Ternyatalah PKR di Selangor lebih takut pada DAP dari PAS. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sanggup mengetepikan desakan Hassan Ali untuk menghentikan penjualan arak di premis-premis kawasan majoriti Melayu. Desakan PAS supaya Ronnie Liu digugurkan dari Exco juga tidak dilayan.
Siapa di Selangor yang tidak tahu dasar Kerajaan Tempatan dan Perumahan di bawah Ronnie? Dikhabarkan wujud 4,000 pusat hiburan baru di serata Selangor sejak PR memerintah. Pusat baru ini termasuk di Shah Alam dan Damansara. Semuanya gara-gara Ronnie hendak mengisi tembolok tauke-tauke judi, urut, sundal, empat nombor ekor, along dan saknika aktiviti maksiat di Selangor. Aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung terpaksa pula disokong oleh PAS dalam setiap mesyuarat Exco. Bagi PAS, persetankan apa sahaja yang hendak dibuat oleh Ronnie, asalkan Selangor diperintah oleh PR, dan PAS boleh tumpang tui.
Sejak kebelakangan ini Hassan Ali dan PAS terpaksa berlakon membuka mulut atas keterlaluan Ronnie. Apabila Pas melihatkan desakan rakyat Melayu di Selangor semakin kuat menentang dasar Ronnie, dan pengaruh PAS semakin hari semakin merosot, maka mahu tidak mahu Hassan Ali terpaksa buka mulut.Tetapi nampaknya hanya sekadar buka mulut sahaja lah, dan mulut Hassan dan pemimpin-pemimpin Melayu PAS dan PKR di Selangor begitu pantas disumbat dengan kain buruk oleh Khalid dan Ronnie.
Apakan tidaknya, apabila Hassan Ali dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu ambil tindakan terhadap premis yang menjual arak di kawasan majoriti penduduknya Melayu, Ronnie dan ‘bala tentera’nya akan datang memalukan Hassan dan menghalang tindakan JAIS. Terang-terang Melayu sedang asyik mahsyuk teguk arak, bagi Ronnie itu tidak boleh dihalang, kerana Selangor berada di bawah langit terbuka DAP dan PKR. Parti Pas hanya tumpang semangkuk saja memerintah Selangor. Pas ibarat melukut di tepi gantang. Macam sebutir garam di lautan. Ada taka pa, tak adapun tak jadi kudis bagi Kerajaan PR Selangor.
KHALID DAN RONNIE THE MASTER
Pas hanya boleh menyalaklah Bukit Melawati, bukit tu tak akan runtuh. Tetapi jika Ronnie yang bersiul, ekor tungking Khalid akan terangkat dan terngiut-ngiut. Khalid lebih memerlukan DAP dari Pas. Buatlah apa yang Ronnie nak buat di Shah Alam. Bandaraya Melayu itu nak bertukar jadi Petaling Jaya atau Kepong… bertukarlah. Ronnie nak bawa peniaga Cina untuk mengubah dominasi peniaga Melayu di Shah Alam, bawalah. Khalid tak akan peduli, asalkan PKR dan DAP tidak bermasalah. Bagi Khalid, bermasalah dengan Pas tak ada kesan apa-apa, tetapi jangan bermasalah dengan DAP dan Ronnie.
Tetapi Khalid dan Ronnie terlupa. Kemenangan PKR dan DAP di Selangor dalam PRU12 lalu adalah hasil daripada undi yang diberikan oleh pengundi-pengundi yang menyokong PAS. PKR dan DAP tak akan ke mana jika pengundi-pengundi Pas tidak membantu memberi undi kepada calon kedua-dua parti itu.
Jumaat ini tidak akan banyak kesan terhadap pendirian Khalid dalam hal Ronnie Liu vs Hassan Ali. Ronnie akan kekal ditempatnya sebagai Exco dengan tambahan kuasa, sementara Hassan Ali akan terus diminta menjadi tukang salak sebagai mengabui mata Melayu dan umat Islam di Selangor. Nampaklah kononnya Pas telah memainkan peranannya ‘menyalak’ atas isu-isu Islam, tetapi hakikatnya Ronnie lah yang memegang tombol volumenya. Kalau volume Pas terlalu kuat, Ronnie akan menjerit lebih kuat dan memutar volume PAS seminima mungkin. Khalid pula menyimpan kain buruk di pejabatnya untuk bila-bila masa menyumbatkannya ke mulut pemimpin-pemimpin Pas, termasuk Hassan Ali.
