Ada pengajaran sayu yang diterima siang tadi. Seorang wanita lebih separuh abad masih menjalankan tanggungjawab membesarkan enam orang kanak-kanak, dua darinya masih terlalu kecil. Dan kanak-kanak itu adalah cucu-cucunya. Setelah membesarkan anak dengan penuh beban dan tanggungjawab, kini beban dan tanggungjawab anak itu dipikul juga oleh wanita ini. Mana lagi hendak menguruskan suaminya yang tidak mampu bergerak cergas.
Hati saya cukup tersentuh melihat air matanya jatuh berjuraian menceritakan nasibnya. Kasihan saya melihatnya. Sempat saya mendukung cucunya yang baru belajar berjalan.
Oh anak. Kasihanilah ibu bapamu. Berilah peluang kepada mereka merehatkan diri di hari tua dan beribadah tanpa dibebani tugas yang sudah sekian lama mereka pikul.
5 comments:
Memang le kalo dah tuae, macam2 sakit le yang datang.
Selain berdoa ihtiyo le berubat cara tradisonal macam nenek buat ni.
Jangan le pegi jumpa bomo atau dukun yang 'cari makan'.
Nak katakan sembuh jadi mude tak leh le, se tidak2 sehat wal-afiyat pun jadi le.
salam YB.
Walaupun banyak hal yg saya kurang setuju dengan BN/UMNO tapi Isu ini antara topik yg menjadi kegemarannya saya. Teruskan usaha YB selagi mereka memerlukan. Terima kasih kerana menjadi 'pengantara' membantu rakyat khususnya mereka yg kurang berkemmapuan.
Salam...
Semoga apa yang terjadi di Felda Besout 1 ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Diharap saya tidak akan menjadi anak seperti itu. Dan kepada yang berkemampuan..beringat2lah kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya Allah SWT itu memberi kekayaan kepada kita supaya kita dapat menolong insan2 yang memerlukan..bermula daripada keluarga kita sendiri dan seterusnya kepada masyarakat.
Terima kasih nenek kebayan, kulatlapok dan TheStoryTeller. Insyaallah usaha sebegini akan diteruskan. Hati saya cukup tersentuh bila melihat mereka yang uzur begini. Sebenarnya usia mereka hanya lebih sedikit 60 tahun. Tetapi mungkin disebabkan kerja keras di ladang sejak zaman muda. Kebanyakannya diserang stroke dan sakit buah pinggang.
Tahniah Dato.. sememangnya yg susah dibantu, tapi membantu sentiasa tidak akan merupah mentaliti mereka. Jika boleh dibuat program utk mereka supaya mereka boleh berdikari bagi golongan yg masih mampu dan ada tenaga. Sekadar pandangan
Post a Comment