"Mak cik rasa sebak sangat dianiaya begini"
Badariah bte Haji Sulaiman – bukanlah satu nama popular. Nama itu hanya dikenali sebilangan rakan taulan di sekitar tanah rancangan Felda yang didiaminya, selain sanak saudara. Tetapi nama itu menjadi perhatian khas kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Puan Badariah kini berusia 65 tahun, tinggal di alamat 486-4 Kampung Bukit, Felda Gedangsa. Wanita ini uzur sejak lebih 13 tahun lalu akibat serangan jantung. Suaminya, Mohd Nor bin Judi adalah peneroka di tanah rancangan itu.
Walaupun uzur dan pergerakannya terbatas, Puan Badariah hidup penuh ceria bersama keluarganya sehinggalah keceriaannya itu diragut oleh sepucuk surat dan segulung sijil penghargaan yang dikirimkan oleh PKR kepadanya pada awal Januari 2010.
Sijil penghargaan bertarikh 31 Disember 2009 itu mengesahkan Puan Badariah telah menjadi ahli parti PKR dengan nombor keahlian B030000703. Sejak itu, hidup Puan Badariah penuh dengan tandatanya dan emosinya begitu teruk terganggu.
Dia hampir tidak dapat bersuara ketika wartawan RTM menemuramahnya. Perasaannya bercampur baur antara sebak, geram, marah, kecewa dan sedih. Namun dikuatkannya semangatnya untuk menzahirkan kebenaran.
“Mak cik tak pernah minta jadi ahli PKR. Siapa punya kerja ini? Orang yang buat kerja ini letak otaknya di lutut. Mak cik rasa geram sangat. Menipu mak cik dan mahu menganiaya mak cik,” katanya dalam suara tersekat-sekat. Air jernih mula berginang di kelopak mata, lantas tak dapat ditahan dari mencucuri pipinya.
“Mak cik dah masuk Umno dari tahun 70 (1970). Mak cik tak pernah keluar dari Umno, kenapa pula mak cik boleh diberi surat masuk parti PKR ni?” katanya sambil meramas surat dan sijil dengan perasaan geram lalu mencampakkannya.
Pagi ini Puan Badariah akan menunaikan tanggungjawabnya membuang undi dalam Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor. Dalam PRU12 lalu beliau tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu kerana keuzurannya. Tetapi dia bertekad mahu ke pusat pembuangan undi kali ini kerana mahu membalas perbuatan yang dilakukan oleh PKR terhadapnya.
Apa yang pasti, perasaan geram dan marah Puan Badariah terhadap penipuan PKR tidak cukup hanya sekadar meramas dan membuang surat serta sijil yang diterimanya. Hatinya akan lebih puas sekiranya berpeluang memasuki bilik mengundi, dan memangkah calon BN sebagai tanda membalas penipuan PKR terhadapnya.
“Tolonglah hantar kenderaan ambil mak cik esok (hari ini). Mak cik nak mengundi BN. Mak cik nak lepas geram semasa mengundi,” katanya.
Selamat mengundi Puan Badariah. Dan selamat mengundi kepada semua pengundi P094 Hulu Selangor. Undi ditangan anda bagi memastikan BN kembali di Parlimen ini.




9 comments:
Inilah cara PKR mendekati rakyat. Penipuan demi penipuan. Modal dah habis. Kalah terbayang. Panik dan gelabah dah menyerap.PKR akan hancusss di Hulu Selangor.
saya plik abg bila baca ptikn ni 'sambil meramas surat dan sijil dengan perasaan geram lalu mencampakkannya." tp gmbr sijil elok cam br je...jgn mrh cuma pelik
Anonymous, jangan pelik. Gambar sijil tu diambil sebelum Puan Badariah meramas dan mencampakkannya. RTM ada merakamkannya.
Ooo patut la ahli depa ramai,main tipu...
Salam Dato' K,
They lied before ... they are lying now ... and they will lie again for sure.
Anonymous tak tau awak ini siapa coz takut tunjuk id @ muka.Tapi utk pengetahuan sdr.@ sdri (no idea u laki ke pompuan) PKR ini lahir pun dari penipuan dan sekarang hidup atas penipuan.Sbb perjuanganya ialah Anwar jadi PM selain dari itu apa princip @ perjuangan mereka bolh sdr.tolong explain sikit.Kalau sdr.ahli PKR kerana Anwar bertaubat lah...sbb saya knl Anwar bkn baru setahun dua..dh lbh 20 tahun.dan dia mmg putar alam utk kepentingan diri dia....
PUAK2 TAKSUB ANWAR AL-JUBURI MMG CMTU....
aku ingat pkr buat apalah tadi nk roboh rumah ke , nk halau ke , rupanya dapat sijil dari pkr, baiasalah saluran 1 mmg sedih klu perkara begitu terjadi..
Dan kalau penyokong pembangkang akan komen dengan menjadi anonymous.
Hebat.
Reformasi adalah dakyah dan propaganda Barat untuk menipu manusia bahawa demokrasi dan hak asasi adalah utama.
Hak asasi manusia hanyalah kepada Allah. Demokrasi adalah ciptaan mereka.
Post a Comment