Mufti Perak, Tan Sri Dato' Dr. Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.Utusan Malaysia semalam melaporkan rasa kecewa Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu, berikutan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-Umno. Beliau berkata PAS yang mendakwa Islam ini tidak bertindak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.
“Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu. Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (Melayu-Islam) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya.
Mufti Perak itu berkata, beliau amat berharat mereka yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan dan kemudian menidakkannya, kembali mematangkan fikiran dan perasaan tanggungjawab kepada Allah untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam.
“Kalau ada perasaan dendam, hasad dengki dan benci sesama Islam, harap kita tenguk kepada sembahyang kita kerana sembahyang dapat menghilangkan perkara yang tidak baik. Jadi kalau ada sifat semacam itu, maknanya sembahyang kita itu tidak betul lagilah, kena diperbaiki lagi. Sudah bertahun-tahun saya memperjuangkan benda ini (perpaduan) dalam ceramah saya dan saya harap suatu hari nanti benda ini akan berlaku,” tambahnya.
Dr. Harussani, 70, dikenali umum sebagai ulama yang sentiasa mendahulukan al-Quran dan Hadis dalam segala tindakan dan perkataan demi kesejagatan agama, bangsa dan Negara.
Perwatakan beliau yang lemah lembut dan sentiasa terukir senyum di bibir senang mengatakan yang hak dikatakan hak, yang salah dikatakan salah serta menjulang keagungan Islam di persada Negara.
No comments:
Post a Comment