Sivakumar yang masih menganggap dirinya Speaker telah cuba memakai jubah dan songkok Speaker yang dibawa lari selepas beliau dilucutkan dari jawatan berkenaan dalam Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu. Selain jubah dan songkok, Siva juga membawa lari kepala surat (letterhead) Speaker.
Adun-Adun pakatan pembangkang berulang alik beberapa kali dari Pejabat DAP Perak yang terletak 50 meter dari Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri, hanya kerana mahu mengelak tindakan polis yang mahu mengambil barang kes (jubah dan songkok Speaker) dari tubuh Sivakumar.
SIVA DAN ADUN-ADUN PEMBANGKANG ENGGAN MASUK KE DEWAN KERANA MAHU MEMPERTAHANKAN JUBAH SPEAKER YANG DICURIKetika insiden di tapak letak kereta Bangunan SUK ini berlaku, sidang Dewan Negeri Perak sudahpun dimulakan pada jam 10.00 pagi dan Menteri Besar Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedang membentangkan Bajet Negeri Perak 2010.
Adun-Adun pakatan pembangkang bersungguh-sungguh mahu mempertahankan jubah dan songkok Speaker curi yang melekat di tubuh Sivakumar. Mereka lupa tugas hakiki mereka iaitu untuk mengambil bahagian dalam sessi Sidang DUN. Mereka sanggup dan lebih rela bertempur dengan pihak polis, daripada 'bertempur' membawa masalah rakyat yang diwakili di dalam Dewan Negeri.
SIVA KELUAR DARI KAWASAN SUK SELEPAS JUBAHNYA DIAMBILInilah gara-gara menderhakai titah dan perkenan Sultan, enggan menghormati keputusan Dewan Negeri yang mulia serta menghina keputusan Mahkamah mengenai kedudukan Speaker, Menteri Besar, Exco-Exco, 3 Adun bebas dan beberapa keputusan lain.
Sebaik masuk ke dewan, Sivakumar yang berlakon mengendalikan Sidang DUN menipu lagi dengan berkata polis telah mencekiknya semasa mahu mengambil jubah dari tubuhnya. Perkara ini telah dinafikan oleh Ketua Polis Perak.
BENARKAH DAKWAAN SIVAKUMAR DIA DICEKIK? FOTO YANG DIJADIKAN BUKTI OLEH SIVA INI TIDAK MENAMPAKKAN TANDA-TANDA SIVA DICEKIK. BERLAKON DAN TERUS BERLAKONLAH WAHAI SIVA.Adun Pantai Remis, Nga Kor Meng pula dalam sidang akhbarnya mendakwa bahagian sulitnya telah dicabul ketika mahu melepasi metal screening di pintu masuk Dewan. Apakah ada bebola besi di situ yang menyebabkan mesin pengimbas berbunyi?
Sudahlah tu wahai Siva, Nizar, Ngeh, Nga.... rakyat boleh ditipu sekali, tetapi jika penipuan itu diulang-ulang, akhirnya rakyat akan sedar permainan politik kamu semua. Kembalilah kepada tugas sebenar kamu apabila dipilih oleh rakyat pada Mac 2008 lalu, iaitu berkhidmat kepada rakyat dengan penuh kesungguhan. Masih terlalu banyak masalah rakyat di kawasan kamu yang belum diatasi.
No comments:
Post a Comment