17 February, 2010

IDHAM MUALAF HINA MELAYU

Betapa hinanya Melayu di kacamata seorang Adun Cina mualaf bernama Khalil Idham Lim. Dia lupa agaknya bahawa kemenangannya di DUN Titi Serong pada 2008 lalu adalah hasil sokongan majoriti kaum bernama Melayu.

Hina sangat Melayu hingga Idham melebalkan bangsa itu sebegini - “Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh 'miss' dengan cendul, biar pun 'miss' duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan 'miss' cendul”.

Rasa terhiris luka di sudut hati Melayu itu disiat-siat lagi oleh Cina mualaf ini dengan ayat “Melayu tidak boleh 'miss' bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali 'miss' solat terawih”.

Setelah disiat dengan rakusnya, Adun Pas itu mencincang pula daging Melayu yang dah hampir lumat itu dengan kata-kata “Melayu tidak boleh 'miss' berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil. Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah 'esok' boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam)”.

Penghinaan dan cacian Adun Cina mualaf ini ditujukan kepada Melayu – tak kiralah Melayu itu menganut ideologi Umno, ideologi PKR, ideologi DAP, ideologi Gerakan, ideologi PBB, ideologi PBS, ideologi Nahdatul Ulama malahan ideologi Pas.

Idham yang mengenal Islam selepas lama dilahirkan, lupa bahawa Melayu di bumi yang dulunya dikenali sebagai Nusantara dan Tanah Melayu ini, telah ratusan tahun menjunjung institusi beraja, menghormati budaya dan tata susila, menyanggah penuh santun, bertengkar dengan seloka, memimpin berlandaskan agama dan adat sebangsa.

Apakah Idham mahu menceritakan hanya yang buruk mengenai sekelompok Melayu, dan menyembunyikan keagungan ilmuan dan peradaban yang dibina oleh kelompok Melayu lainnya yang bergelar ulama’ dan umara’?

Terlalu canggung apabila Idham yang Cina itu menyifatkan “UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men'derhaka'”.

Dia bukan hanya menghina Melayu yang mengundinya di Titi Serong, malahan terhadap segenap Melayu di serata pelosok dunia.

Tetapi sebaliknya dia merasa dirinya sebagai Cina telah terhina hanya kerana seorang pemimpin Melayu mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah kediaman rasmi milik rakyat. Sebagai seorang Cina, dia sepatutnya tahu membezakan manakah perayaan agama bagi kaumnya, dan mana pula perayaan budaya.

Kokok siang pandang-pandang, kokok malam dengar-dengar.

Catatan Idham Cina mualaf itu boleh dibaca diblognya Cina Islam di sini dan di sini.

13 comments:

Anonymous said...

kecoh tol la..
kalo d renung2 kmbali, memg btul apa yg dikatakan oleh idham lim tu. melayu konon2 xbleh lari adat/tradisi.terlalu byk adat2 melayu yg perlu diikut. sy xkata adat melayu ni xbgus, tp kita kena la b'pada2.kadang2 tu aku tgk ada yg terlalu menjunjung adat kemelayuan, tp bab2 agama ditolak ketepi. mana lg yg perlu lebih diutamakan, adat atau agama? bagi aku, agama adalah yg utama, dan adat/amalan/tradisi ni hanyalah utk mencantikkan sesuatu bgsa.kalo xamalkan pn rs2 xcacat pn iman dan Islam kita.contohnya tradisi berarak sempena maulidul rasul, memg la bgs smpena mengigati sambutan kelahiran rasulullah, tp kalo terang2an ada yg menolak sunnah baginda, apa kes...slain tu, dari segi pakaian: memg la cantik wanita melayu b'baju kebaya tp kalo dh tonjol sana sini + jarang, xguna jgk berbanding yg berjubah longgar(bkn pakaian tradisi org melayu) dan bertudung. kalo nk ckp, byk lg cth2 tradisi melayu yg dh patut dijadikan ikutan semata2 . so, pk2 kan la ye. saya xmnyokong mana2 hanya memberi pendapat.-generasi ms kini-

Unknown said...

Melayu oh melayu.. Baca apa yang ditulis.. terasa malu diri sendiri. Baru sedar tu semua. Betul apa yang di tulis tuh. Marah memang lah marah. Kata pepatah melayu, siapa makan cili, dia terasa pedas. betul kan? so kepada pemakan cili, renung2kan dan selamat beramal. pesanan merangkumi diri sendiri jugak.

