Itulah sebenarnya tahap status ulamak yang ada pada diri Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat. Dengan meminta orang ramai mendoakan supaya orang lain ditimpa musibah, gelaran ulamak semakin menyimpang dari diri Nik Aziz. Puncanya, hanya satu perkara yang berkaitan dengan kebendaan dan keduniaan.
Semalam Nik Aziz menggesa rakyat Kelantan mendoakan kehancuran Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak.
Perlakuan Nik Aziz itu bukanlah suatu yang mengejutkan. Sudah banyak “fatwa” negatif keluar dari mulutnya. “Tidak salah berkawan dengan syaitan”, “Allah juga mencarut”, “Tak salah DAP hina Islam”, “Menyokong Umno tak masuk syurga” dan lain-lain lagi “fatwa” songsangnya. Semuanya bertujuan untuk mengelirukan rakyat supaya diri dan partinya mendapat sokongan politik.
PERLUKAH NIK AZIZ BERDOA HINGGA MENITISKAN AIR MATA UNTUK KEHANCURAN ORANG LAIN? MENANGIS ITU SUDAH MENJADI BEGITU MUDAH BAGINYA SEMUDAH LAKONAN AZIAN IRDAWATIApabila Nik Aziz membuat arahan mendoakan kehancuran insan lain, bermakna satu lagi sifat Rasullullah s.a.w. tercabut dari tubuhnya. Rasullullah s.a.w. tidak pernah meminta para sahabat dan pengikutnya mendoakan kehancuran musuh-musuhnya, termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab yang kejam itu. Jika mengaku diri itu ulamak, sepatutnya dia mendekatkan diri dengan sifat-sifat Rasulullah dan para sahabat.
Tindak-tanduk Nik Aziz kebelakangan ini menampakkan dirinya dalam situasi amat terdesak. Dia sedar bahawa sokongan rakyat terhadapnya semakin jatuh menjunam, termasuk dari pemimpin dan penyokong partinya sendiri. Atas rasa tertekan itulah Nik Aziz cuba menjadikan Dato’ Seri Najib sebagai kambing hitam sebagai korbannya sempena 'Idil Adha.

Ketika dia masih menjadi Menteri Besar, pemimpin di bawahnya sudah mula berbicara soal siapa penggantinya, kononnya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri. Dalam erti kata lain, kekalutan itu akan muncul jika Nik Aziz meninggal dunia, sedangkan sehingga nafas terakhirnya, dia tidak menunjukkan siapakah yang lebih layak di kalangan anak didiknya untuk menerajui Kerajaan Kelantan.
Maka di dada-dada akhbar, termasuk yang pro-Pas, muncullah beberapa nama terutamanya tiga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Dato’ Ahmad Yaakob, Dato’ Husam Musa dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah. Husam sudahpun menolak untuk jawatan itu, tetapi dia tahu segala keputusan banyak bergantung atas kehendak Nik Aziz dan Pas Pusat.
Dahulu Pas itu Nik Aziz, dan Nik Aziz itu Pas. Tetapi situasi ini tidak lagi wujud, malahan sebilangan besar pemimpin Pas Pusat sudah hilang hormat kepadanya selaku Mursyidul Am.

Desakan Nik Aziz supaya diadakan Muktamar Agung Pas (EGM) bagi membolehkan beberapa pemimpin tertentu dilucutkan jawatan tidak menjadi kenyataan, sebaliknya Pas Pusat pula menekan beliau supaya menggugurkan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman dari jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Nik Aziz terpaksa akur dengan tekanan itu.
Nik Aziz menafikan dirinya menghadapi tekanan dalam soal pengguguran jawatan menantunya. Dalam ayat untuk menyedapkan hati, Nik Aziz berkata “Tak ada tekanan, biasa la. Sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya”. Tetapi hakikatnya Nik Aziz telah ditekan supaya memecat menantunya.