Itulah akibatnya Pas berpakat sangat dengan DAP. Nakkan kuasa, akhirnya kuasa memakan diri. Hassan Ali akan terus duduk dalam barisan Exco dan bersekongkol meluluskan aktiviti maksiat yang dibawa oleh Ronnie. Nak bawa apa dalam mesyuarat Exco, Ronnie bawalah. Pas akan menyokong, tapi berilah peluang kepada Pas main wayang sikit di luar bilik mesyuarat. Biarlah Pas komplen sikit-sikit di luar, supaya orang Melayu dan Islam Selangor tak nampak sangat Pas ni kena cucuk hidung oleh DAP dan PKR. Tapi itulah hakikatnya di Selangor.
Perak sudah terlepas dari bahana kerakusan DAP membonekakan Nizar untuk kepentingan parti itu dan puak-puaknya. Kasihan pula melihat nasib rakyat Selangor.
4 comments:
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini. Salam.
Salam YB,
saya setuju bahawa DAP memang tak faham ISLAM dan selalu bawa masalah dalam pentadbiran seperti yang selalu saya baca di akhbar. Namun bagi kes Arak di Selangor, saya kira memang patut PAS atau UMNO bangkit bising kerana kerajaan Selangor tidak menghalang penjualan arak di premis terbuka. Tetapi YB, dalam isu ini, rakyat Kelantan sudah terlepas tanggungjawab itu, bagi PAS, hanya ada 3 negeri saja lagi yang perlu diperhalusi perkara tersebut. Malang bagui UMNO, 7 eleven berada di mana-mana dan semua negeri pimpinan BN. Ayuh, bangkit bersama menentang lesen Arak dan Judi di tempat kita, bukan cuma di Selangor. Kalau boleh mulakan di PERAK yang selamat dari masalah DAP.
Semasa BN memerintah Selangor, Dato' Seri Khir Toyo hanya menghadiahkan sebatang penyapu kepada PBT yang gagal menjalanankan tanggungjawab. Isu ini menjadi besar bagaikan api membakar bumi Malaysia dan akibatnya membuatkan BN kalah dalam PRU 12. Bertepuk tangan dan berpestalah musuh-musuh BN/UMNO melihat kejatuhan kerajaan BN di Selangor. Maka terbentuklah sebuah kerajaan baru yang diberi nama Pakatan Rakyat yang mengambil sempena permuafakatan bijak dan strategik pembangkang menumbangkan BN. Nah hari ini selepas setahun lebih PR perintah Selangor, USTAZ RONNIE LIU menghadiahkan arak kepada seluruh rakyat Selangor dan menjelaskan kepada Ustaz PAS bahawa arak yang rendah kandungan alkoholnya boleh diminum oleh orang Islam.Maka membantahlah Ustaz Hassan Ali dan minta Ustaz Khalid Ibrahim kaji kedudukan Ustaz Ronnie dalam EXCO Selangor. Tapi dengan selamba bantahan PAS di sepak oleh Khalid masuk dalam kandang babi moden di Sepang.Bangkitlah orang Melayu/Islam Selangor cari balik penyapu yang dihadiahkan oleh Khir Toyo dahulu dan sapu balik semua sampah sarap yang jijik yang berselerak di bumi Selangor itu. Bersihkan semula arak yang dihidangkan oleh kerajaan PR kepada rakyat Selangor dengan penyapu Khir Toyo.
Setuju, mari kita sapu dan bersihkan bumi malaysia dari petaka arak ini. Nyahkan arak-arak dari kapal terbang MAS, nyahkan arak-arak dari hotel-hotel di Malaysia. Nyahkan arak dari bumi Federal Highway. Kalau boleh, jom nyahkan tukang beri lesen arak, tak kira Mr Ronie ataupun menteri MITI.
Post a Comment