CIFUT BABI said...

Wahai pengikut PAS, janganlah jadi si bebal bingai yang asyik dok mengikut je apa yang dikecek pemimpinmu! Gunakanlah akal, janganlah cuba nak nak menegakkan benang yang basah!

Idham Lim dah memang hina Melayu, maka tindakan yang sewajarnya harus di ambil!

Unknown said...

CB, bagi pengikut tegar Pas, bangsa itu tidak membawa apa-apa makna. Kalau orang Umno bercakap pasal bangsa, maka mereka akan melabelkannya sebagai assabiah atau rasis. Tetapi apabila Idham kata dia sebagai seorang Cina berasa terhina apabila Dr. Zambry buat rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kediaman Rasmi MB, tidakkah Idham juga mengutamakan asal usul kaumnya? Kenapa apabila orang Umno bercakap pasal Melayu, maka Idham tumpang sekaki mengutuk itu kononnya sikap Umno itu rasis? Tidak pula rasis apabila dia mempertahankan kebudayaan Cina dan semangat keCinaannya.

Anonymous said...

Idham kenapa nak masuk campur dlm urusan org melayu?adakah kerana dia dengki tidak d lahirkan sebagai melayu hgga terpaksa menumpang atas tiket PAS agar nampak sedikit 'kemelayuan'nya? kurangkah melayu dalam PAS atau PKR utk berbahasa spt bahasa Idham tu,hingga perlunya seorg mualaf utk menginjak2 bangsa saya ini? apa komen melayu dlm PAS dan PKR terhadap kenyataan Idham ini?

bagaimana pula jika saya katakan cina itu sendiri tidak boleh lari dr makan besar sebelum ptg thn baru,warna warna merah,bakaran mercun (walaupun terang terangan mercun telah d haramkan),gantikan limau mandarin dgn buah epal ker,tarian naganya yg kerap menghalang laluan jalan hingga sesak dan buat bising dlm pasaraya2 ataupun bagaimana kalau Malaysia juga buat spt Indonesia yg mana semua rakyatnya perlu menggunakan nama Melayu hgga terhakisnya identiti asal kaum masing2..nak ker sampai tahap itu?

Sebagai pemimpin, Idham perlu sentiasa peka pada sensitiviti rakyat terutama sekali org2 melayu yang telah memangkah beliau d titi serong tu kerana beliau bertanding atas tiket PAS yang terang2an mmg mengharapkan undi org2 melayu.lau nak harapkan undi cina,kirim salam la idham nak menang kat situ..perlukah pernyataan pernyataan seperti ini d keluarkan semata mata utk meraih populariti dan politik murahan beliau? dalam negara yg berbilang bangsa ini, sedikit punya hal pun akan boleh menyebabkan ada hati2 yg terguris, ini kan pula menyentuh hal2 yg jelas cuba merendah2kan pemilik Tanah Melayu ini..

jgn jadi YB kalau bebal dan buta sejarah..

-anggun ppsk seri gala-

Anonymous said...

Salam YB,

Kepada yg back up sgt idham lim tu, spttnya tny blik kt die?Knape mesti terasa klu dr zambry buat open house ky umah MB tu?ada slh dr segi undang2 ke?ada die minx idham lim tlong pasang khemah ke? rasanya die terasa kot dr. zambry xajak die dtg. klu cina yg pertahan kan adat bangsa die xpela plak kan..klu melayu xbleh..ingt M;sia ni Bangsa CINA ke yg punya?

Kepada Generasi Masa Kini, asal guna nama Anonymous tu?gentle la sikit beb.klu pki kebaya pn salah xtaula kan..xsemua melayu pki kebaya..yg cina pki tiong sam ketat2 tu bleh plak ek? yg ELI Bogel pakai kain batik nampak alat sulit, orag PAS asal diam?siap MUSLIMAT PAS peluk2 dgn ELI lg.yg tu apa?minta tlong org2 PAS jwb kan..

