20 October, 2009

MRSM FELDA SUDAH SIAP


MRSM Felda yang kini dikenali Kolej Tun Abdul Razak bernilai RM120 juta di Trolak sudahpun siap. Hanya sedikit kerja-kerja pemasangan perabut dan penghawa dingin yang mahu dibereskan. Kolej yang terletak dalam DUN Slim, Perak ini akan menempatkan 1,050 pelajar. Malahan telah ada seramai 200 pelajar pengambilan pertama yang ditempatkan di Kolej Kini berhampiran kolej baru berkenaan, dan beberapa MRSM di seluruh negara.

Semalam saya sempat meninjau kerja-kerja akhir di kolej itu. Turut serta Pengerusi PIBG MRSM Felda, Dr. Shamsul Anuar Sulaiman yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (WGF) dan Encik Mohd Ariffin Sulaiman, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Felda.

Antara yang menarik adalah Dewan Serbaguna yang boleh menempatkan 1,500 kapasiti, bilik kuliah teater, dewan makan, surau yang boleh menempatkan 600 kapasiti, bilik darjah dan padang permainan.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan penubuhan MRSM Felda ini dijangka merasmikan kolej berkenaan pada awal tahun 2010.


VIDEO MRSM FELDA DARI SIMPANG MASUK FELDA GUGUSAN BESOUT



DEWAN KULIAH TEATER

ASTAKA PADANG PERMAINAN

SURAU

PEJABAT PENTADBIRAN

RUANG PEJALAN KAKI KE SETIAP BANGUNAN

DEWAN MAKAN

DAPUR D'SAJI

DALAM KELAS

3 comments:

Anonymous said...

Dengan terbinanya MRSM Felda ini ianya akan dapat merancakkan lagi pembangunan dan kemakmuran di kawasan DUN Slim.

Sebagai ADUN kawasan Slim, Dato perlu lebih kerap turun padang untuk memastikan kejayaan setiap projek Kerajaan Barisan Nasional dan segala bantuan dan keperluan warga DUN Slim.

Selamat berkhidmat.

PEMERHATI...

BUGINVILLA said...

Saya berharap agar MRSM ini dapat menjana minda anak-anak kita ke arah minda yang bernas dan berfikir ke arah menjana idea yang membangunkan seluruh kudrat. Untuk Dato, semoga pengorbanan ini dapat dikenang oleh semua generasi.

Budak Trolak said...

Satu lagi motovasi untuk generasi FELDA Besout dan Trolak. Semoga kewujudan MRSMF ini dihuni oleh generasi di DUN Slim atau Parlimen Tanjung Malim umumnya.