06 December, 2010

PIAGAM BARISAN NASIONAL 2010

Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Najib Tun Razak menerima Piagam Barisan Nasional 2010 daripada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disaksikan ketua-ketua parti komponen BN yang lain pada Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2010.


PIAGAM BARISAN NASIONAL 2010

KAMI Pewaris Bangsa, memperakui betapa para pengasas negara bersatu hati dan berganding bahu, dalam menubuhkan Parti Perikatan demi memperjuangkan kemerdekaan negara dan mencipta prinsip permuafakatan demi kemakmuran bersama.

Hari ini, kami anak Malaysia, pendukung Barisan Nasional, berhimpun atas satu semangat, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, mendukung Perlembagaan Persekutuan, Institusi Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen serta mengamalkan prinsip-prinsip asas Rukun Negara, bertekad dan berjanji serta berikrar, meneruskan perjuangan untuk bangsa dan negara, berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:

Pertama, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, menghormati hak dan keistimewaan setiap rakyat di sisi undang-undang, menjamin kebebasan institusi kehakiman dan membanteras jenayah bagi menzahirkan sebuah masyarakat yang aman, stabil, makmur dan selamat.

Kedua, mempereratkan lagi hubungan antara kaum dan lapisan masyarakat, mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme, demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

Ketiga, meneruskan usaha memajukan ekonomi negara melalui peningkatan daya saing, di samping memberikan komitmen terhadap pembahagian ekonomi yang adil dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, menggalak penyertaan semua kaum dalam setiap bidang ekonomi dengan seimbang, demi memastikan nikmat kemakmuran dan kekayaan negara dapat dikecapi bersama.

Keempat, menjamin pendidikan berkualiti bagi semua, memperkasakan pembudayaan ilmu pengetahuan, sebagai asas pembentukan modal insan yang berketerampilan serta memastikan pendidikan kebangsaan menjadi wahana utama pembentukan insan yang mulia demi pengukuhan perpaduan nasional.

Kelima, meneruskan tradisi membela rakyat dengan mengutamakan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial, peningkatan infrastruktur asas yang menyeluruh, serta menjadikan peningkatan kualiti hidup rakyat, sebagai penanda aras utama prestasi kerajaan Barisan Nasional.

Keenam, memajukan institusi keluarga, menggalakkan penyertaan wanita, belia, orang kurang upaya dan isi rumah secara berkesan dalam pembangunan sosioekonomi negara, serta memperkasa peranan golongan muda dan masyarakat sivil sebagai rakan utama dalam pembinaan negara; dan

Ketujuh, mendukung prinsip tadbir urus yang baik dan menolak amalan rasuah, menyokong dan membantu meningkatkan integriti dan kecekapan agensi kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dan menghayati konsep "Rakyat Didahulukan" sebagai asas pengwujudan kerajaan yang mengutamakan pencapaian dalam memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

Inilah ikrar dan tekad kami, pendukung Barisan Nasional, demi kesejahteraan semua rakyat dan generasi akan datang, dalam meneruskan perjuangan murni mewujudkan perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, dengan keazaman semangat 1Malaysia, dengan mendahulukan rakyat, kami berikrar dan bertekad mencipta kejayaan yang lebih gemilang, bagi negara Malaysia.

Konvensyen Barisan Nasional 2010, Wisma MCA, Kuala Lumpur
5 Disember 2010

02 December, 2010

"DAP JINAK PADA ISLAM" - NIZAR


Saya masih lagi menahan dari tergelak besar apabila Adun Pasir Panjang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin semasa membahaskan Bajet Perak 2011 di Sidang DUN siang tadi berkata pakatan DAP-PAS-PKR telah dapat membawa parti DAP berjinak-jinak dengan agama Islam.
Apa yang dirasakan oleh Nizar itu mungkin tidak sedikitpun terdetik di hati pemimpin-pemimpin DAP yang sejak azali sememangnya anti terhadap agama Islam. Mungkin disebabkan beberapa pemimpin DAP memetik ayat Al-Quran dalam ucapan dengan niat mendapatkan laba politik, maka Nizar menganggap mereka sudah berjinak-jinak dengan Islam.

Kalau itulah anggapan Nizar, maka sekali lagi beliau cuba menipu penyokong-penyokong PAS mengenai pendirian sebenar DAP terhadap syiar Islam di negara ini. Maka tidak perlulah nanti Nizar ‘melangkah’ mayat Karpal Singh terlebih dulu bagi menegakkan sebuah negara Islam, kerana Pengerusi DAP itu sudah menjinakkan dirinya terhadap agama Allah itu.

"Heeepppp....over my dead body!!!!" - Karpal 



Tidaklah juga perlu Nizar serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain seperti Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tok Guru Hadi Awang mengunci mulut mereka lagi dalam soal mahu menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. 
Karpal, Kit Siang dan Guan Eng kini dilihat oleh Nizar sudah dapat dijinakkan kerana anak didik mereka, Nga Kor Meng  betah sekali mengungkapkan ayat-ayat Al-Quran. Ketiga-tiga pemimpin utama DAP itu sudah pasti tidak lagi menghalang pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan matlamat asal penubuhan partinya demi menunjukkan bahawa mereka kini cintakan Islam seperti orang PAS.


"Fucking religion!!!"





Maka tidaklah nanti Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook celupar lagi mulutnya mencarutkan agama Islam sebagai ‘fucking religion’ (agama pu**mak) sebab DAP sudah berjinak dengan Islam. Maka berpuas hatilah Nik Aziz kerana DAP yang dulunya beliau benarkan mencarutkan agama Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham apa itu Islam, kini sudah khatam ilmu fiqah dan pandai pula baca ayat suci Al-Quran berkat kerjasama DAP-PAS-PKR seperti dakwaan Nizar.

Maka bolehlah pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan menjaja kepada masyarakat Cina bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam berdasarkan pengakuan Nizar itu. Tidak hairan kenapa ADUN Chenderiang (BN-MCA), Dato’ Dr. Mah Hang Soon, ketika mencelah perbahasan Nizar, telah berulang kali meminta Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu membuktikan bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam. (KLIK) 

Nizar mungkin boleh menipu penyokong-penyokong tegar PAS, tetapi penipuannya itu menjerat DAP. Kini kita menunggu pengesahan dari DAP sama ada mereka benar-benar sudah berjinak dengan Islam hasil tarbiah yang dilakukan oleh Nik Aziz dan PAS.

01 December, 2010

LAPORAN SIDANG DUN PERAK (HARI KEDUA)

10.00 pagi  : Sidang dimulakan.
10.07 am  : Masa untuk soalan lisan terganggu apabila wakil pembangkang mengemukakan perintah tetap bagi mempertikaikan beberapa perkara mengenai soalan yang berulang, pintu masuk ke Dewan dan wartawan yang ditempatkan di tingkat atas.
10.17 am  : Adun Pantai Remis terus buat kecoh. Masa untuk menjawab soalan lisan yang ditetapkan sejam sudah membazir lebih 15 minit. Soalan lisan lebih penting kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.
10.20 am  : Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan 1. Tetapi Adun Sitiawan (DAP) Ngeh Ko Ham pula mengambil giliran mengganggu.
10.23 am : Soalan 1 belum lagi berjawab. Masa dah berlalu 22 minit. Speaker meminta Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan semua. MB memulakan jawapan soalan yang berkaitan program penggalakan golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian.
10.33 am  : Pantai Remis (DAP) mengemukakan soalan 2  berkaitan dengan defisit Kerajaan Negeri dan hutang Kerajaan Negeri mengikut tahun mulai 1999 hingga 2010. MB bangun dan berkata akan menjawab secara terperinci soalan itu kerana ianya telah dijadikan senjata oleh Adun Pantai Remis mengelirukan rakyat sebelum ini. ADUN Sitiawan (DAP) mengganggu seolah-olah takut MB mendedah dan memperjelaskan kekeliruan yang telah mereka buat di luar Dewan sebelum ini. Suasan dewan kecoh. Ngeh dan Nga nampak seperti cuba menghalang MB menjawab kekeliruan yang telah mereka timbulkan di kalangan rakyat.
10.43 am : MB berpeluang semula menjawab soalan Pantai Remis. Kini giliran ADUN Tronoh (DAP) pula mengganggu.
11.07 am : Masih lagi dengan soalan 2. Nampaknya hari ini hanya 2 soalan lisan yang berjawab.
11.21 am : Tempoh soalan lisan tamat. Hanya 2 soalan dijawab. Masa untuk perbahasan Bajet 2011.
11.24 am : Speaker menjelaskan pembahas pertama dari kerajaan dan pembangkang diberi masa tidak lebih 30 minit, sementara pembahas lain selama 15 minit. Beliau memaklumkan juga bahawa perbahasan bajet dibuat selama dua hari hingga esok dan Sidang Dewan kali ini akan berlangsung selama 4 hari sehingga Jumaat.

11.26 am : Adun Temengor (BN) Dato' Hasbullah Osman memulakan perbahasan menyokong Bajet Perak 2011.

30 November, 2010

LAPORAN LANGSUNG SIDANG DUN PERAK

Semua ADUN melalui pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki Dewan.

10.00 pagi  : Sidang dimulakan
10.07 pagi  : Soalan lisan pertama dari ADUN Air Kuning dan dijawab oleh YAB MB mengenai  pertumbuhan bandar-bandar baru di Negeri Perak.
10.22 pagi  : MB menjawab soalan lisan kedua dari ADUN Lubuk Merbau (Pas) mengenai strategi pembangunan Kerajaan Negeri untuk mencapai taraf negeri maju di bawah Wawasan 2020.
                 - MB menjelaskan mengenai peranan IDR dan gagasan Perak Amanjaya.
                 - Agihan dan pembangunan seimbang
                 - Menjawab soalan tambahan Lubuk Merbau, MB berkata dari segi sasaran utk mencapai negeri maju, KN akan berusaha untuk menjadikan strategi Perak Amanjaya utk mencapai matlamat, sbgmana yang dijelaskan terhadap jawapan asal. Utk mewujudkan kualiti income, sektor-sektor baru akan diperkenalkan di samping pendekatan untuk mengatasi kemiskinan rakyat di Negeri Perak.
10.25 pagi  - Soalan tambahan dari Titi Serong (Pas) dimulakan dengan memanggil Speaker dengan nama, dan ditegur oleh Speaker. Beliau bertanya mengenai pembangunan agama Islam di Perak dan MB menjelaskan di bawah Perak Amanjaya, diutamakan usaha mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.

10.29 pagi  : Soalan lisan ketiga dari ADUN Chenderoh (BN) mengenai bantuan bulanan kepada penjaga pesakit terlantar dijawab oleh Exco Dato' Hamidah Osman (Gunung Rapat). Seramai 2,741 penjaga pesakit terlantar menerima melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melibatkan RM8.2 juta sehingga Ogos 2010.
Soalan tambahan Kubu Gajah (BN) samada Kerajaan bercadang menyerahkan kuasa kepada Ketua2 Kampung untuk mengesahkan pesakit kronik dan tidak perlu melalui proses siasatan yang memakan masa yang panjang supaya bantuan lebih cepat dapat diberikan.
Jawapan - bantuan perlu melalui kriteria kerana melibatkan Jabatan Audit.  Cadangan itu boleh dibawa ke atas dan perlukan kajian lanjut.

10.43 pagi  : Soalan lisan keempat dari Batu Kurau (BN) mengenai langkah mengatasi banjir yang kerap berlaku di Tokong Cina Batu Kurau. Exco Dato' Ramly Zahari (Manong) menjawab kerja-kerja akan dimulakan pada 1 Disember 2010 (esok).
Soalan tambahan Pasir Pinji (DAP) - kebanyakan banjir kilat berlaku kerana tidak ada perancangan semasa memulakan pembangunan, khususnya dalam menyediakan kolam-kolam tadahan.  JAWAPAN - pembesaran kawasan taman dari semasa ke semasa menyebabkan longkang  dan kolam tadahan asal tidak mampu menampung kuantiti air yang mengalir. Bagaimanapun, sijil menduduki hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan.

Adun Sitiawan (DAP) mengemukakan perintah tetap bertanya kenapa Batu Kurau diberi kelebihan bertanyakan soalan lisan berturut-turut (Soalan 4 dan 5). Speaker berkata itu adalah budi bicara beliau. Ngeh Ko Ham terus membantah walaupun Speaker telah memanggil Batu Kurau mengemukakan soalan kelima mengenai projek jalan dari Anak Kurau ke Kamunting.

