
Sebelum ini ramai yang memberi pandangan, jika hendak tawan hati orang Pas, jangan sesekali usik Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Kata mereka, Pas sudah sinonim dengan Nik Aziz. Pas itu Nik Aziz, dan Nik Aziz itu Pas. Penyokong Pas cenderung menelan setiap bait kata-kata Nik Aziz sebagai ‘fatwa’.
Kata mereka, semakin kuat mengkritik Nik Aziz, maka tahap simpati penyokong Pas terhadap Nik Aziz dan parti Pas juga semakin meningkat. Ramai pemimpin Umno yang terpengaruh dan akur dengan pandangan ini. Saya juga begitu.
Itulah sebabnya beberapa ‘fatwa’ negatif Nik Aziz sebelum ini diterima bulat-bulat tanpa pertikaian oleh penyokong tegar Pas. Antara ‘fatwa’ popularnya adalah “tidak salah berkawan dengan syaitan” dan “Allah juga mencarut”.
Tetapi ‘fatwa’ baru Nik Aziz membuatkan saya berfikir kembali apakah perlu saya terus menyimpan kritikan terhadap Mursidul Am Pas ini semata-mata hendak menawan hati penyokong parti itu. ‘Fatwa’ terbarunya mengatakan tidak salah DAP menghina Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham secara mendalam apakah sebenarnya agama Islam.
Sebelum ini sebuah akhbar Denmark, Jyllands-Posten pada 30 September 2005 menyiarkan karekator Rasullullah s.a.w. memakai serban berupa sebiji bom. Umat Islam di seluruh dunia bangun membantah terhadap akhbar berkenaan, termasuk umat Islam di Malaysia, tidak terkecuali Nik Aziz dan penyokong-penyokong Pas. Hakikatnya, kenapakah ketika itu Nik Aziz mengkritik akhbar berkenaan sedangkan pemiliknya bukan beragama Islam dan tidak faham sensitiviti umat Islam.
Agendadaily menyiarkan begini : "Bukan di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.Kalau ingatan Datuk Nik Aziz Nik Mat belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Mursyidul Am PAS itu di Kota Bharu Rabu yang pastinya agak membingungkan.Katanya beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.Soalnya yang terbentang di depan mata ialah apa bezanya orang Denmark yang tidak faham Islam dengan orang DAP di Malaysia?" - Berita Agendadaily. Berita lanjut di http://www.agendadaily.com/cms/index.jap
Apakah bezanya penghinaan akhbar Denmark itu dengan penghinaan Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook yang melabelkan agama Islam sebagai ‘fucking religion’? Apakah kerana DAP dan Loke bukan beragama Islam, maka mereka bebas untuk mencaci dan memaki hamun agama Islam tanpa memikirkan perasaan umat Islam? Adakah apabila anda tidak beragama Kristian dan tidak memahami ajaran agama itu, maka anda bebas untuk memaki hamun agama dan penganut Kristian? Apakah tindakan itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
NIK AZIZ MEMBUKA RUANG KEPADA DAP UNTUK TERUS HINA ISLAMDan kenapakah Nik Aziz membiarkan sahaja DAP Loke dan pemimpin sekutu pakatan politiknya menghina seorang pendakwah Islam bernama Ridhuan Tee Abdullah dengan kata-kata ‘bastard’ dan menyamakan saudara baru Islam sebagai penyangak, perompak dan lain-lain kata nista?
Barulah saya faham sekarang, bahawa Nik Aziz bukanlah seorang ulama sebagaimana digembar-gemburkan selama ini. Beliau tidak ada bezanya dengan politikus lain di negara ini, termasuk dari parti Umno. Cuma bezanya, politikus Umno akan mengkritik sesiapa sahaja yang mempersenda dan menghina agama Islam, baik dari dalam mahupun di luar komponen BN. Sedangkan Nik Aziz akan menelan bulat-bulat setiap cacian dan kata-kata nista DAP terhadap agama Islam.
