ADUN Pantai Remis, Nga Kor Meng sewajarnya semakin insaf bahawa rasa meluat terhadap sikap tidak beradab sebahagian besar rakan seperjuangannya yang bergelar ‘Yang Berhormat’ bukan sekadar membusung di hati rakyat akar umbi, malah sudah sampai ke peringkat tertinggi dalam institusi beraja di Negeri Perak.
Sikap mereka sudah lama diperhati dan diteliti. Sudah sekian lama Nga Kor Meng dan rakannya di dalam pakatan pembangkang yang bergelar ADUN menunjukkan sikap tidak beradab secara terbuka, bukan sahaja terhadap sistem kehakiman dan Sidang DUN yang mulia, malahan sehingga mengetuk pintu kedaulatan Raja-Raja dan istana.
Sudah beberapa kali mereka bersikap kebudak-budakan dan tidak beretika semasa berada dalam Sidang DUN, termasuk yang terbaru pada 31 Mac lalu apabila mereka menjerit-jerit, memaki hamun, mahu memukul Menteri Besar, menunjukkan 'risalah' seolah-olah berada dalam demontrasi jalanan, berlegar di ruang yang tidak dibenarkan, tidak mematuhi arahan Yang Dipertua Dewan dan memboikot dewan sebagaimana sebelumnya.
Atas sikap buruk seperti itu, sukar untuk sesiapa sahaja mahu menilai diri mereka dari sudut yang positif. Tidak perlulah Nga Kor Meng berasa hairan kenapa mereka tidak dijemput menghadiri majlis Istiadat Menjunjung Kasih dan Penganugerahan Bintang-Bintang Kebesaran Sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di Istana Iskandariah pada 19 April lalu.
Adalah hak Istana untuk menjemput sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk menghadiri majlis gilang-gemilang dan penuh dengan adat istiadat dan adab sopan itu. Maka tiada hak untuk Nga Kor Meng mempertikaikan kenapa dirinya dan rakan-rakan 'Yang Berhormat'nya tidak dijemput.
Pandai-pandailah mengukur baju di badan sendiri.
2 comments:
Apakah kita ingin anak-anak Melayu merempat di bumi sendiri...Tolak calon MIC. Melayu selamat.
SALAM WANGSA SETIA,
KEPADA (HASHIM "KOMENG" 9:05AM)KAMI DI HULU SELANGOR TELAH/AKAN MENGUNDI CALON DARI BARISAN NASIONAL....EN. KAMALANATHAN IAITU CALON DARI MIC..HIDUP BN..MAMPOS LA KAU HASHIM...KAMI X NAK DENGAR CKP ORG SASAU MACAM KAU...
Post a Comment