Sejak bila plak yg perarakan maulidur Rasul ni xbleh buat kt m'sia ar?sejak Pakatan Rosak dpt jd kerajaan negeri la jwpan nye..?.yg nik aziz nak backup si LGE tu asal plak dah..selama ni, pak lebai,ulama,termasukla org PAS g berarak apa hukumnya..

xpe YB, sy still backup UMNO/BN wlu apa pn jd..PAKATAn belum tentu boleh jd bgus klu dpt tubuh kerajaan Pusat.tgokla kerjaan negeri yg Pakatan ni buat, habis tunggang langgang..belum tentu org2 PAS akn masuk syurga..yg menentukan ALLah S.W.T.. bukanya NIK AZIZ dan pemimpin pas..

Salam hormat YB SLIM..

-GenKi-
Besout 2

Green Home i-Healty said...

Kenapa orang Melayu dok melenting bila orang jentik budaya mereka tetapi mereka buat endah tak endah bila orang melayu paling banyak menghasilkan anak haram. Kenapa orang Melayu dok melenting bila ada orang kata orang Melayu tidak boleh lupa dengan kebaya, baju kurung, baju melayu dan songkok tetapi kurang ambil peduli tentang amal-amal hindu yang dibawa hingga hari ini. Orang Melayu terutama UMNO pantang dengar ada gerai atau rumah melayu dirobohkan di Pulau Pinang tetapi mereka tersenyum lebar bila kampung nelayan Melayu Batu Uban Pulau Pinang hilang dari peta. Orang Melayu melenting bila tak dapat subsidi tetapi mereka tak melenting bila bahasa mereka ditalkin oleh mamak Mahathir. Orang Melayu marah bila syarikat RM 2 tak dapat kontrak RM 40 juta tetapi mereka gembira kalau PM dan MB dari keturunan MAMAK. UMNO bukan untuk Melayu tetapi UMNO untuk MAMAK......

VoidDance said...

Sensitif sungguh hati kita sebagai melayu, bukan. Kalau terjentik sediit di telinga, pasti kita akan melompat dan bergegar bumi, marahkan orang yang berani jentik telinga kita. Jangan tegur orang Melayu sebab Melayu pantang ditegur. Sebab itu juga Tun Dr. Mahathir tidak berjaya bangunkan Melayu, orang Melayu banyak pantang larang. Orang Melayu terlalu sensitif terutama kalau bangsa asing yang mengata. Tidak kiralah bangsa itu satu agama dengan orang Melayu atau tidak. Orang Melayu mudah melenting kalau ada sedikit perkara yang menggugat jiwa Melayu. Tun Abdullah mahu bina Islam Hadhari pun gagal sebab Melayu terlalu banyak faham Islam dari sudut lain. 1Malaysia juga pasti akan gagal kerana Melayu tidak mahu berkongsi apa-apa dengan bangsa lain di bumi ini.

Kamu tahu tuan, saya ini Melayu. Saya tidak menyokong mana-mana parti pun kerana saya meluat melihat ahli politik yang kononnya berjuang untuk rakyat (untuk Melayu juga) tetapi hakikatnya untuk kepentingan diri sendiri. Namakan seorang ahli politik yang tidak kaya raya akibat menjadi wakil rakyat. Ada, tapi sekerat dua.

Ingat, orang macam saya semakin ramai di Malaysia ini. Melihat dari sudut yang lain suasana politik bodoh di Malaysia ini. Demokrasi kolot yang berfungsi untuk menyembah pembesar yang susah payah rakyat lantik.

Kamu juga perlu tahu, tuan bahawa Tuhan jadikan manusia ini berpuak-puak bukan untuk bermusuhan antara satu sama lain. Tuhan jadikan bumi ini juga bukan untuk kamu bolot dan dakwa milik kamu. Tuhan jadikan kita bukan untuk bergaduh perkara sebegini, tetapi menjadi manusia yang diredhainya.

Kalau masih mahu kritik perkara sebegini dengan niat mempolitikkannya, berhenti. Kalau masih mahu kritik perkara ini kerana mempertahankan Melayu, berhenti. Tetapi kalau mahu kritik perkara ini kerana tuan pasti ianya salah, tuan keluarkan hujah lebih bernas dari si Cina itu.

Kalau masih fikir saya penyokong pembangkang atau tidak faham keadaan, tuan dan sesiapa saja adalah sebebal manusia.

