06 September, 2009

PEMBENTUKAN KERAJAAN BN PERAK


Berikut saya paparkan tulisan Syed Rizal Salim mengenai peralihan kuasa Kerajaan Negeri Perak dari pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional pada 6 Februari 2009.



Latar Belakang

- Isu ini bermula ADUN Bota, YB Dato’ Nasaruddin Hashim keluar UMNO menyertai PKR pada 25 Januari 2009. Kemudian tidak lama selepas itu dua orang ADUN PKR iaitu ADUN Behrang, YB Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, YB Kapt (B) Mohd Osman B. Jailu mengumumkan menjadi ADUN Bebas.

- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah menyerahkan surat perletakkan jawatan kedua-dua ADUN tersebut kepada Pejabat Pilihanraya Negeri Perak tetapi SPR telah menolak surat perletakan jawatan tersebut atas alasan meragui kesahihan surat tersebut.

- Beberapa hari kemudian, ADUN Jelapang merangkap Timbalan Speaker, YB Hee Yit Foong telah membuat pengumuman keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dengan berikrar menyokong BN.

- Nizar selaku MB Kerajaan Campuran (DAP/PKR/PAS) merayu kepada Sultan Perak supaya memberi perkenan untuk membubarkan DUN agar pilihanraya negeri boleh diadakan bagi membentuk kerajaan baru.

- YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menghadap Sultan Perak dan memaklumkan bahawa BN mempunyai sokongan majoriti ADUN untuk membentuk kerajaan baru di Perak.

- Dengan itu kedudukan kerusi bagi DUN Perak adalah BN 28, Parti Campuran 28 dan Bebas yang menyokong BN 3.

- Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah memanggil menghadap 28 ADUN BN dan 3 ADUN bebas untuk memastikan sokongan mereka terhadap BN bagi membentuk Kerajaan Negeri.

- DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berpuas hati bahawa 31 ADUN memberikan sokongan kepada BN. Ini bermakna BN mempunyai suara majoriti di DUN Perak. Dengan itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan DUN sebaliknya menitahkan Nizar meletakkan jawatan sebagai MB.

- YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah dilantik menjadi MB Perak yang baru. Pada masa yang sama, Nizar dan barisan exconya enggan meletak jawatan seperti dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

- Speaker DUN Perak, Sivakumar telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh supaya mahkamah mengisytiharkan surat perletakan jawatan 3 ADUN sebagai sah dan kerusi DUN itu kosong.

- Kerajaan parti campuran menganggap kerajaan mereka masih sah sehingga keputusan mahkamah dibuat dan menuduh Kerajaan BN yang baru ditubuhkan tidak sah.

- Nizar dan exconya bertindak memboikot majlis angkat sumpah MB baru dan penyokong-penyokong parti campuran meluahkan rasa tidak puas hati dengan mengadakan demonstrasi jalanan semasa majlis berlangsung.

- Parti campuran juga mengheret institusi Raja ke muka pengadilan, tetapi selepas itu menarik balik niat tersebut.

ADAKAH BENAR TIDAKAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK SERTA BN MERAMPAS ITU BENAR???

- DYMM Paduka Seri Sultan Perak berlaku adil dengan bertemu 28 adun BN dan 3 adun bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

- DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah seorang yang bijaksana, berilmu serta berpengalaman luas dalam bidang perundangan kerana pernah menjadi Ketua Hakim Negara.

- Apabila seorang MB itu telah hilang sokongan majoriti maka secara automatik jawatan MB dan jemaah Exconya gugur. Jadi apa perlunya mengadakan sidang Dewan Khas untuk membuat undi tidak percaya sedangkan Sultan sendiri telah bersemuka dengan kesemua ADUN terlibat dan berpuashati bahawa Nizar sudah hilang sokongan majoriti.

- Perlembagaan Negeri Perak memberi kuasa kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak untuk melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu dan beragama Islam, kecuali dalam hal-hal tertentu baginda boleh menggunakan budi bicaranya melantik bukan Melayu ke jawatan itu. DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah menggunakan kuasanya melantik MB pada 6 Februari 2009.

- Nizar telah melanggar sumpah sebagai ADUN kerana dalam sumpah beliau menyatakan “ Wallahi…Wabillahi… Watallahi… Sesungguhnya saya Nizar Bin Jamaluddin bersumpah akan taat setia kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak…” (Perkara 47(1)).

- DYMM Paduka Seri Sultan Perak hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

- Titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Apabila DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah mengeluarkan titah untuk MB dan EXCOnya meletakkan jawatan itu secara automatik mereka perlu berbuat demikian.

- Oleh kerana Nizar dan Exconya enggan meletak jawatan maka DYMM Paduka Seri Sultan Perak terpaksa mengeluarkan titah supaya Nizar dan Exconya berbuat demikian atau jika enggan jawatan tersebut diisytiharkan kosong.

- BN sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya sama ada umum atau kecil, namun demikian dalam situasi ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN sebaliknya berpuashati bahawa BN mempunyai sokongan majoriti ketika itu dan layak menubuhkan kerajaan.

- Surat tandatangan mengosongkan kerusi dan tidak bertarikh hanya sah sekiranya disampaikan oleh orang yang menandatangani surat tersebut. Ini merupakan satu prosedur SPR (Akta SPR Perkara 12 (3)). Jadi telah timbul keraguaan terhadap surat tersebut kerana ia bukan disampaikan oleh orang yang menandatangani surat tersebut iaitu ADUN Changkat Jering, YB Kapt (B) Osman Jailu dan ADUN Behrang YB Jamaluddin Mat Radzi.

- DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara. Baginda Arif dan berpengalaman dalam bidang kehakiman dan perundangan. Baginda bersifat adil kepada kedua-dua pihak dengan menggunakan pendekatan yang adil, bijaksana dan berhemah serta mengikut proses perundangan yang betul.

- Secara logiknya selepas keputusan PRU ke-12, DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada ketika itu boleh mengisytiharkan BN(UMNO) menubuhkan Kerajaan Negeri kerana BN mempunyai jumlah kerusi terbanyak. Sekiranya DYMM Paduka Seri Sultan Perak atau keluarganya mempunyai kepentingan, pada ketika itu lagi DYMM Paduka Seri Sultan Perak melantik BN menubuhkan Kerajaan Negeri Perak.

- Demonstrasi jalanan hanya dilakukan oleh orang-orang Melayu. Ini bukan budaya Rakyat Malaysia sebaliknya dipelopori oleh DSAI dan parti campuran. Jika benar parti campuran sepakat, mengapa kaum lain tidak terlibat & turut serta dalam demonstrasi tersebut. Ini menunjukkan orang Melayu tidak sedar mereka telah dipergunakan.

- Nizar adalah orang Melayu pertama yang menyembah ‘MOHON DERHAKA KEPADA SULTAN’ yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa sekalipun. Tindakan ini begitu biadap sekali ini boleh mencemarkan Institusi Raja Melayu itu sendiri.

- TIDAK! BN tidak mengambil alih kerajaan Perak secara rampasan kuasa. Tidak ada sebarang rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera atau berkuasa. Apa yang berlaku adalah berdasarkan lunas undang-undang dan demokrasi.

- Budaya melompat parti ini dimulakan oleh DSAI apabila beliau mendakwa telah berjaya mempengaruhi 31 Ahli Parlimen dari BN untuk menyertai parti campuran dan akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008.

- BN tidak bersekongkol dengan pemimpin tidak bermoral kerana: Ketiga-tiga ADUN bebas itu sendiri yang menyatakan sokongan mereka kepada BN semasa menghadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak tanpa dipengaruhi oleh BN.

- Parti campuran yang sebenarnya bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral. Ini kerana semasa ADUN Changkat Jering dan ADUN Behrang didakwa terlibat rasuah mereka adalah ADUN PKR, tetapi parti campuran tidak mengambil tindakan atas mereka.

- Sebaliknya parti campuran DAP/PKR/PAS hanya bermuafakat untuk menjatuhkan BN. Walaupun sekiranya mereka berjaya menjatuhkan BN, apakah hala tuju mereka selepas itu? Ini kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideologi politik yang berbeza. Berbanding BN yang memerdekakan negara dan mengisi kemerdekaan itu.

- Karpal juga tidak bersetuju dengan DSAI dan menyatakan “DSAI merupakan pemimpin yang tidak bermoral kerana membenarkan budaya melompat parti”.

- Perkara menyaman Institusi Raja Melayu mendapat tentangan hebat dari rakyat terutama golongan orang-orang Melayu. Tindakan KERAJAAN CAMPURAN menafikan serta menutup kes ini dilakukan hanya sebagai permainan politik parti campuran takut kehilangan undi dari pengundi Melayu dan pengundi lain yang masih berpegang kepada PRINSIP RAJA BERPELEMBAGAAN yang diamalkan di Malaysia.

- PKR tidak mahu menyokong DAP dalam isu menyaman Raja kerana PKR takut kehilangan undi dalam pilihanraya. Jelas sekali persepakatan ini hanya untuk kepentingan individu atau parti tertentu sahaja dan bukan untuk kepentingan rakyat.

- Sebelum ini PKR dan DSAI menyatakan akan memperjuangkan Sultan, melindungi orang Melayu, bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan orang Melayu. Apa yang berlaku akan memberi implikasi besar kepada orang Melayu terutamanya dari PKR untuk jangka masa yang panjang.

- Kegelojohan mengheret Sultan ke mahkamah dengan hanya bersandarkan kepada sentimen politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan jelas tidak menghormati institusi Raja seperti terkandung dalam prinsip Rukun Negara yang ke dua.

- Secara rsionnalnya, jika sidang DUN diadakan dalam masa terdekat Sivakumar berharap ketidakhadiran Dr. Zambry dan enam EXCO Kerajaan Negeri membolehkan pakatan pembangkang memenangi undi belah-bahagi, termasuk dalam usul yang menguntungkan mereka seperti pemilikan tanah kg baru 999 tahun.

- Pengerusi DAP, Karpal Singh juga keliru dengan keputusan Sivakumar mengantung Dr. Zambry dan enam EXCO berkenaan. Menurutnya Sivakumar perlu memanggil sidang DUN untuk mengesahkan keputusannya di Dewan mulia bukan bawah pokok.




PENUTUP
- BN berjanji akan memastikan pemerintahan kerajaan yang baru berteraskan tiga perkara:

- Adil kepada semua masyarakat.
- Efektif dan berkesan dengan semua program berpandukan kehendak rakyat.
- Kerajaan berintegriti.

- Lupakan pertelingkahan politik dan kembali bersatu untuk membina ekonomi negara.
Yang penting rakyat mesti yakin terhadap Kerajaan BN yang mempunyai pengalaman luas menanggani krisis ekonomi dan sama-sama bekerja kuat bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

- Kita perlu mengembalikan ketenangan, keamanan dan kestabilan kerana ia adalah asas
yang sangat penting dalam sesebuah negeri.

- Semua pihak diseru agar kembali menghormati Institusi DiRaja dan jangan membiarkan
golongan tidak bertanggungjawab mengambil ruang dalam masyarakat kita dan menimbulkan huru-hara.

No comments: