02 November, 2009

KHIDMAT BERGERAK DI FELDA BESOUT


Program Khidmat Bergerak Untuk Masyarakat Adun Slim di Pasar Isnin, Felda Gugusan Besout petang tadi dapat memberi saya peluang mendengar banyak masalah rakyat di sana, dan seramai 50 pengundi baru mendaftar sebagai pemilih pilihanraya.

Antara masalah yang dikemukakan adalah : Permohonan borang untuk membina rumah di bawah skim SPNB, longkang tidak dibina atau tersumbat, permohonan mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan haiwan ternakan, geran hak milik tanah, permohonan perkakas memasak dan pinggan mangkuk untuk Persatuan Ibu Tunggal, permohonan peralatan surau, tadika dan dewan serbaguna, memasang soyok gerai Felda, permohonan pengecualian bayaran perubatan di hospital, cukai tanah tapak rumah, kerusi roda, pertukaran daftar pemilih pilihanraya, aduan mengenai keahlian Umno yang bertukar ke cawangan lain, sokongan temuduga kerja di Majlis Daerah, sokongan pertukaran tempat kerja anak, sehinggalah sekecil permohonan untuk membuat cop rasmi Setiausaha JKKR.

Ada juga aduan mengenai projek bernilai RM200,000 yang saya pohon melalui peruntukan PIA bagi mengatasi masalah banjir di Peringkat 4 Felda Besout 1 yang tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi serta kerja-kerja membaikpulih rumah yang tidak sempurna oleh kontraktor sehingga berlakunya keretakan.

Insyaallah, semua aduan dan permohonan ini akan ditangani sebaik mungkin. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Rujuk juga : http://www.sinarharian.com.my/perak/content/story5573420.asp



















5 comments:

Anonymous said...

Salam YB..

Harap berada dlm keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah akhirnya Felda Besout kawasan saya lahir mempunyai ADUN yg mendengar rintihan peneroka disitu..

Utk makluman YB sya merupakan ank jati Felda Besout 2. sya dibesarkan disana sebelum YB menjadi ADUn. seingat saya sebelum ini ADUN ialah YB Yunus Wahid. Family saya merupakan penyokong kuat BN. Ap yg saya terkilan ialah sikap pengurus Peneroka disitu. Sebelum PRU12, Ibu saya telah memohon utk membina rumah yg baru dengan merobohkan rumah felda yg lama. Untuk makluman YB, rumah sya di besout masih rumah felda yg lama belum diubah suai. Rakan2 ibu saya telah memohon lebih awal dan telah diluluskan utk membina rumah baru dengan merobohkan rumah felda yg lama.Mereka telahpun menduduki rumah yg baru.Apa yg ingin saya maklumkan ialah ibu saya telah memohon pada disenber 2007 (sebelum PRU12 Mac 08) di pejabat Felda Besout utk mendapatkan peruntukan membina rumah menggantikan rumah felda yang lama. Namun amat mendukacita kan apabila slpas PRU12, setelah Perak jatuh kpd pembangkang, sy bersam ibu telah berjumpa dgn pegawai yg bertugas ketika itu utk bertanya apakah status Permohonan Rumah yg ibu saya mohon. Jawapan yg diterima amt mendukacitakan kerana mereka memberitahu borg permohonan yg ibu saya hantar telah pn hilang dan mereka meminta ibu sya membuat permohonan sekali lg.. kenapa ibu saya perlu memohon lagi sedangkan mereka yang hilangkan borang permohonan tersebut. harap YB dapat selesaikan masalah ini memandangkan rumah ibu sya masih rumah felda yg lama. mohon keprihatinan YB dlm masalah ini.

Salam hormat dari saya.. -PENGUNDI MUDA DUN SLIM RIVER-

Unknown said...

Sdr Genki,
Terima kasih kerana membawa masalah ini kepada saya. Harap dapat memberikan nama ibu dan alamat rumah. Saya akan cuba membantu. Dan saya harap dapatlah ibu mengisi semula borang permohonan untuk diproses. Walaupun itu kelalaian pengurusan kerana menghilangkan borang permohonan sebelum ini, namun tanpa borang sudah tentu mereka tidak dapat mengambil tindakan. Sebelum borang itu dihantar, minta ibu atau Genki sendiri bawa borang itu kepada saya untuk saya sokong.
Semoga permohonan kali ini dapat diluluskan segera.

Anonymous said...

Salam YB,

Terima kasih di atas maklum balas YB. Ibu saya bernama Zaharah Bt Ahmad Zawawi alamat 2066, Jln Merbuk, Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai, Perak. Untuk makluman YB ibu saya merupakan ibu tunggal. Arwah Ayah telah meniggal 17 tahun yang lalu. Ibu saya juga ada menghadiri majlis Rumah terbuka yg YB adakan pada 26/09/09 hari raya yang lalu di rumah YB berdekatan dgn Pasraya Bilion. Naun Ibu saya tidak berkesenpatan hendak berjumpa YB untuk menceritakan masalah ini. Semoga jasabaik YB dlm menangani masalah ini mendapat balasan dari Allah S.W.T.

Di mana Ibu saya perlu berjumpa YB untk mendapatkan cop sokongan?

Salam hormat YB.

Unknown said...

Sdr Genki, minta ibu isi borang permohonan yang baru. Lepas tu bawa ke pejabat saya di Slim River. Jadual tetap bertemu rakyat pada pagi Selasa. Hari lain jika saya tidak ada di pejabat, tinggalkan sahaja pada kerani. Insyaallah saya akan berikan surat sokongan dalam hal sebegini.

Anonymous said...

Salam YB,

Terima kasih atas respon yg diberi. InsyaAllah saya akn usahakan.