17 March, 2013

KELUARGA KIRAM TAK TERLEPAS

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan naantara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Feb lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

16 March, 2013

KISAH 'MUNDU' DI PANTAI TIMUR SABAH



Pada 1988, sebuah kampung terpencil di Pantai Timur Sabah dicerobohi sekumpulan lelaki bersenjata dari Selatan Filipina menyebabkan kesemua penduduk lari dan berpindah ke kawasan lebih selamat. Kejadian itu berlaku di Kampung Bongon Kecil, sebuah perkampungan nelayan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sukau, Kinabatangan.

Dalam peristiwa itu, kesemua barangan berharga penduduk kampung termasuk enjin sangkut, barang kemas, wang tunai dan peralatan elektrik dirompak.

Badaron Siong yang menjadi ketua kampung ketika itu telah mengarahkan anak buahnya segera berkemas dan melarikan diri ke Kampung Tanjung Aru, Sandakan kerana bimbang terhadap ugutan kumpulan penceroboh yang mahu datang semula ke kampungnya. Perompak umpama lanun ini lebih popular dengan panggilan 'mundu' di kalangan masyarakat Sabah.

Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Omar Montol telah bersetuju menerima perpindahan 13 keluarga dari Kampung Bongon Kecil atas dasar simpati dan kemanusiaan. KK Badaron dan  anak buahnya membina rumah di atas air di hujung kampung itu, meninggalkan keselesaan tinggal di rumah di atas tanah serta semua binatang peliharaan seperti lembu dan kambing di kampung mereka yang diceroboh.

Saya yang ketika itu bertugas selaku Pegawai Media ADUN Sukau, Datuk Dr. Zaki Gusmiah telah pergi ke Kampung Bongon Kecil bersama beberapa wartawan media arus perdana dan tempatan bagi meninjau sendiri keadaan perkampungan itu.

KK Badaron dan KK Haji Omar kini telah meninggal dunia, namun kejadian pencerobohan bersenjata dari kumpulan tertentu dari Selatan Filipina terus berlaku selepas itu, termasuklah terbaru di Lahad Datu dan Semporna oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka tentera Kesultanan Sulu.

Niat penceroboh berubah dari semasa ke semasa. Sehingga akhir abad ke-20, kumpulan kecil bersenjata yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Sulu dari Kepulauan Mindanao ini sekadar melarikan harta benda, khususnya enjin bot laju. Pada awal abad ke-21, kumpulan yang menamakan diri mereka Abu Sayyaf bertindak lebih canggih dengan melarikan individu-individu tertentu khususnya di kalangan ahli perniagaan dengan tujuan peras ugut bagi mendapatkan sejumlah wang yang besar.

Namun dalam kes terbaru di Lahad Datu, niat penceroboh dari Selatan Filipina ini jauh lebih besar, iaitu atas nama Kesultanan Sulu, mereka mahu melarikan sebuah wilayah merdeka dalam negara Malaysia!



Sempadan di Pantai Timur Sabah yang begitu panjang dari Pulau Bangi, Kudat di utara hinggalah Pulau Sebatik, Tawau di selatan Sabah pastinya menyukarkan kawalan keselamatan dilakukan bagi mengawasi pencerobohan. Ianya memanjang dari Laut Sulu di utara hingga ke Laut Celebes di selatan. Terlalu banyak 'laluan tikus' di sepanjang sempadan yang biasa digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina untuk masuk ke Sabah.

Pengumuman Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menubuhkan Zon Keselamatan Khas yang merangkumi Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau agak melegakan. Namun sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia menempatkan sebuah pengkalan tentera di Pantai Timur Sabah bagi mengawal kemasukan warga asing secara haram, khususnya dari Selatan Filipina.

Tempat paling strategik untuk penubuhan pangkalan tentera itu adalah di sekitar Tambisan, yang boleh diibaratkan ‘muncung Sabah’ berdasarkan kedudukannya dalam bentuk peta Negeri Di Bawah Bayu itu. Kedudukan Tambisan tidak jauh dari Kampung Tanduo, Lahad Datu yang diceroboh oleh tentera Kesultanan Sulu. Ianya juga terletak di tengah-tengah antara Kudat dan Tawau.

Semoga dengan wujudnya pengkalan tentera itu, Pantai Timur Sabah akan lebih selamat daripada ancaman pencerobohan anasir-anasir militan luar, khususnya dari Kepulauan Mindanao.

11 February, 2013

7,000 BAUCER BR1M DUN SLIM DISERAHKAN HINGGA KINI


Sebanyak 7,000 baucer RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) telah diserahkan kepada penerima di sekitar DUN Slim, Perak sebelum cuti Tahun Baru Cina melibatkan kewangan berjumlah RM3.5 juta.

Perasmian telah dibuat pada 1 Februari 2013, iaitu hari pertama baucer itu dibenrkan untuk pengagihan melibatkan kira-kira 500 penerima sekitar Slim River. Selepas itu, pemberian diteruskan di Felda Trolak Timur, Trolak Utara, Felda-Felda dalam Gugusan Besout, Kampung Kuala Slim, Trolak Pekan dan sekitar Rumah Awam 3 dan Taman Seroja, Slim River.

