16 December, 2009

PENGARAH JAIP CUBA POLITIKKAN JAWATAN MASJID







Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato’ Mohamad Nor Mansor cuba bermain politik dalam soal perlantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Khariah Masjid di seluruh negeri, dengan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk).

Perbuatan beliau terbongkar apabila senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Hulu Bernam dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal.

Majlis penyampaian watikah yang sepatutnya diadakan pada 11 Disember ditangguhkan setelah Orang Besar Jajahan (OBJ) Daerah Batang Padang, Dato’ Seri Yeop Junior Yeop Adlan mengarahkan Pegawai Tadbir Agama (PTA) Slim River berbuat begitu. Dato’ Seri Yeop Junior meminta supaya senarai itu disemak semula setelah mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

Ternyata tindakan OBJ itu tepat kerana setelah disemak senarai asal, beberapa nama yang diperkenankan sebagai Pengerusi, Timbalan, Setiausaha, Bendahari dan AJK masjid telah dipotong oleh PTA dan memasukkan nama lain dengan tulisan tangan. Nama-nama yang dimasukkan kebanyakannya adalah pemimpin kanan parti Pas dalam khariah masjid berkenaan.

Antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan telah bertukar senarai nama adalah Masjid Sultan Idris Shah 11 Slim River, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau.

Sementara dalam mukim Hulu Bernam pula melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjong Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Sehingga kini, saya telah mendapat laporan bahawa masjid-masjid dalam beberapa kawasan Parlimen lain turut menerima nasib yang sama, iaitu Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.

Terbaru, ada aduan bahawa tiga buah masjid di Kampar mengalami perubahan besar terhadap senarai Pengerusi dan Ahli Jawatankuasanya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Siput, Dato’ Zulkifli Harun memberitahu, gambar Setiausaha Pas Kawasan Mohd Husni Abu Bakar telahpun terpampang dalam carta jawatankuasa khariah selaku pengerusi baru Masjid Al-Islah Keledang Utama dalam Mukim Sungai Siput.

Modus operandi Pengarah JAIP adalah dengan mengarahkan PTA supaya memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan memasukkan nama-nama pemimpin Pas sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP. Kemudian JAIP akan membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ, yang mewakili baginda Sultan di peringkat daerah.

Senarai baru itu diserahkan kepada PTA yang kemudiannya mengaturkan majlis penyerahan tauliah secara tergesa-gesa bagi mengelakkan gerakan mereka dikesan. Selepas tauliah disampaikan, senarai Jawatankuasa Khariah itu akan dipamerkan di masjid-masjid.

Apabila dipertikaikan, Pengarah JAIP dan PTA bertegas kononnya senarai tersebut telah dipersetujui DYTM Raja Muda, walhal nama-nama baru dimasukkan dengan meminda senarai asal yang telah diperkenankan oleh baginda.

Selaku penjawat awam, tindakan Pengarah JAIP ini amat tidak beretika malah boleh dianggap telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak. Beliau yang dilantik ketika pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak telah menunjukkan ketaksubannya terhadap parti Pas dan enggan menghormati keputusan mesyuarat MAIPk, sedangkan beliau sendiri adalah setiausaha kepada majlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perak itu.

Ini bukanlah kali pertama Pengarah JAIP cuba mempolitikkan jawatannya. Beliau telah melambat-lambatkan pembayaran saguhati kepada pegawai-pegawai masjid menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang lalu, sedangkan Kerajaan Negeri telahpun lebih awal menyerahkan peruntukan untuk tujuan berkenaan kepada JAIP. Tujuannya adalah semata-mata mahu menimbulkan rasa tidak puas hati bilal dan siak kepada pentadbiran Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh BN.

Isu pertukaran nama jawatankuasa masjid ini telahpun dimaklumkan kepada Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang kini berada di luar negara atas misi dagang. Difahamkan beliau telahpun menyembah maklumkan perkara ini kepada DYTM Raja Muda Perak.


Nama yang telah dipotong dan diganti menggunakan tulisan tangan. Nama yang dikuningkan adalah nama asal yang telah diperkenankan oleh DYTM Raja Muda Perak


Surat jemputan untuk majlis tauliah Mukim Slim dan Mukim Hulu Bernam pada 11 Disember yang ditangguhkan atas arahan OBJ


Senarai edaran di mana beberapa nama Pengerusi dan Setiausaha telah ditukar

15 comments:

PAPA GOMO said...

kalau lambat bertindak maka Islam akan dilacurkan sebagaimana yang terjadi di Pineng dan Selangor..

kena alert hal sebegini.

A.M.A.R.A.N Dari Gunung said...

Perkara ini telah di bawa lama ke pengetahuan YAB Meneteri Besar Perak Darul Ridzuan malahan sifat toleransi MB melemakkan mereka. Pengalaman saya dengan Pengarah ini adalah ketika memohon pakej Kursus Perkahwinan untuk di anjurkan di kawasan Kerian, malahan beliau langsung tidak memberi kerjasama kerana ketaksuban parti yang mendalam. Wahai Zambry bangkitlah engkau sebagai pejuang, jangan main cantik lagi. U must b wild n ready for war....

Unknown said...

Saya pasti masalah ini tidak sekadar wujud di Tanjong Malim, Kuala Kangsar, Sungai Siput dan Bagan Serai, tetapi di seluruh negeri. Sehingga kini, saya hanya dapati Tapah sahaja yang clear, kecuali berlaku kesilapan teknikal di Masjid Felda Besout 1 yang sedang diperbetulkan.

