


AKSI GOBALA BERSAMA AKTOR TAIWAN, RONNIE LIU
Pemimpin PKR, N. Gobalakrisnan sudah berani menampar dan menendang polis, kemudian sengaja melakukan provokasi supaya dia dikasari dan digari. Selepas menampar polis, dia meronta-ronta tak tentu pasal, menjerit-jerit, memaki hamun polis dan berguling-guling di atas jalan. Memang dia layak menjadi pelakon filem Tamil nombor satu.
Pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sudah lama mengharamkan penggunaan loud-healer semasa penamaan calon dan pembuangan undi. Tetapi semasa penamaan calon Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi, peraturan ini dilanggar oleh PKR dan Gobala. Saya tidak mahu memanggil Ahli Parlimen Padang Serai itu dengan nama timangannya Gobi, tetapi Gobala kerana memang sengaja nak cari bala.
Dia bukan sahaja memaki hamun pihak BN menggunakan loud-healer, tetapi sengaja merempuh halangan polis untuk menyerang penyokong-penyokong BN. Dia tahu tindakannya itu akan dihalang oleh pihak polis. Biasalah, macam samseng cerita filem Tamil, dia hanya berani jika tahu tindakannya itu akan dihalang oleh pihak ketiga.
Selepas itu, samseng Tamil itu akan pura-pura meronta, konon suruh dilepaskan supaya dia boleh menyerang lawan. Hahaha... bila tidak dilepaskan, diapun akan terus memaki hamun sambil terkinjal-kinjal. Poorah...
Tetapi pelakon ini dah tidak ikut skrip pengarah. Dia terlajak dan menampar pihak yang dia harapkan menghalangnya. Dan orang yang ditampar itu adalah Inspektor Sahab. Acitt...
Atas lakonan cemerlangnya itu, Gobala sudah pasti akan menerima Anugerah Grammy Bollywood tahun ini, yang akan disampaikan oleh pengarahnya, Anwar Ibrahim. Pengarahnya sudah beberapa kali menerima anugerah itu, kerana lakonan-lakonannya sebelum ini amat mengesankan. Anak buah MGR le katakan.
GOBALA DAN MENTORNYA, ANWAR IBRAHIMDalam situasi yang semakin terhimpit sekarang, apa sahaja lakonan boleh mereka lakukan, termasuk Gobala. Mimpi buruk terhadap keputusan Pilihanraya Kecil Manek Urai masih dirasakan oleh pakatan pembangkang. Apakan tidaknya, mereka menggembar-gemburkan akan menang dengan majoriti 2,000 undi di Manek Urai, tetapi angka 1,530 pun tidak mampu mereka pertahankan. Pas hanya menang 65 undi.
Di Permatang Pasir, pakatan pembangkang mahu lari dari mimpi buruk itu. Tidak hairan jika sikap buruk Gobala itu akan diikuti oleh penyokong-penyokong fanatik PKR. Mungkin Gobala mahu mencari publisiti murahan, sengaja membiarkan dirinya ditahan polis dan akan melemparkan tohmahan kononnya polis bertindak secara tidak berperaturan. Maka dalam siri ceramah nanti, Gobala dan pemimpin-pemimpin PKR lain akan menghentam pula pihak polis dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata jelek. Inilah sikap PKR yang semakin tidak bertamadun.
Sesungguhnya rakyat sudah muak dengan sikap berpura-pura dan provokasi melampau PKR. Proses penamaan calon yang sepatutnya berjalan secara aman, cuba dikotori dengan provokasi murahan PKR dan Gobala. Menampar polis samalah dengan tindakan menghalang pihak keselamatan menjalankan tugas. Gobala dan PKR sudah tidak hormat lagi kepada institusi yang menjamin keselamatan di negara ini.
Saya juga terkejut apabila membuka blok Gobala, Lawan Tetap Lawan http://www.ngobalakrishnan.com/main/ yang cuba menyalahgunakan jawatannya selaku Ahli Parlimen untuk mengutip wang rakyat, kononnya untuk tujuan kebajikan. Apakah akaun peribadi boleh digunakan untuk mengutip sumbangan secara demikian. Ini yang diiklankan oleh Ahli Parlimen ini :
Mendepani Agenda Kebajikan dan Kesejahteraan
Untuk menyumbang dana, sila salurkan ke :
Nama: Gobalakrishanan a/l Nagapan
CIMB Bank Acc No : 08210001377527.
