17 April, 2010

GANAS! PENYOKONG PKR BALING BATU.


GANAS! Dua orang ahli Pemuda Umno menderita akibat dibaling dengan batu sebesar penumbuk oleh penyokong PKR semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor pagi tadi.

Penyokong PKR dan PAS yang berkubu di masjid Kuala Kubu Baru tidak dapat menahan provokasi, lalu mengambil tindakan membaling batu ke arah penyokong Barisan Nasional yang berkumpul di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor.

Eddy Safuan, 26, ahli Pemuda Umno dari Bahagian Marang bersama seorang lagi ahli Pemuda dari Tanjung Karang dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Baru akibat luka yang agak serius yang mereka alami akibat terkena balingan itu.

Ketika ditemui, Eddy berkata, beliau cuba mengambil gambar dan membuat rakaman video di sekitar pagar masjid berkenaan ketika berlaku kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua parti.

Ketika itulah Eddy merasakan satu objek keras mengenai dahi kanannya dan apabila melihat ke bawah, beliau melihat seketul batu sebesar penumbuk bergolek di kakinya.

Eddy terus menjerit memanggil kawannya dan merasai darah mula memenuhi muka. Beliau sempat mendengar dan melihat seorang lagi di hadapannya menjerit kesakitan juga akibat terkena balingan batu dari penyokong PKR.

Eddy berkata, kejadian itu adalah satu sejarah bagi dirinya kerana mengalami kecederaan ketika memikul amanah menyokong parti kesayangannya, BN.

“Kejadian ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus bekerja lebih kuat bagi memastikan kemenangan calon BN dalam pilihanraya ini. Malahan sebaik sahaja doktor menjahit luka di dahi saya, saya terus bergegas ke bangunan Umno Hulu Selangor semula bagi mendengar amanat Tan Sri Muhyiddin dan ucapan calon BN, Kamalanathan,” katanya penuh semangat.

Begitulah sikap penyokong fanatik pembangkang. Mereka tidak memikirkan keselamatan orang lain akibat sikap ekstrim dan ganas yang ada dalam diri mereka. 

  Saya mengambil kesempatan bergambar dengan seorang Pemuda Umno berhati waja

3 comments:

zahari1950 said...

Teruskan keberanian anda. Yang baling batutu pengecut. Kalau berani berlenganlah mengapa baling batu sembunyi tangan. Cis pengecut sungguh penyokong pembangkang - PKR ni.

Anonymous said...

PAS for all
Israel for all
PAS untuk semua termasuk pelacur Eli Wong, komunis DAP, kaki bontot, kaki arak, kaki....... Amal Jariah=Rasuah

Anonymous said...

allo.. zaman nabi dulu bukan cedera tapi syahid nak mempertahnakan ajran islam dan rasulnya.. nie adik aku pun x menangis klu kena.. aper lah nasib.. sikit jer 2.. bukan mati pun.. jgn luper nnt amik gambar ngan P 1 MALAYSIA nnt.. nnt menang BIIEEENNG kat HUUULLLLUUURRR SELANGOR nnt