Kelakar
sungguh dengan tindakan pemimpin DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menawarkan
kerusi pilihanraya kepada anakanda Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku
Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.
Siew Fook,
mantan Pengerusi DAPSY yang kini Pengerusi DAP Negeri Sembilan memang terkenal
dengan sikap celuparnya, termasuk mencerca kesucian agama Islam dan memberikan
pelbagai gelaran buruk kepada Raja-Raja Melayu.
Apa tidak
kelakarnya Ahli Parlimen Rasah ini jika setelah memaki hamun seorang Sultan dan
anakanda baginda dalam blognya sebelum ini, kini mahu menjilat semula ludah
sendiri dengan menawarkan anak Raja bertanding dalam Pilihanraya Umum ke-13
akan datang.
Perkara ini
mula didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
yang berkata Siew Fook menawarkan Tunku Zain bertanding kerusi DUN di Negeri
Sembilan seterusnya menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menguasai
negeri itu selepas PRU13.
Tunku Abdul
Aziz mempertikaikan kuasa Siew Fook menawarkan kerusi kepada individu, mengatasi
kuasa pemimpin tertinggi DAP. Ironinya tiada pula tindakan disiplin parti
dikenakan terhadap Siew Fook, sedangkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang,
Dr. P. ‘War Lord’ Ramasamy didakwa dan diseret ke jawatankuasa disiplin parti
kerana tindakan yang sama.
Menurut
Tunku Abdul Aziz, Siew Fook bukan sahaja menawarkan kerusi DUN kepada Tunku
Zain tetapi juga kerusi Parlimen setelah tawaran pertama ditolak.
Tunku Zain
dalam kenyataan baginda sebelum ini menggambarkan bahawa butir-butir pertemuan
dengan Siew Fook ada kaitan dengan tawaran kerusi pilihanraya, seperti didedahkan
Tunku Abdul Aziz.
Sikap dan
pendirian Siew Fook sering berubah-ubah mengikut sedap rasa dirinya, sama
seperti lirik dan lagu ‘Ubah’ yang digubahnya bagi kempen pilihanraya pakatan
pembangkang.
Setelah
memaki hamun seorang Sultan dengan perkataan ‘nyanyuk’, ‘king cobra’ dan
‘menunggu masuk neraka’, Siew Fook memuji-muji pula kerabat raja yang lain demi
kepentingan politik parti yang didokongnya.
Setelah
memuji sikap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan membesar-besarkan
surat penghargaan yang dihantar oleh Menteri Besar Kelantan itu kepadanya, Siew
Fook menghentam pula pendirian PAS dalam isu negara Islam semata-mata mahu
meraih sokongan bagi pemilihan CEC partinya.
Setelah
bermuka-muka dalam pelbagai perkara berkaitan kepentingan umat Islam, Siew Fook
memaki hamun agama Islam dengan kata-kata ‘fucking religion’ kerana dia tidak
berpuas hati dengan pendirian pendakwah bebas, Dr. Riduan Tee Abdullah
berkaitan status anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.
Siew Fook
adalah cermin kepada sikap pemimpin-pemimpin Cina lain dalam DAP. Jika mahu
melihat DAP, lihatlah Siew Fook. Wajah dan sikap politiknya yang anti-Islam dan
anti-Raja itu memaparkan batang tubuh DAP itu sendiri. Persepsi pengundi terhadap DAP, khususnya
pengundi Melayu dan beragama Islam, perlu mengambil kira cerminan Siew Fook.

No comments:
Post a Comment