Keputusan penuh Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor
Sila klik di sini
Kesemua lima daerah mengundi di mana Negeri Perak menjadi bapa angkat dimenangi oleh BN. Daerah-daerah mengundi itu ialah Kawasan SKC, Ladang Lima Belas, Gedangsa, Sungai Selisek dan Kampung Gesir.
Di kelima-lima daerah mengundi ini, calon BN, P. Kamalanathan memperolehi 2,364 undi berbanding calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim mendapat 1,268 undi. Majoriti BN di sini adalah 1,096 undi. Kesemua 12 saluran dimenangi calon BN.
Tahniah saya ucapkan kepada semua 248 anggota jentera BN Negeri Perak yang bertugas seawal 14 April. Begitu juga kepada 800 anggota Pemuda Wira Bangsa dan 200 anggota Puteri Sangsaka Bangsa yang datang sehari sebelum pembuangan undi bagi membantu menguatkan semangat pengundi dan petugas.
Insyaallah, jentera BN Negeri Perak akan kembali ke setiap daerah mengundi untuk mengadakan kenduri kesyukuran sebagai menghargai kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para pengundi kepada BN.
GEGAR! GEMPUR! (atau dalam loghat Peraknya GEGOR! GEMPOR!)


1 comment:
As.kum,
Saya pemuda bhgn. Tg.karang, ditugaskan pd hari mengundi di felda gedangsa.
Saya Ucapkan setinggi2 tahniah dan terima kasih pd team Gegor Gempor pemuda Perak.
Kalau tak ada team ni, hanyut BN dibuatnya hari tu.
Mereka anak muda ini yang menggerunkan musibat PAS/PKR dari kedah & sg. besar.
Pemuda Selangor perlu belajar dgn Umno Perak utk mendidik Pemuda Umno supaya bersemangat, berani dan sanggup tunggu provok dari pembangkang.
Tahniahx3...
Post a Comment