11.00 pagi  : ADUN Jalong (DAP) bertanyakan soalan ke 6 mengenai bantuan kepada Orang Asli di kawasannya. Exco Dato Sha'arani Mohamad (Kota Tampan) memberikan penjelasan yang terperinci mengenai projek-projek kepada masyarakat Orang Asli yang telah dilaksanakan di Jalong.

11. 08 pagi  : ADUN Pengkalan Hulu (BN) bertanya soalan 7 mengenai ura-ura Kerajaan Negeri hendak bekerjasama dengan pihak swasta untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam (bas) di beberapa buah bandar di Perak. - Exco Dato' Mah Han Soon menjawab khidmat bas berhenti-henti akan diwujudkan mengenai kerjasama itu.

11.20 pagi  : Adun Hutan Melintang (PKR) S. Kesavan menimbulkan kekecohan dengan mempertikaikan kenapa soalan lisannya tidak dijawab. Speaker berkata, tempoh soalan lisan sudah tamat. Adun Hutan Melintang terus membuat kecoh. Speaker mengarahkan Adun berkenaan keluar dewan sehingga tamat persidangan hari ini. YB Kesavan masih berdegil tidak mahu keluar.

(Hari ini terdapat 31 soalan lisan dikemukakan. Masa untuk menjawab soalan lisan adalah satu jam dan telah tamat pada 11.15 pagi.  Hanya 7 soalan dapat dijawab. Soalan Adun Hutan Melintang bernombor 23. Ini adalah prosedur biasa sidang Dewan termasuk di Dewan Rakyat).

Adun Kemunting (BN) mengemukakan usul untuk mengeluarkan Adun Hutan Melintang dari sidang. Pantai Remis mengemukakan perintah tetap supaya undi belah bahagi dilakukan bagi menyokong usul itu. Speaker mengarahkan Bentara mengeluarkan kertas undi. Kertas undi sedang diedarkan. (Satu perkara yang tidak pernah berlaku untuk mengeluarkan seseorang ADUN dari Dewan melalui undi belah bahagi).

Pengkalan Hulu (BN) menjelaskan bahawa undi belah bahagi bukan menggunakan kertas undi, tetapi secara bertanya seorang demi seorang Ahli-ahli Dewan dan Bentara mencatatkan keputusan.

11.42 pagi  : Speaker mengarahkan Setiausaha Dewan supaya mengumpulkan kertas undi samada BERSETUJU atau TIDAK SETUJU terhadap usul untuk mengeluarkan ADUN Hutan Melintang sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri sehingga tamat mesyuarat sessi ini di bawah kuasa speaker 44.2, 44.3 dan 44.5 Peraturan Dewan.

11.49 pagi  : Setiausaha Dewan sedang mengumpulkan kertas undi. Pertikaman lidah terus berlaku tetapi terkawal.

11.52 pagi  : Setiausaha Dewan menyerahkan kertas undi kepada Speaker.

11.53 pagi  : Speaker membacakan keputusan SETUJU 32, TIDAK SETUJU 27. Adun Aulong (DAP) keluar ke ruang depan Dewan mahu menyerahkan kertas undinya yang tidak diserahkan kepada Setiausaha Dewan. Speaker mengarahkan Adun Hutan Melintang keluar dewan. Bentara menghampiri ADUN Hutan Melintang tetapi beliau masih enggan meninggalkan Dewan. 

11.58 pagi  : ADUN Hutan Melintang keluar Dewan. Keadaan Dewan kembali tenang. 

S. Kesavan (dua dari kanan) dipujuk untuk meninggalkan Dewan

12.00 tghari   : Enakmen Perbekalan 2011 (Bajet Negeri Perak 2011) dibentangkan dan dibacakan oleh MB Perak.

12.01 pm  : MB Perak mula membentangkan Bajet Negeri Perak 2011.

Petikan penting ucapan bajet oleh MB :

* KDNK Negeri Perak 6% tahun 2010
* RM1.67 bilion pelaburan di Perak sehingga 2010, berbanding RM893 juta (2009)
* Prospek dan cabaran 2011 : Pertumbuhan ekonomi dunia dijangka sederhana.
 KDNK Malaysia dijangka 5.6 %. Negeri Perak dijangka 4% pada 2011.