Berfikirlah wahai saudara-saudara Islam yang menyokong dan berpihak kepada Pas. Sanggupkah anda semua membiarkan agama anda dicaci, dimaki, diherdik, dicemuh, diludah dengan ayat-ayat yang cukup hina dan memualkan, termasuk oleh pemimpin DAP yang bersekutu dengan Pas? Apakah anda semua mahu menjadikan kata-kata Mursyidul Am Pas yang mempertahankan tindakan Loke Siew Fook memaki hamun agama Islam itu sebagai satu lagi ‘fatwa’ Tok Guru?
Pas kini tidak lagi rasional dalam perjuangannya hendak menegakkan agama Islam. Cakap Pas sudah tidak serupa bikin. Slogan Pas “Islam Untuk Semua” tidak kena pada tempatnya, malahan telah membuka ruang kepada DAP untuk memaki hamun agama Islam. Slogan itu juga membuka pintu kepada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming untuk mempersenda dan mempolitikkan ayat-ayat suci Al-Quran.
Kata-kata Nik Aziz bukan lagi ‘fatwa’. Fatwanya semakin songsang. Dia tidak lagi sesuai digelar ulama. Insaflah saudara-saudaraku sebelum terlambat.
4 comments:
salam YB,
Semalam Kosmo melaporkan Kg, Poh Bidor iaitu dalam kawasan Parlimen Yanjung Malim suDAH 50 tahun masih belum memiliki air bersih?? sUATU BERITA YG AMAT MENYEDIHKAN... Masih ada lagi rakyat g tercicir.. Rasanya YB boleh menjawabnya.. saya dah postkan isu ini dalama blog saya.. sila ke www.kulatlapok.blogspot.com
Nik Aziz: Kita akan tarbiyah DAP
Posted on Wednesday, August 12 @ 20:57:21 PDT by TokBatin
Oleh: dewa
"Tok Guru Nik Aziz hari ini menyatakan bahawa beliau sedikitpun tidak pelik sekiranya DAP mempertikaikan Islam kerana mereka bukan orang Islam dan tidak faham Islam. Justeru, Tok Guru memberi jaminan bahawa PAS akan menasihati dan mentarbiyah DAP dan kepimpinannya agar salah faham terhadap Islam dapat dielakkan. Tok Guru juga mencemuh budaya UMNO yang suka menyerang batang tubuh orang dan suka memfitnah Anwar, tetapi tidak berani berbincang dan berwacana. Tok Guru juga menjelaskan kaedah PAS hendak mentarbiyah DAP:
"12 Ogos 2009, Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.
"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya. "
Tok Guru turut mencemuh UMNO yang mengaku Islam tetapi gigih menentang dan memburukkan syariah Islam, disamping suka memfitnah dan membuat cerita palsu, dan asyik berusaha melaga-lagakan orang.
UMNO hanya mampu menggigit kuku apabila umpan mereka gagal apabila Tok Guru dan PAS mengambil pendekatan berhikmah dalam menasihati DAP dan dengan menggunakan mekanisma yang penuh Islamik. Ketegasan PAS dalam soal prinsip Islam sudah dizahirkan oleh Hassan Ali sebelum ini dan sudah tiba masanya PAS meneruskan pula dengan kaedah yang lebih mantap lagi.
Kepada UMNO, janganlah asyik membuatkan golongan bukan Islam lari dari Islam. Berdosa korang nih
"
Sumber :
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1874&mode=thread&order=0&thold=0
Kepada Khusairi, berlaku adillah, jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja.
Salam YB, saya kira penggunaan tajuk "FATWA" tidak tepat, kerana hanya Mufti boleh mengeluarkan fatwa, tidak Nik Aziz. Itu hanya pandangan YAB dato' nik aziz. Bukan fatwa.
Salam hormat.
TGNA itu ulama pewaris nabi.. die bercakap berdasarkan hujah yg kukuh..
bukannya sdap2 mulut macam UMNO cakap je..
TGNA itu adalah ulama yg layak memimpin islam dlu, kini dan selama-lamanya...
UMNO tidak layak kerana tidak menghormati islam..
sedarlah saudara..
Post a Comment