu mennyelonot masuk ke masjid konon nak tunjuk yang diaorang ni baik... peerah seluruh umat manusia keburukan dan kebodohan UMNO ni..

(aloo YB Kalau berani keluarkan artikel ni...)