Sidang DUN Perak yang berakhir petang tadi menyerlahkan lagi sikap biadap Adun-Adun pembangkang. Rakyat sudah pasti dapat menilai sikap mereka yang lebih mengutamakan politiking dari memikul amanah yang diberikan untuk membawa masalah rakyat di dalam Sidang Dewan.
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap biadap dan tidak mengikut tataetika ketika berada di dalam Dewan. Sikap yang sama telah mereka tunjukkan semasa Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan 28 Oktober 2009. Malahan kebiadaban mereka dalam persidangan kali ini lebih lagi ketara dengan menghamburkan kata-kata kesat dan cuba memukul Menteri Besar.
Apabila Speaker, Dato’ R. Ganesan memulakan persidangan, Adun-Adun pembangkang yang diketuai Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng, Nizar Jamaluddin dan Sivakumar terus mengganggu dengan berbuat bising.
Rakyat sebenarnya sudah muak dengan sikap biadap dan tidak mengikut tataetika ketika berada di dalam Dewan. Sikap yang sama telah mereka tunjukkan semasa Sidang DUN pada 7 Mei 2009 dan 28 Oktober 2009. Malahan kebiadaban mereka dalam persidangan kali ini lebih lagi ketara dengan menghamburkan kata-kata kesat dan cuba memukul Menteri Besar.
Apabila Speaker, Dato’ R. Ganesan memulakan persidangan, Adun-Adun pembangkang yang diketuai Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng, Nizar Jamaluddin dan Sivakumar terus mengganggu dengan berbuat bising.
Tujuan mereka hanya satu, mahu menggagalkan Sidang DUN dengan alasan kononnya Ganesan tidak berhak mengendalikan persidangan. Nga Kor Meng bangun untuk memulakan episod buruk itu sebaik sahaja Ganesan mahu membuat pengumuman beliau selaku Speaker.
Bermula dari pengumuman Speaker hinggalah selesai sessi soalan lisan, Adun-Adun pembangkang membuat pelbagai provokasi terhadap Speaker, Menteri Besar dan Adun-Adun BN. Mereka menjerit, bangun tanpa kebenaran dan menunjukkan risalah dengan pelbagai tulisan biadap.
Malahan mereka enggan mengemukakan soalan untuk dijawab oleh wakil Kerajaan Negeri ketika soalan-soalan itu tiba pada gilirannya. Antaranya soalan 3 dari Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, soalan 5 dari Chang Lih Kang (Teja) dan soalan 8 dari Yee Seu Kai (Pokok Assam).
Malahan mereka enggan mengemukakan soalan untuk dijawab oleh wakil Kerajaan Negeri ketika soalan-soalan itu tiba pada gilirannya. Antaranya soalan 3 dari Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, soalan 5 dari Chang Lih Kang (Teja) dan soalan 8 dari Yee Seu Kai (Pokok Assam).
Di akhir episod-episod itu, Nizar memulakan langkah meninggalkan Dewan dengan melontarkan kata-kata kesat terhadap Speaker dan Menteri Besar. Nizar memaki Dr. Zambry dengan kata-kata "BABI! PANGKOR" dan Nga Kor Meng menunjukkan isyarat penumbuk kepada Menteri Besar.
Sebelum keluar, mereka berlegar-legar di ruang tengah Dewan tanpa menghormati sidang yang sedang berjalan. Mereka juga menerjah masuk ke hadapan meja tempat yang dikhaskan kepada kerajaan. Ketika itu, Exco Dato’ Ramli Zahari sedang membawa usul Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan) 2010.
Tai Sing Ng (Adun Kuala Sepetang) yang mahu memukul Menteri Besar rakyat Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry
Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng bertindak lebih melampau apabila menuju ke hadapan meja Dato’ Seri Dr. Zambry, berkata sesuatu dan cuba menghempas fail tebal yang dibawanya ke tubuh Menteri Besar. Beberapa orang Bentara Dewan segera menghentikan tindakannya itu dan membuat benteng menghalang Tai dan Adun-Adun pembangkang lain merapati Dr. Zambry. Semalam, Adun Kuala Sepetang inilah juga yang enggan bangun ketika doa dibacakan bagi memulakan persidangan sebelum DYMM Pemangku Raja Perak memasuki Dewan untuk menyampaikan titah perasmian.
Selaku Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan, saya mencadangkan supaya Tai dihadapkan dalam masa terdekat ke jawatankuasa ini supaya satu keputusan tegas dapat diambil sebagai pengajaran kepada Adun-Adun lain. Perbuatan mahu memukul seseorang anggota Dewan adalah satu tindakan melampau dan amat menyalahi tataetika Dewan, apatah lagi perbuatan itu mahu dilakukan terhadap seorang Menteri Besar yang merupakan ketua eksekutif Kerajaan Negeri.
Kesemua Adun pembangkang memboikot dan keluar dari Sidang Dewan pada kira-kira jam 11.00 pagi. Amanah yang telah diberikan oleh rakyat di kawasan mereka telah dikhianati.
LUAHAN HATI DR ZAMBRY TERHADAP SEMUA INSIDEN MELAMPAU INI
BOLEH DIBACA DI SINI





3 comments:
Salam Wangsa Setia.
Tidakkah ada undang-undang yang boleh menghentikan tindakan mereka yang biadap itu.
Rakyat harus melihat, itulah tindak gaya mereka. Amanah yang di berikan rakyat, di abaikan begitu sahaja. Inilah yang di katakan "Bapa Borek anak pun rintik."
Ini adalah suatu pengajaran yang sangat Besar untuk Rakyat Malaysia supaya berfikiran dan mengambil tindakan bijak. Bersukorlah kepada Allah yang telah menunjukkan apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
Jangan ini berulang lagi di PRU 13. Jangan biarkan anasir-anasir yang tidak baik di julang lagi. Berfikir dan ambil tindakan yang bijaklah. Tidak gunanya menyesal di belakang hari.
"Betulkanlah Yang Biasa
dan Biasakanlah Yang Betul".
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com
http://saatjais.formor.com
Inilah yang disebut oleh YB Dato' Seri Zaharin dari Bayan Baru....pemikiran komunis. Pemikiran ini telah lama berakar umbi dalam ideologi politik DAP. Sebilangan pemimpin PKR juga mempunyai pemikiran yang sama, termasuk Adun Kuala Sepetang.
hmmm....sultan ke pemangku sultan ke tak bleh ke nak wat pape kat biri2 nih??kerabat2 di raja pun..takkn dok asik makan elaun je,,pertahankan la skit kemertabatan diraja..takkn takde sorangpun dalam kerabat raja ni yg "berjiwa pahlawan" tuk melakukan satu pengorbanan yg boleh diingat dan diingati semua kelompok masyarakat yg mohon derhaka nih!!!3 kali sidang dun,raja dan pemangku rajaaaa biasa je!!!mesti gundah hati dan meruntum jiwa di hati beraja...
anakbugis
Post a Comment