
Antara persoalan yang boleh dijawab dari keputusan Pilihanraya Kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober nanti adalah sama ada anggota tentera, bekas tentera dan keluarga mereka yang menguasai sebilangan besar undi boleh menerima desakan pihak tertentu supaya bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dibenarkan pulang dan menghabiskan sisa hidupnya di Malaysia.
Pengundi pos di DUN Bagan Pinang seramai 4,854 orang akan membuang undi pada 8 Oktober nanti dan kesemuanya adalah anggota tentera dari Kem Sirusa, Pord Dickson. Bilangan ini adalah 34.79% dari keseluruhan 13,953 pengundi.
Dalam Pilihanraya Umum Mac 2008, Barisan Nasional (BN) menguasai 63% dari undi pos di DUN Bagan Pinang, selebihnya iaitu kira-kira 1,600 undi diperolehi oleh calon dari Parti Pas.
CHIN PENG KETIKA RUNDINGAN BALING
TUNKU ABDUL RAHMAN KETIKA RUNDINGAN BALINGAntara faktor kenapa Kerajaan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia adalah atas menghormati desakan kuat yang diterima dari pesara tentera yang pernah berkhidmat mempertahankan negara dari ancaman komunis. Chin Peng selaku peneraju PKM adalah orang yang bertanggungjawab ke atas semua serangan gerila sehingga menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdoa kehilangan nyawa dan cedera, khususnya di kalangan anggota tentera.
Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal dalam MPAJA yang dipimpin oleh Chin Peng telah bertindak keluar hutan untuk membunuh dan menyeksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British. Mereka turut membunuh pemimpin tempatan seperti penghulu dan imam di kampong-kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Mereka ini lebih dikenali dengan “Bintang Tiga”.
Ramai bekas anggota keselamatan, khususnya anggota tentera yang terbunuh akibat kekejaman Chin Peng. Ramai isteri anggota tentera yang menjadi janda dan anak-anak kehilangan bapa tempat bernaung dan bermanja. Ada di kalangan tentera yang hidup sehingga kini dalam kecacatan akibat tembakan, bom dan jerangkap samar yang dilakukan oleh Chin Peng dan anggota gerilanya.
Malangnya ada di kalangan pemimpin pembangkang, termasuk Anwar Ibrahim yang cuba membela Chin Peng kononnya atas sifat kemanusiaan. Apakah nilai kemanusiaan wujud dalam diri Chin Peng ketika dia dan anggota gerila PKM membunuh dan menyiksa anggota tentera dan rakyat yang cuba mempertahankan tanahair atas dasar cintakan negara?
Malahan rasa simpati tidak bertempat Anwar terhadap Chin Peng itu juga dibidas oleh Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin. Menurutnya, "Beliau (Chin Peng) adalah kepala teroris. Beliau tidak layak menjejak kaki ke bumi Malaysia ini walaupun sesaat, apatah lagi diberi tempat walau se inci. Beliau tidak pernah melahirkan rasa insaf dan sedar atas keganasan yang telah beliau lakukan. Kini beliau dan balaci-balacinya menagih simpati untuk menghabiskan usia tua kononnya di Malaysia."
Sebaliknya pemimpin Pas tidak membantah Anwar. Sebaliknya Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat menyamakan pula parti Umno seperti komunis. Beliau cuba mengalih persoalan sebenar kepada satu perkara yang tidak masuk akal. Komuniskah Umno jika ketika kekejaman Chin Peng dan PKM, parti Umno berada dipihak yang mempertahankan kemerdekaan negara bersama-sama anggota keselamatan termasuk tentera dan polis?
Pengundi pos di Bagan Pinang menjadi tumpuan ketika ini untuk menilai siapakah sebenarnya Chin Peng dan apakah yang telah dilakukannya dalam lipatan sejarah hitam negara. Mereka perlu menolak calon Pas, parti yang bersekongkol dengan Anwar dan DAP yang bersimpati dengan Chin Peng.
WAJARKAH DIA KEMBALI? ATAU MENAMBAH LUKA DI HATI?
4 comments:
Kenapa UMNO pilih Isa??
Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.
UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.
Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.
Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.
Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?
Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
Mudz, jangan nak mengaku Umno jika semangat Umno tiada dalam diri saudara. Tan Sri Isa hanya dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Umno, bukannya SPRM. Politik adalah politik. Berbeza dengan Anwar yang dipenjarakan atas tuduhan menyalahgunakan kuasa. Tak lama lagi atas tuduhan meliwat. Kenapa pengundi Permatang Pauh memberi kemenangan kepada perasuah dan peliwat seperti Anwar?
PAS KAFIRKAN UMNO KERANA PERINTAH MALAYSIA DENGAN PARTI BUKAN ISLAM
Sejak tahun 1964 PAS telah menyatakan UMNO kafir kerana berkongsi kuasa memerintah Negara ini dengan para pemimpin bukan Islam seperti MCA & MIC kerana PAS menyifatkan perkongsian kuasa yang dilakukan oleh UMNO bercanggah dengan ajaran Islam.
Tetapi sebaliknya bila PAS hendak menyertai PR, TG Hadi Awang berfatwa pula dalam bukunya yang bertajuk “AMANAT HAJI HADI – PENGHURAIAN DAN PENJELASAN” di mukasurat 8 & 17 menyatakan bahawa HARUS bekerjasama dengan dengan orang bukan Islam. Sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran dengan UMNO/BN di tahun 1973-1977, TG Nik Aziz dalam bukunya yang bertajuk “SIKAP SAYA” terbitan 15 Disember 1977 di mukasurat 3 memetik fatwa Dewan Ulamak PAS Pusat bahawa “Kerajaan Campuran adalah HARUS dan diTARJIH oleh Kongres”
Dengan itu jelas sekali PAS memang mempermainkan Hukum Allah dan berfatwa mengikut kepentingan politik dan bukannya kepentingan Islam. Sebab itu hukum-hakam dalam PAS boleh berubah mengikut isu dan kepentingan politik, sehingga PR menjadi HALAL WAJIB disokong, sementara UMNO/BN menjadi HARAM dan WAJIB ditentang. Surah al-An’am ayat 57 Surah an-Nisa’ ayat 46.
http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ
http://www.youtube.com/watch?v=D8Dw3Pv1Lbc
http://www.youtube.com/watch?v=LtRlJNbS_Ec
PANTUN:
Isa dah menang,
PR susah hati,
Pas kena tunggang ,
oleh DAP.
PR memang teruk,
PKR tukang buli,
DAP tukung cucuk,
PAS tak peduli,
Post a Comment