Sehari selepas kembali menunaikan umrah di tanah suci Mekah, saya berpeluang menziarah warga emas dan uzur di Bandar Baru Slim River dan di Kampung Kuala Slim. Sepanjang seminggu berada di Tanah Haram, wajah-wajah mereka sesekali muncul dalam fikiran saya. Sempat juga mendoakan semoga mereka diberikan kesejahteraan dan dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Kepada semua yang sudi membuka blog kerdil saya ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin. Sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan.
TERIMA KASIH DATO`. Biar apa orang lain kata (jika ada), niat yang ikhlas hanya Allah yang mengetahui. Tugas perlu dijalankan, amanah perlu ditunaikan dan janji perlu dikotakan. Masyarakat akan menilai apa yang dilakukan. Saya percaya apa yang dilakukan membuktikan keprihatinan dato` kepada masyarakat setempat. Apabila kita melihat insan yang dahulunya kuat serba-serbi, kini terlantar tidak bermaya, mengingatkan kita kepada pencipta. Kepada yang memgang jawatan di luar sana, luangkan sedikit masa mengikut rombongan dato`, agar kita dapat menyelami perasaan mereka yang memerlukan bantuan. Kepada yang telah mengikut rombongan dato`, hanya terima kasih yang mampu diucapkan. Terima dari saya kepada Dato` dan semua yang telah berusaha mendampingi mereka yang memerlukan perhatian. -Saipol Bahrin, Ketua Pemuda Kuala Slim
Cikgu Saipol. Insyaallah kita akan meneruskan program ziarah seumpama ini, bukan sekadar semasa Ramadhan sahaja. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah dihulurkan sepanjang program Ziarah di bulan Ramadhan lalu. Semangat kerjasama seumpama inilah yang selalu saya impikan. Semoga kita sentiasa dapat ditemukan dengan mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan.
2 comments:
TERIMA KASIH DATO`.
Biar apa orang lain kata (jika ada), niat yang ikhlas hanya Allah yang mengetahui. Tugas perlu dijalankan, amanah perlu ditunaikan dan janji perlu dikotakan. Masyarakat akan menilai apa yang dilakukan. Saya percaya apa yang dilakukan membuktikan keprihatinan dato` kepada masyarakat setempat.
Apabila kita melihat insan yang dahulunya kuat serba-serbi, kini terlantar tidak bermaya, mengingatkan kita kepada pencipta.
Kepada yang memgang jawatan di luar sana, luangkan sedikit masa mengikut rombongan dato`, agar kita dapat menyelami perasaan mereka yang memerlukan bantuan.
Kepada yang telah mengikut rombongan dato`, hanya terima kasih yang mampu diucapkan.
Terima dari saya kepada Dato` dan semua yang telah berusaha mendampingi mereka yang memerlukan perhatian.
-Saipol Bahrin, Ketua Pemuda Kuala Slim
Cikgu Saipol. Insyaallah kita akan meneruskan program ziarah seumpama ini, bukan sekadar semasa Ramadhan sahaja. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah dihulurkan sepanjang program Ziarah di bulan Ramadhan lalu. Semangat kerjasama seumpama inilah yang selalu saya impikan. Semoga kita sentiasa dapat ditemukan dengan mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan.
Post a Comment