11 February, 2013

7,000 BAUCER BR1M DUN SLIM DISERAHKAN HINGGA KINI


Sebanyak 7,000 baucer RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) telah diserahkan kepada penerima di sekitar DUN Slim, Perak sebelum cuti Tahun Baru Cina melibatkan kewangan berjumlah RM3.5 juta.

Perasmian telah dibuat pada 1 Februari 2013, iaitu hari pertama baucer itu dibenrkan untuk pengagihan melibatkan kira-kira 500 penerima sekitar Slim River. Selepas itu, pemberian diteruskan di Felda Trolak Timur, Trolak Utara, Felda-Felda dalam Gugusan Besout, Kampung Kuala Slim, Trolak Pekan dan sekitar Rumah Awam 3 dan Taman Seroja, Slim River.

Sempena Tahun Baru Cina, penyampaian baucer itu juga dibuat secara ziarah rumah ke rumah di Kampung Baru Slim River melibatkan kira-kira 170 rumah dengan lebih 200 penerima, selain mengagihkan buah limau dan kalender 2013.

Kaunter pembayaran juga dibuka di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Malim yang terletak di Slim River.

Para pegawai dari Maybank cawangan Slim River mengikuti hampir di kesemua tempat penyampaian baucer berkenaan dengan tujuan memudahkan urusan penerima menunaikannya.

Penyampaian baucer BR1M untuk DUN Slim akan diteruskan lagi selepas cuti Tahun Baru Cina.

Ini adalah Fasa Pertama BR1M 2.0. Bagi yang belum menerima baucer berkenaan, berkemungkinan nama mereka akan dimasukkan dalam senarai penerima Fasa Kedua dan seterusnya.

Pada 13 Februari 2013, pelancaran BR1M RM250 (Bujang) Peringkat DUN Slim akan diadakan di Felda Trolak Selatan bermula jam 9.00 pagi serentak dengan pemberian baucer BR1M RM500 dan perasmian Dewan Semaibakti yang baru siap dibina di situ dengan kos hampir RM1 juta. Seramai 602 warga Felda Trolak Selatan akan menerima BR1M pada hari berkenaan.

Bersama ini disertakan foto-foto penyampaian baucer BR1M 2.0 fasa pertama di DUN Slim untuk tatapan kita bersama.
















































4 comments:

Anonymous said...

saya nak tanya mace mane kita tau kalau kita layak ke tidak? sampai sekarang baucer saya tak sampai lagi?

Unknown said...

Untuk mengetahui permohonan kita lulus atau tidak, sila berhubung dengan pejabat LHDN berhampiran. Bagi kawasan Parlimen Tanjong Malim, boleh berhubung dengan LHDN Teluk Intan 056296200. Jika mendapat jawapan lulus, tunggu sehingga surat dihantar melalui pos ataupun langsung dari Ketua UMNO Cawangan. BR1M 2.0 punya beberapa fasa. Harap sama-sama bersabar. Pihak Pejabat ADUN Slim akan segera mengagihkan surat dan baucer kepada penerima sebaik sahaja mendapatkannya dari Pejabat Daerah.

penduduk said...

time kasih ats pmberian BR1M..cuma nk mtk tolong sgat kt YB agar projek jalan raya dr kmpung kami mghala ke kuala slim disegerakan serta pembaikan jalan raya disini yg semakin teruk..

Sekian..

Anonymous said...

Salam YB. Teruskan perjuangan dan teruskan juga khidmat yang cemerlang!!! Insyaallah, sokongan yang padu akan terus diberikan kepada Barisan Nasional!! Inilah info yang perlu disampaikan kepada rakyat. Minta tolong YB update selalu blog ni ye.