RMK10 - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion syiling, khususnya projek yang berkaitan dengan NCER.

Antara projek pembangunan NCER yang sedang diusahakan - *Projek penternakan komersial baka kambing jenis Boer.  *Projek pembangunan komuniti matang di Sungai Kerang, Selama.  *Projek kompas akuakultur di Selinsing melibatkan RM125 juta. *Pembangunan pemerosesan dan pengeluaran herba di Kemunting. * Program pembangunan jeti awam untuk tujuan peningkatan industri pelancongan Temengor. * Pembangunan Taiping Bandar Warisan, naik taraf Zoo Taiping dimulakan pada Disember 2010 * Pembangunan Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja dan pintu masuk NCER (Sayong River Front).

* Perak Hightect Park - sehingga 2009, anggaran pelaburan sebanyak RM2.99 billion.

Peranan Sektor Swasta : KN berusaha mewujudkan suasana kondusif dan  mesra pelanggan. Berganding bahu dengan Kerajaan Pusat, khususnya untuk melahirkan graduan yang sesuai di bidang perniagaan dan skill yang tinggi.

Memperkasakan JKKK di peringkat daerah hinggalah Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) di Peringkat Negeri untuk meningkatkan NKRA negeri.

SENARIO BAJET 2011

Bertemakan "Bajet Mendahulukan Rakyat". Mengambil kira analisis kekuatan, kelemahan dan peluang ekonomi dalam 2011. Mendahulukan rakyat, oleh itu melaksanakan bajet defisit untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Jumlah perbelanjaan pada 2011 berjumlah RM862.33 juta berbanding RM739.58 juta pada tahunj 2010, meningkat sebanyak 16.6%. Defisit dianggarkan RM29.91 juta berbanding RM23.89 juta pada 2010.

Walaupun defisit tetapi perbelanjaan untuk pembangunan rakyat ditingkatkan sebanyak RM94 juta berbanding pada tahun 2010. Pada 2011, sebanyak RM273 juta akan dibelanjakan untuk tujuan pembangunan berbanding RM179 juta pada 2010.

STRATEGI BAJET 2011

Strategi bajet digubal secara serangkai  - 1) meningkatkan kesejahteraan dan kualiti kehidupan rakyat 2) meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam  3) memantapkan pembangunan modal insan dan 4) mewujudkan infra dan kemudahan awam serta persekitaran yang kondusif pertumbuhan serta kualiti kehidupan dan sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi.

Strategi 1 - Program Pembasmian Kemiskinan - ke arah kemiskinan tegar disifarkan menjelang 2010 - Program Bantuan Rumah (PBR) pada 2011 dinaikkan kepada RM4 juta (2010 - RM2 juta) - Program Kredit Mikro sebanyak RM4 juta - Menyediakan bantuan am di bawah JKM dari RM16.5 juta pada 2010 kepada RM18.5 juta pada 2011.

                 * Program Setinggan Sifar - sehingga 14 Oktober 2010, masalah seramai 5,543 keluarga setinggan dapat diselesaikan sementara baki 8,739 akan diselesaikan pada tahun 2011.

                 * Program Perumahan Rakyat (PBR) - diperuntukkan RM5.53 juta

                 * Program Kesejahteraan Rakyat -  *bantuan makanan setiap bulan RM4 juta *bantuan setiap perayaan RM1 juta, *baikpulih masjid dan surau RM10juta *baik pulih rumah ibadat seperti kuil, gereja, tokong, gudwara dan wat Siam sebanyak RM4.5 juta. * pembinaan krematorium moden RM2 juta dan sumbangan kepada NGO sebanyak RM7 juta. * Tambahan RM50.00 setiap bulan kepada Pengerusi JKKK sebagai tambahan RM750 yang dibiayai Kerajaan Pusat selain RM150.00 setiap bulan utk pembiayaan bil telefon dan sebagainya. * Peruntukan tahunan RM3,000 kepada setiap JKKK * Anugerah menunaikan fardhu haji seorang Pengerusi JKKK bagi setiap DUN melibatkan 59 DUN. * Peruntukan aktiviti Orang Asli dinaikkan dari RM1 juta tahun lalu kepada RM1.5 juta tahun 2011.

                * Program Pencegahan Banjir - * Projek tebatan banjir akan dilaksanakan di empat tempat (Semanggol, Ipoh, Taiping dan Sungai Bidor dan Sungai Perak di Teluk Intan) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.1 juta.

(Sehingga kini, MB sudah mengambil masa 1 jam membentangkan Bajet 2011)

Strategi 2 - Memantapkan Pembangunan Modal Insan  : * Operasi Taska di semua daerah RM3.3 juta * baikpulih Tadika Islam RM400,000 * baikpulih SAR RM3 juta * naiktaraf elaun bulanan 160 orang Guru Tadika Islam dari RM575.00 kepada RM800.00 melibatkan RM430,000.
* bantuan SMJK dan Sekolah Mubaligh RM2 juta * Asrama Amanjaya RM1.8 juta * kepada Yayasan Perak utk Program Tuisyen Gemilang dan Program Kecemerlangan Murid Orang Asli RM1.45 juta * Dermasiswa Pendidikan melalui YP sebanyak RM8 juta * Kumpulan Wang Biasiswa/Pinjaman Anak-anak Melayu dan Bukan Melayu Negeri Perak RM5 juta (2010 RM3 juta) * Program Pengupayaan Modal Insan di kalangan mahasiswa RM1 juta * Menubuhkan dua buah Maahad Tahfiz dan naik taraf Maahad Tahfiz di Intim RM2.52 juta * Penubuhan Pusat Pemadanan Kerjaya Amanjaya RM1.7 juta * Dana pusingan khas RM5 juta melalui KPerak * pembestarian Sekolah Agama Rakyat RM500,000 di bawah KPerak * Perkampungan Karyawan RM1 juta dan Program Inovasi Komuniti RM500,000. 

Strategi 3 - Infrastruktur dan Kemudahan Awam : * pembangunan prasarana di bawah JKR RM31 juta dan projek bangunan juga di bawah JKR RM34 juta. *penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam di Daerah Manjung, Kerian dan Kuala Kangsar RM2.54 juta * pelaksanaan pelbagai projek di bawah Pihak Berkuasa Tempatan RM2.5 juta. 

Strategi 4 - Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam : * Pendekatan Inovasi dan kreatif * persijilan MS-ISO * Pelaksanaan KPI * Amalan 5S * Penarafan 5 Bintang * Penarafan Indeks Akauntabiliti dan * Pusat Setempat (OSC).

Jumlah sumber hasil pada 2011 dijangka berjumlah RM832.42 juta, kesan dari kecekapan pentadbiran dan pendekatan berhemah BN berbekalkan pengalaman 53 tahun tolak 11 bulan memerintah Negeri Perak.

MB meramalkan Bajet 2010 berkemungkinan seimbang dan sedikit surplus kesan daripada sumber luar jangka yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri.

Beliau meminta supaya bajet ini tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu. Bajet ini melibatkan angka dan angka tidak pernah menipu, kecuali cuba ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.

MB menutup Bajet 2011 dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dan sebuah Hadis. (Surah Al-Hujurrat ayat 12: Surah Al-Rad ayat 11 dan hads riwayat Muslim.

01.55 pm  : Speaker menangguhkan persidangan dan akan disambung semula jam 10.00 pagi esok.









26 November, 2010

RM100 JUTA : FITNAH SUARA KEADILAN KINI TERJAWAB


Saya tak berapa fasih pasal undang-undang, mahkamah dan keputusannya, kerana pengajian akhir saya lebih kepada bidang Sejarah. Namun kemenangan kes saman RM100 juta oleh Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir terhadap Suara Keadilan, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 22 November lalu merupakan satu keputusan mahkamah yang agak menarik.

Keputusan itu dibuat pada hari Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sedang bergelut di sebuah lagi mahkamah atas kes tuduhan meliwat, sementara Dr Zambry berada di tanah suci Mekah dan sedang bersiap untuk pulang ke tanahair setelah selesai mengerjakan fardhu Haji.

Ketika PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah yang tercetus daripada pemilihan jawatan dalam parti itu, ia menerima satu lagi tamparan memalukan berikutan keputusan mahkamah itu yang memihak kepada Dr Zambry.

Walaupun telah banyak sejarah tercatat membabitkan keputusan mahkamah terhadap salah lapor media, tetapi kes ini yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak terhadap akhbar rasmi sebuah parti politik menjadi menarik dan agak melucukan. Ianya menjadi menarik bukan kerana melibatkan wang berjumlah RM100 juta, tetapi lebih kepada sikap angkuh yang ditonjolkan oleh sebelah pihak hanya kerana mahu mempertahankan satu berita yang jelas berunsurkan fitnah. Semuanya atas faktor mahu memenuhi ego kepartian. Sikap ego tak bertempat ini agak melucukan.

Di muka depan satu keluarannya, Suara Keadilan memaparkan tajuk “Zambry disyaki pengganas – gagal masuk ke Amerika Syarikat” yang merujuk kepada lawatan kerja Menteri Besar Perak itu ke Amerika Syarikat bermula dari 7-11 Disember 2009. Laporan itu ternyata palsu sedangkan media cetak dan elektronik tanahair menyiarkan berita pertemuan Dr Zambry dengan beberapa pelabur perindustrian dan syarikat modal teroka (venture capital companies) di Amerika Syarikat, khususnya di Boston yang telah dikenalpasti berpotensi untuk melabur di Negeri Perak. (Penjelasan Dr. Zambry di dalam Sidang DUN Perak)

Sekembalinya Dr. Zambry ke tanahair, beliau dimaklumkan mengenai laporan akhbar Suara Keadilan tersebut. Beliau telah meminta peguamnya menghantar surat kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf, tetapi dengan angkuh akhbar itu melalui peguamnya mencabar untuk berhadapan di mahkamah atas alasan mempunyai cukup bukti bahawa Dr. Zambry telah ditahan di Lapangan Terbang San Francisco dan gagal memasuki Amerika Syarikat. Dengan angkuh juga Suara Keadilan mengulang siar berita fitnah itu sebanyak dua kali di dada akhbarnya.

Disebabkan tuduhan Suara Keadilan itu begitu serius dan boleh menjejaskan imej dan reputasi seorang Menteri Besar yang merupakan ketua eksekutif sebuah kerajaan negeri, Dr. Zambry melalui barisan peguamnya telah memfailkan saman RM100 juta terhadap akhbar berkenaan. 

Sebaik saman difailkan di mahkamah, baru timbul kesedaran di pihak akhbar itu untuk mengaku bahawa laporannya semata-mata palsu lantas menyiarkan berita permohonan maaf terhadap Dr. Zambry. Pastinya mereka sejak awal menyedari akan tewas dalam perbicaraan, dan mungkin juga telah diarahkan oleh penasihat parti PKR untuk segera memohon maaf kerana tiada jalan mereka boleh memenangi kes itu. Namun sayang semuanya sudah terlambat (meminjam tajuk lagu Shidee). Saman yang sudah difailkan tidak lagi boleh ditarik balik.

Begitulah padahnya apabila media cuba mengetepikan etika kewartawanan, semata-mata bagi memenuhkan nafsu individu tertentu di dalam sebuah parti politik untuk meruntuhkan imej dan kredibiliti pihak lawan. Kepalsuan yang begitu nyata seperti dilaporkan akhbar rasminya itu kini menular ke dalam proses pemilihan kepimpinan PKR, sehingga banyak etika pemilihan dikesampingkan, semata-mata mahu menaikkan individu tertentu yang sealiran dengan insan bernama Anwar Ibrahim.

Akan muncul banyak lagi tindak-tanduk tidak beretika yang dibawa oleh PKR. Tidak perlulah media bersusah payah mahu mengorek bagi mendedahkannya, kerana ia akan terdedah satu persatu dengan sendiri. Yang pasti pendedahan itu tidak akan dibuat oleh Suara Keadilan.

Tunggu dan lihat.

15 November, 2010

PARLIMEN, PELAJAR DAN SOSEJ BABI

Zulkifli Noordin

Menarik untuk kita kongsikan tulisan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin berkaitan isu seorang pelajar di Kuching dirotan kerana membawa bekalan makanan mengandungi daging babi ke sekolah.

"Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Yang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama!

Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!

Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.

Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram di dalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?". Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!).

Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu diambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya. Wassalam. Zulkifli Bin Noordin"