
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu memberi banyak pengajaran dan petunjuk terhadap arus semasa politik tanahair. Majoriti 5,435 undi adalah jauh dari apa yang disasarkan oleh BN.
Atas konsep rakyat didahulukan, pemilihan Tan Sri Isa Samad selaku calon BN memberi kesan positif terhadap kemenangan besar ini, kerana pemimpin veteran ini begitu popular dan disenangi oleh majoriti rakyat di Bagan Pinang. Jika aura Anwar Ibrahim begitu kuat di Permatang Pauh, maka di Teluk Kemang, aura itu ada pada Tan Sri Isa.
Tidak dinafikan bahawa sokongan pengundi Melayu terhadap Umno dan BN semakin meningkat, samalah dengan apa yang ditunjukkan mereka dalam PRK Manek Urai dan PRK Bukit Gantang. Pas kini bukanlah asset yang kuat di dalam pakatan pembangkang untuk meraih pengundi Melayu. Bagan Pinang memperkukuhkan lagi petunjuk yang dibuat oleh pengundi Melayu di Manek Urai dan Bukit Gantang. Pas bergantung kepada pengundi Cina untuk menang, ketika pengundi Melayu semakin jauh menyisihkannya.
Bagan Pinang juga memberi sedikit kelegaan terhadap arus sokongan kaum India terhadap BN yang agak negatif dalam beberapa PRK sebelum ini. Kesemua peti undi di kawasan majoriti kaum India di Bagan Pinang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang agak besar. Petanda bahawa konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri semakin dapat diterima oleh kaum berkenaan.
Kempen kasar dan ganas yang dibawa oleh penyokong Pas di Bagan Pinang telah membantu meningkatkan rasa benci pengundi terhadap parti itu. Perbuatan memukul pemimpin dan penyokong parti lawan, mengkasari pemandu Ketua Polis Negeri sehingga berdarah, menghimpunkan samseng dari luar dan mengganggu perjalanan lalulintas sehari sebelum pengundian adalah sikap dan wajah baru Pas yang tidak disenangi oleh pengundi. Pas sering mendakwa parti itu adalah parti Islam, tetapi sikap dan pembawaannya tidak seperti apa yang dituntut oleh agama Islam, sebaliknya menjatuhkan martabat dan maruah agama suci itu.
AHLI MT UMNO, DATO' AZEEZ RAHIM DITUMBUK PENYOKONG PAS
PEMANDU KETUA POLIS NEGERI DIPUKUL PENYOKONG PAS HINGGA BERDARAHArus sokongan pengundi Cina terhadap BN masih belum dapat dibaca, kerana peratusan kaum tersebut yang kecil di Bagan Pinang.
BN tidak wajar terlalu bergantung dengan petunjuk di Bagan Pinang ini untuk berasa terlalu yakin dalam PRU13 nanti. Lain padang, lain belalangnya. Kekuatan BN di Bagan Pinang banyak bergantung kepada populariti calonnya, selain strategi kempen yang mengenai sasaran. Begitu juga dengan kewujudan kem tentera di situ.
Komposisi pengundi di Bagan Pinang jauh berbeza dengan banyak kawasan lain, seperti kawasan DUN Pantai Remis atau DUN Pasir Panjang di Perak yang kini masing-masing diwakili oleh Nga Kor Meng (DAP) dan Nizar Jamaluddin (PAS).
BN perlu mencari formula untuk berkempen di kawasan yang mempunyai ramai pengundi Cina. Belum dapat dipastikan sama ada faktor pengundi Cina di Kuala Sepetang yang memenangkan Nizar dalam PRK Parlimen Bukit Gantang akan berubah dalam PRU13 nanti.
Jika BN berjaya menawan semula hati pengundi Cina, konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri akan lebih mudah tercapai.
2 comments:
Nala tidak hairan kalau UMNO sudah menang di DUN Bagan Pinang.
Pertama nya DUN bagan Pinang memang kubu kuat UMNO totok yang akan pangkah UMNO juga walaupun calun nya hanya sebiji kepala babi sebagai ganti calun UMNO. Kerana itu lah perangai UMNO totok.
Kedua, DUN Bagan Pinang ada lebih 4000 pengundi pos.
Jika Isa Samad bertanding di luar Bagan Pinang, misalnya di Perak atau Selangor pasti dia akan hilang wang pertaruhan nya.
Kenyataan yang terlalu angkuh dari penyokong PR (Pakatan Rapuh)yang berselindung atas nama Nalapambu, yang tidak mahu menerima hakikat kekalahan. Cubalah Nalapambu belajar bermuhasabah. Kekalahan teruk Pas di Bagan Pinang adalah hukuman rakyat terhadap kerapuhan pakatan haram DAP-PKR-PAS yang hanya pandai berjanji sebelum PRU12 lalu, tetapi banyak janji tidak ditepati.
Post a Comment