IPOH 27 Dis. - Datuk Mohamah Nor Mansor perlu lebih bertanggungjawab terhadap kedudukan beliau sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dengan mengetepikan sebarang fahaman politik ketika melaksanakan tugas.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sebagai penjawat awam, beliau berharap Mohamah Nor sedar yang beliau dilantik kerajaan negeri.
''Maka beliau dan pegawai-pegawai agama di bawah JAIP mestilah melaksanakan tugas mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.
Zambry bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Keibubapaan dan Kekeluargaan 1Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohamah Nor yang menafikan beliau bermain politik berikutan aduan perubahan dalam senarai nama Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Pada 16 Disember lalu, ADUN Slim, Datuk Khusairi Abdul Talib mendakwa, JAIP telah menukar senarai AJK beberapa masjid di kawasan tersebut dan memasukkan nama pemimpin serta penyokong Pas.
Antara yang terbabit, Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau.
DATO' MOHAMAH NOR
Turut didakwa mengalami perubahan senarai nama Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen, kesemuanya terletak dalam mukim Ulu Bernam.
Turut didakwa mengalami perubahan senarai nama Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen, kesemuanya terletak dalam mukim Ulu Bernam.
Khusairi mendakwa, beliau turut menerima laporan pertukaran nama itu melibatkan beberapa masjid dalam kawasan Parlimen Bagan Serai, Sungai Siput dan Kuala Kangsar.
Mengulas lanjut, kata Zambry, Mohamah Nor tidak boleh mencampuradukkan permainan politiknya dalam sebarang keputusan membabitkan jabatan kerana ia boleh menjejaskan fungsi dan peranan JAIP.
Bagaimanapun, jelas Menteri Besar, sehingga kini, beliau masih bersangka baik terhadap Pengarah JAIP itu walaupun ada beberapa aduan dibangkitkan berhubung peranan dan tanggungjawab Mohamah Nor.
''Ini (aduan) bukanlah kali pertama. Tetapi saya masih memilih untuk bersangka baik terhadap beliau. Nasihat saya supaya beliau lebih berhati-hati kerana sebagai Pengarah JAIP, tanggungjawabnya sangat besar kepada orang Islam.
''Kita tidak mahu unsur-unsur politik keterlaluan dicampur aduk dalam hal dan keputusan berkaitan jabatan. Jika ini berlaku, saya bimbang JAIP tidak dapat berfungsi sebagai jabatan yang baik dan berkesan," katanya.
Ditanya kemungkinan tindakan disiplin dikenakan terhadap Pengarah JAIP itu, Zambry berkata, setiap penjawat awam harus mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan negeri.
''Tindakan akan diambil jika mereka ingkar. Kita tidak mahu ada keputusan yang dibuat di luar prosedur ditetapkan,'' katanya.
Menjawab satu soalan, Zambry berkata, tidak menjadi kesalahan bagi Mohamah Nor untuk menafikan bahawa beliau telah mengubah senarai nama AJK masjid seperti yang didakwa.
''Saya tidak mahu berprasangka tidak baik dan menghukum beliau. Apa pun keputusan yang dikeluarkan JAIP, ia mestilah keputusan bersama dan bukan seorang individu," katanya. - Utusan Malaysia


4 comments:
masih kuat bau nizar,ngeh dan nga di baju pengarah jaip ini.
minta dia berundur lah....
Salam:
Kalau kata2 berhemah atas sikap sesama Islam masih lagi tak menyedarkan pengarah Jaip itu maka eloklah ia dihumbangkan ke dalm sg.perak je..
Salam YB,
Diharap MB tidak berlembut lg
Pengarah JAIPk ini sepatutnya melepaskan jawatan kontraknya itu kerana perlantikannya adalah dibuat oleh Nizar, kawan karibnya dalam PAS semasa Nizar menjadi MB Perak.
First time dalam sejarah Pengarah Jabatan Islam negeri-negeri dalam Malaysia ini, Pengarah JAIPk diambil kerja secara kontrak kerana lebih umur persaraan wajib 58 tahun pada awal tahun ini. Semua Pengarah JAI selain Perak adalah serving officer PTD/PTA.
Post a Comment