22 October, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP SIVAKUMAR

Pada 21 Oktober 2009, saya membuat laporan polis terhadap Adun Tronoh, V. Sivakumar bekas Speaker Dewan Negeri Perak. Laporan dibuat pada jam 4.20 petang di Balai Polis Slim River. Perbuatannya menyamar sebagai Speaker (impersonate), mencuripakai letterhead Speaker dan cuba mewujudkan suasana kecoh semasa Sidang DUN pada 28 Oktober 2009 akan datang.

Ini kali kedua saya membuat laporan polis terhadap Sivakumar. Saya sangat berharap supaya pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap laporan saya ini, dan laporan-laporan dari pihak lain ke atas Sivakumar.



1 comment:

Anonymous said...

Lapor jangan tak lapor. Laporan polis ini sepatutnya sudah lama perlu dibuat sebelum bekas speker tu semakin menjadi-jadi aksinya. Tapi tak mengapalah. Asalkan ada laporan polis dibuat dah kira bagus walaupun agak sedikit lewat.

Selamat bersidang.

PEMERHATI...