Buat pertama kalinya dalam sejarah, kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh mengadakan rumah terbuka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina semalam, hari pertama perayaan itu bermula jam 1.00 hingga 3.00 petang.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan isterinya Datin Seri Saripah Zulkifli menjadi tuan rumah kepada perayaan kebudayaan Cina itu, yang belum pernah majlis seumpamanya diadakan sebelum ini oleh seorang pemimpin dari keturunan Melayu di negeri ini.
Pastinya kediaman rasmi Menteri Besar Perak dihiasi dengan eleman menggambarkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, khususnya tanglung dan riben berwrna merah yang dipasang di sana sini.
Majlis penuh meriah itu dihadiri lebih 8,000 rakyat berbilang kaum, khususnya masyarakat Cina, termasuk pemimpin-pemimpin NGO dan persatuan peniaga dan pendidikan Cina.
Turut kelihatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Dato’ R. Ganesan, Exco Kerajaan Negeri Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Timbalan Pengerusi Parti Gerakan Dato' Chang Ko Youn, Pengerusi MIC Perak Dato’ S. Veerasingam dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.
Pelakon Hollywood dalam filem James Bond Dato’ Michelle Yeoh yang berasal dari Ipoh turut hadir bersama suaminya, Dato' Seri Jean Todt.
Semua wajah nampak gembira, dan Dr. Zambry yang mengenakan pakaian tradisi Cina kelihatan tidak kekok melayan tetamu – memberi ang pau, bersama menggaul yee sang dan melakukan aksi kung foo bersama sami-sami muda dari Shaolin Temple!
Segalanya menggambarkan semangat 1Malaysia yang semakin dapat diterima oleh rakyat berbilang kaum di negara ini, selain menguatkan lagi agenda Perak Amanjaya yang dicetuskan oleh Dr. Zambry.
Majlis rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak juga pastinya akan dianjurkan pada perayaan Deepavali, Krismas selain majlis rutin Hari Raya ‘Idil Fitri.
Foto-foto yang diambil oleh Mat Shahar di bawah ini menceritakan segalanya.








4 comments:
pekara yang baik eloklah berkongsi bersama untuk membantu Dato'Seri Dr Zambry untuk terus menerajui negeri Perak tampa gangguan aman dan jaya.AMIN.
[Abg Mat] Mat Shahar.
Perkara yang baik elok la dikongsi bersama untuk menyokong Dato'Seri Dr. Zambry menerajui Negeri Perak dengan aman....AMIN
-Abg Mat-
Teman baru sedor, MB kite ghupenye cine, tapi mukenye tak pulak macam cine iye?
February 16, 2010 12:13 AM
itu lah yg dinamakan sebagai 'semangat 1Malaysia'..walaupun beliau meraikan perayaan kaum cine, tp asas dan jati diri nya tetap Melayu,pasal tu rupenya tk berubah spt cine yob..
-anggun ppsk seri gala-
Post a Comment