Saya harap, kawasan Parlimen lain segera membuat semakan dan berbincang semula dengan OBJ dan Penghulu-penghulu Mukim.

Kesedaran said...

Rasanya tak payah masjid juga di bawah masuk dalam kancah politik. Masjid adalah tempat umat ISLAM bersolah. Mendekati diri dgn ALLAH. Bukan untuk berpolitik di dalam nya. Cari lah tempat yg sesuai utk berpolitik. Buat Pengarah JAIP, sedar lah kamu bahawa utk apakah masjid itu di gunakan. Masaka kan kamu tidak tahu walhal kamu kata kamu amat arif dgn hukum hakam agama ISLAM.

Walau fanatik mana sekalipun kamu tu, tolong jgn gunakan masjid sebagai gelanggang kalian mahu berpolitik. Perbetulkan niat kamu sekiranya kamu masih menganggap kamu seorg yg beriman dgn ALLAH bukan beriman dgn fahaman politik kamu. Kalau kamu rasa diri kamu ini berilmu maka beramal lah untuk keutuhan agama ISLAM. Kamu masih bisa berpolitik tapi bukan cara menggunakan mosalah.

Lantas kamu fikir-fikir kan lah sendiri .............

Anonymous said...

Dulu lagi dah bagi tau... potong tapi tak nak potong juga... sekarang apa dah jadi...masih belum terlambat untuk potong... apa lagi MB...!!! potong jer la...!!! tak kan itu pun nak kena ajar... ape ke he nye yob..???

Anonymous said...

YB knape UMNO/BN still berlembut dlm perkara ni? Adakah dato' zambry tiada hak utk nasihat sultan supaya tukar ketua pengarah JAIP ni..dlu ms mula pembangkang ambil alih perak dorg suka hati je tukar org2 UMNO/BN..knape ini masih lg berlaku? harap UMNO/BN bangkit supaya benda ni xberlarutan..

Anonymous said...

sekarang Perak dibawah pentadbiran UMNO/BN , jadi tolonglah betulkan perkara yang salah ini daripada dirosakkan oleh totok PAS..

mereka mungkin bergerak secara senyap,
diharap YB, UMNO dapat mengambil serius hal ini,

YB Zamri.. bangkitlah, hapuskan kulat-kulat perosak ini..
jangan berkompromi dengan musuh..


bertindak segera sebelum terlambat...


.

adf55650 said...

Tak lama lagi Nga Kor Meng dan Ngeh Hon Kam pun dilantik jadi imam kat Ipoh. Ni yang sesetengah orang Melayu nak kat Perak.

Anonymous said...

Maka bertelagahlah orang yang bukan ahlinya...berpatutan la orang yg rajin berjemaah di masjid itu menguruskan dan mentadbir masjid. Rumah Allah bukan milik orang yang taksub politik.

Anonymous said...

Betul ke Pengarah yang mempolitikkan atau UMNO yang mempolitikkan. Waktu Pakatan Rakyat memerintah takde pulak Menteri Besar bagi senarai AJK Masjid. Masjid bawah kuasa Sultan bukan Menteri Besar

adf55650 said...

Anon,
Kalau tak tau ape2 hal, tak payah la komen di sini. Anda salah seorang dari mereka yang bodoh tegar yang taksub pada PAS yang sesat tu.
Masa Nizar jadi tok pekong DAP dulu habis dah disingkir termasuk ketua kampong.

Anonymous said...

adf55650...hang lagi buta..dah buta,kayu lak tu..jadilah buta kayu buta hati..kena nasik kangkang pemimpin umno...
masa PR perintah,ketua kampung adalah dilantik oleh orang kampung. Pejabat penghulu keluarkan writ utk pilihanraya kampung pilih tok ketua.kebanyakan kg ada pertandingan dari calon orang pas/pkr dan juga calon umno. dan banyak jugak orang umno menang jadi ketua kampung. yang ini hang buta ker mangkuk hayun .....

adf55650 said...

Mohd Nor Mansor tu sape yg lantik?
Tak kan la nak cerite dari A -Z. Bile nak maju org2 tolol PAS ni.
Tengoklah pada implikasi satu2 tindakan. Macam bercakap dgn golongan terencat akal. Bile bercerita asik dari mula setiapkali nak berhujah, itu retorik namenye,
Tapi takpe lah Nik Aziz pun mengaku die tak tahu menahu tntang nepotisme dalam PAS. Dah 19 thn jd pemerintah tu! So tak heranlah pengikutnya pun sama tolol.

Zambri dgn hemah tinggi tak pecat pun lantikan Nizar bangang tu. Bkn macam Nizar, dapat je kuasa dah tak ingat tuhan langsung.

PAS ni lebihkurang FIRAUN le.

Doa pecah perut dah mula nampak keberkatannya.

Anonymous said...

fahaman hujah umno mmg dangkal dan bodoh...macam kata kwn kena nasi kangkang mamak kutty....jadi biul...hujjah ikut sedap otak biul dema saja

Anonymous said...

Manusia semua sama. apa yang ada adalah kehidupan dan mati.Lihatlah apa yang kita buat untuk Islam.Apa yang kita telah lakukan, ucapkan, tulis, blog, fb, ?? adakah datang dari hati bersih??? adakah kita telah mengatakan arak, riba, rasuah, maksiat itu HALAL! PILIHLah jalan yang terbaik.Janganlah mencari kejahatan. .dalam kebaikan..insaf..tugas sebenar..menjadi Khalifah..bangunkan agama Allah...penuhkan masjid..usrah..Allahuakbar