Nik Aziz kini diasak teruk dari dalam partinya sendiri. Itu belum diambil kira isu tajaan syarikat yang mendapat projek iklan bagi Nik Aziz dan keluarganya menunaikan haji dengan pakej lumayan dan kesan kekalahan teruk Pas dalam PRK Bagan Pinang.
Nik Aziz cuba mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu-isu yang semakin menghimpitnya. Kambing hitamnya adalah pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak. Maka disuruhlah rakyat mendoakan kehancuran Najib, supaya dalam sibuk berdoa itu, tembelang Nik Aziz yang semakin membusuk itu dapat dilupakan. Inilah strategi kotor Nik Aziz yang dianggap ulamak itu.
DS NAJIB MENZIARAH NIK AZIZ KETIKA BELIAU JATUH SAKIT, SEBALIKNYA NIK AZIZ MENDOAKAN KEMUSNAHAN DS NAJIB.
11 comments:
salam...
satu lagi ajaran pas yg terang menyeleweng dari sunnah dan kitabullah
sekiranya tok gurunya sudah berfikiran sedemikian rupa, apakah agaknya tahap akhlak anak muridnya?
Ya Allah Engkau halanglah Nik Abdul Aziz Nik Mat daripda menyesatkan hambaMu mengikut hawa nafsunya, mempergunakan Agama Mu untuk kekayaan politiknya serta Engkau balikkanlah Doa Kejahatan yang didoakan oleh nya dan pengikutnya kepada dirinya dan mereka-mereka yang taksub pada nya.. Sesungguhny Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dan Penentu Segala Yang Baik dan Buruk..ya Robbal A'alaminn..AMEENN..!!!
Hamba-Mu ini tiada daya upaya melawan kejahatan mulut lidah dan hasutan Nik Ajiz bersama pengikutnya merosakkan Islam dan Ukhuwahnya..Hanya pada Engakau ya Allah kami berserah..
Ya Allah berikanlah Hidayah dan keselamatan buat Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan pemimpin kami.. Semoga kau selamatkanlah negara ini jatuh kepada Pakatan Rakyat-Al MUNAFIQ!!
Ya Allah Kau hancurkanlah Pakatan Haram DAP-PAS-PKR yang mempersendakan Agamamu ya-Allah!!
Kalau tok Guru akhlak huduh mcm ni..anak murid nya AKHLAK SYAITAN laah..
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
penegak kebenaran said,
adakah cukup ilmu kamu berbanding dgn ilmunya.
sekiranya dia salah,ALLAH tidak akan memberi pangkat yang dipegangnya sekarang..
adakah amalan hasanah kamu mencukupi untuk menfitnah atau berprasangka buruk terhadap orang lain????
najib yg dijadikan kambing hitam atau nik aziz yg dijadikan kambing hitam.
najib yg dijadikan kambing hitam atau nik aziz yg dijadikan kambing hitam?
Hoi! pemilik blog. jgn sesekali kau nak hina our leader yg "baik" mcm tu sekali ea.. engkau kata dia doakan org lain ditimpa musibah. Mana ada!! Dia doakan BN. Barisan Nasional yg bangsat tu yg hancur. engkau ni boleh mendengar ke x? deaf ke? Ke pekak? Ke pekak badak? Ke pekak badak Sumbu? Engkau ni memeng tau. kata org lain wahabi lah. syiah lah. habis tu engkau tu apa? setan! DAJAL! Sedap nak kata org lain. yg engkau punya leader tu. Najib Razak. dah la pakai gelang emas. mahathir tu. Konon la antara insan plg kaya. tapi perlu ke kekeyaan tu? bawak ke kubur ke harta tu? semua yg dia ada tu ada hak org lain jugak tau. sepatutnya dia sumbangkan utk org lain. yg lebih memerlukan. bukan simpan utk diri sendiri jer. nak kata nik aziz pandai berlakon sampai menangis. sekurang-kurangnya dia menangis. engkau tu ada menangis? dgn menangis la blh melembutkan hati. hati x keras mcm kau. mcm pemimpin kau. Engkau tu ada ke sifst-sifat rasulullah dan para sahabat? Ckp org lain pandai. diri sendiri tu? entah-entah isteri engkau tu x pakai tudung! pakai tudung pun x tutup dada. Jgn sedap-sedap nak mengata org lain kalau engkau sendiri x sedar tentang siapa yg engkau tgh cakapkan. ramai yg mengagumi ketokohan, keramahan, kebijaksanaan beliau. engkau je yg x pernah dekat dgn dia. sebab tu la kau berani nak mengata. kalau kau kenal dia. x de nya kau nak mengata sampai mcm ni sekali. mahathir digelar insan yg pandai. yg kaya. nik aziz x perlukan gelaran tu utk masuk ke syurga. Kalau dia bagus dan pandai kenapa dia x ajak isteri dia pakai tudung? kalau dia blh berfikir dgn baik. mesti dia tahu apa kelebihan memakai tudung. setiap helai rambut yg ditayangkan kpd lelaki yg bkn muhrim akan mendapat dosa. engkau punya pemimpin sendiri punya keluarga pun dah banyak dpt dosa. ni lagi engkau mengutuk org yg alim. org yg lebih byk mempunyai ilmu DRPD ENKAU. sebagai seorang penipu. engkau sanggup memutar belit cerita demi kepentingan diri kau. tunggulah azab allah akan menanti kau!! Kalau x kat dunia dkt akhirat NANTI!!

nik aziz memang pndai belakon pn.. tgk gmbr2 dia semua gambar2 daif dan mcm org2 biasa.. tp hakikatnya kaya raya.. mlas nk kecek banyak nilai sendri la
Post a Comment