Sempena Tahun Baru Cina, penyampaian baucer itu juga dibuat secara ziarah rumah ke rumah di Kampung Baru Slim River melibatkan kira-kira 170 rumah dengan lebih 200 penerima, selain mengagihkan buah limau dan kalender 2013.

Kaunter pembayaran juga dibuka di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Malim yang terletak di Slim River.

Para pegawai dari Maybank cawangan Slim River mengikuti hampir di kesemua tempat penyampaian baucer berkenaan dengan tujuan memudahkan urusan penerima menunaikannya.

Penyampaian baucer BR1M untuk DUN Slim akan diteruskan lagi selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ini adalah Fasa Pertama BR1M 2.0. Bagi yang belum menerima baucer berkenaan, berkemungkinan nama mereka akan dimasukkan dalam senarai penerima Fasa Kedua dan seterusnya.

Pada 13 Februari 2013, pelancaran BR1M RM250 (Bujang) Peringkat DUN Slim akan diadakan di Felda Trolak Selatan bermula jam 9.00 pagi serentak dengan pemberian baucer BR1M RM500 dan perasmian Dewan Semaibakti yang baru siap dibina di situ dengan kos hampir RM1 juta. Seramai 602 warga Felda Trolak Selatan akan menerima BR1M pada hari berkenaan.

Bersama ini disertakan foto-foto penyampaian baucer BR1M 2.0 fasa pertama di DUN Slim untuk tatapan kita bersama.
















































04 February, 2013

DULU HINA RAJA, KINI TAWAR KERUSI



Kelakar sungguh dengan tindakan pemimpin DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menawarkan kerusi pilihanraya kepada anakanda Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Siew Fook, mantan Pengerusi DAPSY yang kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan memang terkenal dengan sikap celuparnya, termasuk mencerca kesucian agama Islam dan memberikan pelbagai gelaran buruk kepada Raja-Raja Melayu.

Apa tidak kelakarnya Ahli Parlimen Rasah ini jika setelah memaki hamun seorang Sultan dan anakanda baginda dalam blognya sebelum ini, kini mahu menjilat semula ludah sendiri dengan menawarkan anak Raja bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Perkara ini mula didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata Siew Fook menawarkan Tunku Zain bertanding kerusi DUN di Negeri Sembilan seterusnya menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menguasai negeri itu selepas PRU13.

Tunku Abdul Aziz mempertikaikan kuasa Siew Fook menawarkan kerusi kepada individu, mengatasi kuasa pemimpin tertinggi DAP. Ironinya tiada pula tindakan disiplin parti dikenakan terhadap Siew Fook, sedangkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. ‘War Lord’ Ramasamy didakwa dan diseret ke jawatankuasa disiplin parti kerana tindakan yang sama.

Menurut Tunku Abdul Aziz, Siew Fook bukan sahaja menawarkan kerusi DUN kepada Tunku Zain tetapi juga kerusi Parlimen setelah tawaran pertama ditolak.

Tunku Zain dalam kenyataan baginda sebelum ini menggambarkan bahawa butir-butir pertemuan dengan Siew Fook ada kaitan dengan tawaran kerusi pilihanraya, seperti didedahkan Tunku Abdul Aziz.

Sikap dan pendirian Siew Fook sering berubah-ubah mengikut sedap rasa dirinya, sama seperti lirik dan lagu ‘Ubah’ yang digubahnya bagi kempen pilihanraya pakatan pembangkang.

Setelah memaki hamun seorang Sultan dengan perkataan ‘nyanyuk’, ‘king cobra’ dan ‘menunggu masuk neraka’, Siew Fook memuji-muji pula kerabat raja yang lain demi kepentingan politik parti yang didokongnya.

Setelah memuji sikap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan membesar-besarkan surat penghargaan yang dihantar oleh Menteri Besar Kelantan itu kepadanya, Siew Fook menghentam pula pendirian PAS dalam isu negara Islam semata-mata mahu meraih sokongan bagi pemilihan CEC partinya.

Setelah bermuka-muka dalam pelbagai perkara berkaitan kepentingan umat Islam, Siew Fook memaki hamun agama Islam dengan kata-kata ‘fucking religion’ kerana dia tidak berpuas hati dengan pendirian pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah berkaitan status anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Siew Fook adalah cermin kepada sikap pemimpin-pemimpin Cina lain dalam DAP. Jika mahu melihat DAP, lihatlah Siew Fook. Wajah dan sikap politiknya yang anti-Islam dan anti-Raja itu memaparkan batang tubuh DAP itu sendiri.  Persepsi pengundi terhadap DAP, khususnya pengundi Melayu dan beragama Islam, perlu mengambil kira cerminan Siew Fook.

Pautan berkaitan sikap Siew Fook boleh dilihat di SINI dan SINI.