Terima Kasih
Tidak cukup secara mengedarkan karung mengutip wang rakyat semasa berceramah, mereka menggunakan pula pendekatan menggunakan akaun peribadi untuk mengutip derma. Perbuatan ini tak jauh bezanya dengan tindakan pengemis negara asing yang menadah tangan di jambatan Hentian Puduraya.
BN SEMASA MENGIRINGI CALON KE PUSAT PENAMAAN DI IKBN BUKIT MERTAJAM
2 comments:
Salam..
Satu lagi agenda kotor yang cuba dibangkitkan oleh PKR dan konco2nya. Kali ini lebih hebat. Wakil rakyat dipilih untuk memperjuangkan nasib rakyat yang mengundi mereka, tapi apa telah jadi kepada GOBALA? Dia tidak memperjuangkan nasib rakyat tetapi sibuk mengembangkan bakat lakonan beliau. Barangkali terpengaruh dengan lambakan cerita2 Bollywood agaknya. Parti Keadilan Rakyat harus ditukar nama kepada PELAKON KAMI RESTU (PKR) kerana wakil2 rakyat dari parti ini lagi pandai belakon daripada membela nasib rakyat. Cukuplah..Perangai anda semua MEMUALKAN! Dan tahniah kepada mentor atau lebih tepat lagi, pengetua kepada rancangan PELAKON KAMI RESTU (PKR) ini, Anuar Ibrahim..tahniah anda telah berjaya mendidik mereka dengan sempurna sekali dalam teknik2 lakonan yang berjaya memikat hati pengundi2 yang telah mengundi rancangan ini. TAHNIAH sekali lagi kerana anda semua MEMUALKAN!
Dan tahniah kepada Anuar Ibrahim kerana dinobatkan sebagai PENGKHIANAT BANGSA dimana satu anugerah yg berprestij yg saya rasa pertama kali saya dgr semenjak saya dilahirkan. TAHNIAH dari kami sekeluarga..Saya tidak sabar untuk menantikan lakonan2 dari wakil2 rancangan PELAKON KAMI PILIH (PKR) ini melakukan kejutan di dalam rancangan mereka yang akan datang! SYABAS kerana anda semua MEMUALKAN!!
Saya minta maaf jika ada terkasar bahasa atau sebagainya yang mungkin mengganggu sesetengah pihak. Ini kerana saya tidak ada pengetahuan tentang PKR maka saya dihalalkan untuk mengutuk anda. Jangan salahkan saya jika keluarkan kenyataan ini, tapi salahkan Nik Aziz. Ilmu politik saya mungkin cetek..tapi saya ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar dan ada otak untuk berfikir..terima kasih
Pada satu masa dulu rumah kami di-kawasan Sekolah Kebangsa'an Slim River membelakangkan kedai todi..
Maka tiap tiap hari ramailah kelin' datang minum todi. Hirok pikok. Selalulah terjadi pertengkaran.
Jadi, lakonan 'filem Hindu' ini selalulah dapat saya tengok bila ada pertengkaran - hampir setiap hari!.
Pada mula bertengkar bisingnya tidaklah seberapa. Tapi cuba ada pihak ketiga melarang. Maka yang bertengkar pun masing masing mula naik 'volume'.
Bila ramai mula meleraikan pergaduhan, nah...pada masa itulah yang bertengkar itu seolah olah tidak sabar lagi untok berlengan. Itulah masanya hirok pikok itu memuncak..
Tetapi, menggelikan hati saya, apabila mereka di-lepaskan kerana yang memegang pun perasa'an agaknya yang bertengkar itu telah 'over', maka yang bertengkar itu pon hilang ganas mereka. Yang tinggal hanya tersua sua bahu sambil mencabar yang satu lagi mulakan tumbukan.
Akhirnya, bak lilin padam malam, mereka menghabiskan todi dalam koleh, dan saya hampa tak dapat tengok kelin' bertinju.
Post a Comment