Melayu bukan kaum yang wujud ribuan tahun dahulu seperti bangsa Arab, Yahudi, Parsi, Mesir, Greek dan Cina. Melayu adalah bangsa baru. Sejarahnya juga masih baru di mata manusia lain di dunia ini. Melayu menjadi maju cuma beberapa ratus tahun lalu. Bahasanya menjadi lingua franca di sini. Bangsanya disegani kerana keupayaannya untuk meresapi budaya lain dan dicantikkan menjadi budaya Melayu yang dipandang kita sekarang.

Hargai itu dan pertahankannya. Bukan kritik orang tanpa sebab. Letih nak menulis kerana saya masih anggap tuan dan semua yang lain akan fikir saya cuma beretorik semata-mata.

Harap maklum.

Anonymous said...

void dance,
salah. kamu dah termakan sejarah yg dimomok oleh inggeris. kebudayaan melayu dah wujud ribuan tahun. ingat srivijaya, kjaan funan, langkasuka tu suma warisan melayu tau. kita dah ditipu barat selama ni bahawa sejarah melayu bermula dgn pembukaan kota melaka. sedangkan i-ching yg mengembara pada abad 5 masihi lg (nabi saw belum lahir pun) dah namakan kawasan ini sbg mo-lo-yu. dalam kitab ramayana pun mencatatkan nusantara sbg malaydvipa (pulau2 melayu). cuba la pergi ke muzeum2 portugis/UK/belanda mesti kita jumpa byk peninggalan nenek moyang kita yg dirampas dan dibawa balik ke negara mereka. sbb apa? sbb barat x mau kita berbangga dgn sejarah kita sendiri. di samping mereka sendiri sgt menghargai nilai2 sejarah. hasilnya? lahirlah manusia inferior mcm kau yg mengaku mentah berbanding bangsa lain. jalan paling mudah, terima aje budaya2 bangsa lain jdla bangsa yg segan nak mengaku sbg 'melayu;.

jentayu

VoidDance said...

Jentayu,

Saya tahu sejarah. Srivijaya, Funan, Langkasuka dan banyak lagi kerajaan Melayu tua bukanlah terlampau lama. Ianya wujud beberapa ratus tahun sebelum kerajaan Melayu Melaka.

Tetapi kebangkitan Melayu bermula dari titik situ. Saya tidak persoal itu pun. Saya persoal mentaliti kita yang terlalu sensitif. Itu yang menyebabkan kita banyak rugi dalam mengharungi arus ketamadunan manusia sekarang. Kita mempertahankan perkara yang tidak patut kita pertahan tetapi abaikan budaya yang patut kita hargai.

Unknown said...

VD, dalam artikel di atas, adakah saya mempertahankan sikap buruk orang Melayu seperti yang diperlekehkan oleh Idham Lim? Malahan kebanyakan sikap buruk itu sudah terhapus dalam diri orang Melayu. Sikap itu mungkin wujud sebelum 1970an atau 1980an. Idham cuba mengungkit semula sikap yang telah ditinggalkan oleh majoriti orang Melayu itu. Apakah dalam masyarakat Cina Islam tidak ada sikap buruk mereka? Contohnya sikap buruk Idham Lim yang sewenang-wenangnya melemparkan perkataan 'bodoh' kepada orang lain, dan memaki-hamun dalam artikel dan ucapannya. Inikah sikap yang hendak dibanggakan oleh seorang yang mengaku dirinya ustaz?

Unknown said...

idham ni nak cari popular seram seram sejuk je..ramai mereka mereka yg tenggelam dalam arus perdana politik menangguk diair keruh memainkan sentimen yg dangkal dan kekadang bersandar emosi.. harap bebenor KDN memantau dan ambil tindakan pada Idham ni.. gurisan dihati MELAYU bagai sembilu..aje yg haramjadah Idham ni..

Anonymous said...

Assalamualakum,
sekurang2nya saya lihat YB lebih terbuka tidak block mana2 komen yang negatif, saya pernah cuba beri komen dalam blog idham lim tu tapi x pernah kena siar sebab beri teguran kat nizar. blog bekas setpol nizar, misbahul munir sekarang langsung tak beri raung untuk komen selepas bayk orang perak tegur nizar pegang lilin. apa nak saya cakap di sini nampak sangat puak kanan (BN) lebih terbuka dan sedia ditegur tapi puak kiri belah mana tak boleh tegur langsung.