
Nga Kor Ming comes from an old Ayer Tawar Methodist family and was christened David by the late Rev. Koh Gie Bing. – Alvinology http://sgblogs.com/entry/ming/252968
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (gambar atas) nampaknya sekali lagi cuba bermain dengan api keagamaan. Kali ini beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan orang Melayu dengan menyentuh isu-isu berkaitan pembinaan masjid.
Nga ketika berbahas di Dewan Rakyat mempersoalkan langkah Kerajaan Pusat membelanjakan RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dalam tempoh 2000 hingga 2008, tetapi dalam tempoh yang sama gagal membina rumah ibadat bagi agama lain.
Beliau kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga pembayar cukai. Setiausaha DAP Perak itu mahukan Kerajaan Pusat belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak yang banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong.
Nga juga meminta Kerajaan Pusat mencontohi Kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara.
Sikap Nga mempertikaikan usaha Kerajaan Pusat dan Negeri membina masjid dan surau bukanlah satu perkara baru. Sejak saya dipilih rakyat DUN Slim pada 2004 untuk berada dalam Sidang DUN Perak, sudah beberapa kali Nga selaku Adun Pantai Remis, serta sepupunya, Adun Sitiawan Ngeh Ko Ham mempertikaikan perbelanjaan bagi pembinaan terlalu banyak masjid dan surau di Perak.
Kini isu yang sudah menjadi barah dalam hati dan jiwa Nga dan Ngeh itu dibawa pula ke Parlimen. Mereka sudah lupa bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini sebagai termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan, dan sudah semestinya mendapat keistimewaan tertentu bagi kemudahan penganutnya. Mempertikaikan usaha Kerajaan Pusat menjalankan tanggungjawab mengembangkan syiar Islam samalah dengan mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara.
NGA DAN KIT SIANG MEMIJAK GAMBAR TIGA ADUN BEBASNga juga terlupa bahawa Perlembagaan telah meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak mempunyai Raja (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan), dan Sultan pula adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
Mempertikaikan aktiviti syiar Islam termasuk pembinaan masjid dan surau di negara ini samalah dengan mempertikaikan peranan Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah Kor Ming sekali lagi mahu menunjukkan sikap biadap dan mahu menderhakai Agong dan Raja-Raja Melayu?
Jangan hairan jika Kor Ming dan DAP meminta maaf selepas ini, kerana stail politik mereka sejak dahulu sama sahaja....meminta maaf atas kesilapan yang mereka sengajakan, tetapi mesej yang hendak mereka sampaikan sudah tersebar, khususnya di kalangan penyokong dari kaum Cina. Mereka mahu memberitahu pengundi Cina bahawa DAP sentiasa menjuarai isu kaum dan agama, dan tidak takut menyentuh kedudukan Melayu dan Islam.
Kor Ming boleh memuji sikap Pas yang sehingga kini tidak membina masjid, biarpun di Kelantan yang diperintah parti itu sejak sekian lama. Sikap Pas itu sewajarnya Kor Ming war-warkan kepada masyarakat Cina, bagi menunjukkan bahawa Pas sebenarnya bukanlah parti yang bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, maka dengan itu akan bertambahlah sokongan masyarakat Cina terhadap Pas.
Kor Ming juga boleh memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa Pas jauh lebih mudah dikawal berbanding Umno. Katakan kepada pengikut DAP bahawa Pas sudah terbukti mahu mengikut telunjuk DAP sepanjang 11 bulan memerintah Perak. Katakan bahawa Pas, berbanding dengan Umno, bersikap amat lemah kerana tidak mampu untuk menghalang enam Adun DAP dari menduduki kerusi Exco Kerajaan Negeri, malahan pada peringkat awalnya tidak membantah jika DAP mahu meletakkan lapan ADUNnya sebagai Exco.
NIZAR SANGGUP DIBONEKAKAN OLEH NGA DAN KUNCU-KUNCU DAP DI PERAKDAP juga boleh mewar-warkan kepada masyarakat Cina di Perak dan seluruh negara bahawa betapa lemahnya PAS sehingga boleh membenarkan penduduk Kampung Baru mendapat hak milik tanah kekal selama 999 tahun, sedangkan tidak ada seorangpun peribumi Melayu yang mendapat keistimewaan seperti itu sebelum ini, termasuk di kawasan Felda dan Felcra.
Kor Ming yang beragama Kristian itu boleh beritahu kepada penyokong DAP bahawa Nizar ketika dibonekakan selaku Menteri Besar begitu bermurah hati memberi peluang kepada Ngeh Ko Ham menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri yang sebelum ini dipegang oleh Menteri Besar sendiri, dan buat pertama kalinya diwujudkan Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam di Perak.
Kor Ming perlu terus mewar-warkan bahawa ketika mereka menguasai pemerintahan Kerajaan Negeri Perak, telah banyak tindakan yang mereka ambil untuk kepentingan masyarakat Cina termasuk meluluskan tanah seluas 2,000 ekar hanya untuk menampung tabung 9 buah sekolah SUWA Cina, biarpun dalam masa yang sama lebih 700 Sekolah Agama Rakyat di Perak tidak diberikan peluang memiliki sebidang tanah.
Dan sepatutnya Kor Ming dengan penuh bangga menghebahkan kepada masyarakat Cina bahawa Nizar sepanjang menjadi Menteri Besar telah tidak memberikan tumpuan untuk membina masjid dan surau di Perak demi menjaga sensitiviti rakan kongsinya, iaitu DAP dan PKR.
Teruskanlah Kor Ming dengan isu-isu yang menyentuh hati dan nurani masyarakat Islam itu. Dan dalam masa yang sama kamu bacalah surah-surah Al-Quran di atas pentas untuk mengabui mata penyokong Pas dari sikap sebenar kamu yang anti-Islam. Insyaallah, mereka akan bertepuk dan bersorak gembira apabila kamu melakukan begitu.
1 comment:
http://zul4kulim.blogspot.com/2009/12/yb-ngar-kor-ming_10.html
Post a Comment