03 October, 2009

BAGAN PINANG - PAS MULA GELABAH

Hairan sungguh kenapa calon Pas, Zulkefli Mohd Omar memaksa dirinya untuk masuk ke pusat penamaan calon PRK Bagan Pinang seawal jam 4.40 pagi. Penamaan calon hanya dibuka pada jam 9.00 pagi. Presiden Pas, Hadi Awang mengiringi calon Pas sebelum subuh lagi.

Apa yang mereka bimbangkan? Takut dengan bayang-bayang sendiri? Ataupun dah mula bingung dengan arus sokongan terhadap BN dan calonnya, Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang.

Tan Sri Isa tiba di pusat penamaan calon tepat jam 9.00 pagi diiringi Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hujan lebat tidak mematahkan semangat hampir 10,000 penyokong BN untuk berarak mengiringi calon ke Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

Semangat penyokong BN, khususnya generasi muda dari Teluk Kemang jelas terserlah dengan pelbagai sepanduk dan billboard yang menyokong pencalonan Tan Sri Isa. Antaranya "Kami Sokong Tan Sri Isa" dan "Kami Mahu Isa".



Bekas ahli PKR, Shahrudin masuk ke dewan untuk menawarkan diri sebagai calon tanpa membawa pencadang dan penyokong. Beliau tidak layak bertanding tanpa pencadang dan penyokong.

Selepas lapan pilihanraya kecil sejak PRU12, Bagan Pinang menjadi tumpuan khas, kerana Teluk Kemang adalah kubu kuat Umno dan BN.

Proses penamaan calon sedang berjalan dan nama-nama calon akan dipamerkan pada jam 11.00 pagi disusuli dengan bantahan sebelum diumumkan oleh Pengurus Pilihanraya pada kira-kira jam 12.00 tengahari.

Hujan yang reda sekejap tadi sudah mula menunjukkan akan turun semula.





3 comments:

Unknown said...

InsyAllah Isa akan menang majoriti 3,050 undi.

Saya mula berkampung di bagan pinang mencari pengalaman dan membantu calon BN.

Selamat berjuang sahabatku

Anonymous said...

Aku nampak macam seratus ribu. Jangan nak rendah diri bubuhlah bil. penyokong tu tinggi tinggi apa nak takut, undi pos dah dalam kocek

ah pong said...

penyokon BN datang dua juta, penyokong PAS hanya 500 orang.

peringatan kepada pengundi BP. kalau kamu tak undi umno isa samad akan jumpa kamu di padang mahsyar nanti....!!! ah hahhaha...

dan mari kita enjoy...duit datang dari langit sekejap lagi ...ahahaha