20 August, 2009

SIVAKUMAR CURI LETTER-HEAD SPEAKER


Mantan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar terus buat onar lagi. Kali kini dia mencuri kepala surat Yang Dipertua Dewan dan mengeluarkan surat menjemput Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak menghadiri Sidang Dewan pada 2 September 2009. Bukan sekadar itu, Sultan Perak juga tidak pernah memperkenankan supaya Sidang DUN diadakan pada tarikh berkenaan.

Nampaknya Sivakumar cuba nak menimbulkan lagi huru-hara di Negeri Perak. Setelah digugurkan dari jawatan Speaker oleh Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009, dia masih lagi menganggap dirinya memegang jawatan itu. Adun Tronoh dari parti DAP ini langsung tidak mahu menghormati keputusan Dewan yang mulia.

Tindakannya itu sudah tentu mengundang satu lagi ’sidang di bawah pokok’. Pihak keselamatan sudah pasti tidak akan membenarkan Sivakumar dan Adun-Adun pakatan pembangkang memasuki perkarangan Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Undangan Negeri. Pakatan pembangkang sudah tentu akan membawa bersama penyokong mereka, dan provokasi terhadap pasukan keselamatan akan berlaku lagi.

SIVAKUMAR KETIKA DISERET KELUAR DARI SIDANG DUN 7 MEI 2009

Perbuatan menggunakan letter-head yang bukan milik sendiri untuk tujuan tertentu adalah menyalahi undang-undang. Sama ada dia mencuri atau mencetak letter-head itu, Sivakumar tidak menghormati profesionnya sebagai seorang peguam. Dia belajar dan mengamalkan profesion itu, tetapi mengambil pendekatan untuk mencemarkannya.

Adun DUN Perak dari Barisan Nasional sudah sepakat untuk membuat laporan polis terhadap penyalahgunaan kepala surat Yang Dipertua Dewan oleh Sivakumar. Begitu juga dengan tiga Adun bebas yang menyokong BN akan mengambil langkah yang sama.

Pihak keselamatan perlu bertindak lebih tegas terhadap Sivakumar yang suka melanggar undang-undang. Dia tidak perlu diberi muka lagi kali ini.

1 comment: