24 August, 2009

ISU ROHAIZAT DAN RAKAN KONGSI BERAKHIR

ROHAIZAT MENUNJUKKAN SMS YUSRI

Isu yang digembar-gemburkan oleh pihak lawan terhadap calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN N11 Permatang Pasir, Rohaizat Othman dan rakan kongsinya, Yusri sudah berakhir.

Hari ini Yusri membela rakan kongsinya itu dan mengatakan bahawa Rohaizat adalah calon paling layak untuk mewakili rakyat di Permatang Pasir.

Kata Yusri, "Rohaizat orang baik. Jangan dihina. Jangan dikorbankan orang yang boleh bawa perubahan kepada Permatang Pasir. Saya tidak mahu kenyataan saya sebelum ini dipolitikkan untuk memfitnah dan menghina Rohaizat".

Kenyataan Yusri yang dihantar melalui sms memberi tamparan hebat kepada Pas, ditambah dengan kekalutan yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat di Kedah.

No comments: