Keputusan itu dibuat pada hari Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sedang bergelut di sebuah lagi mahkamah atas kes tuduhan meliwat, sementara Dr Zambry berada di tanah suci Mekah dan sedang bersiap untuk pulang ke tanahair setelah selesai mengerjakan fardhu Haji.
Ketika PKR sedang bergelut dengan pelbagai masalah yang tercetus daripada pemilihan jawatan dalam parti itu, ia menerima satu lagi tamparan memalukan berikutan keputusan mahkamah itu yang memihak kepada Dr Zambry.
Walaupun telah banyak sejarah tercatat membabitkan keputusan mahkamah terhadap salah lapor media, tetapi kes ini yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak terhadap akhbar rasmi sebuah parti politik menjadi menarik dan agak melucukan. Ianya menjadi menarik bukan kerana melibatkan wang berjumlah RM100 juta, tetapi lebih kepada sikap angkuh yang ditonjolkan oleh sebelah pihak hanya kerana mahu mempertahankan satu berita yang jelas berunsurkan fitnah. Semuanya atas faktor mahu memenuhi ego kepartian. Sikap ego tak bertempat ini agak melucukan.
Di muka depan satu keluarannya, Suara Keadilan memaparkan tajuk “Zambry disyaki pengganas – gagal masuk ke Amerika Syarikat” yang merujuk kepada lawatan kerja Menteri Besar Perak itu ke Amerika Syarikat bermula dari 7-11 Disember 2009. Laporan itu ternyata palsu sedangkan media cetak dan elektronik tanahair menyiarkan berita pertemuan Dr Zambry dengan beberapa pelabur perindustrian dan syarikat modal teroka (venture capital companies) di Amerika Syarikat, khususnya di Boston yang telah dikenalpasti berpotensi untuk melabur di Negeri Perak. (Penjelasan Dr. Zambry di dalam Sidang DUN Perak)
Sekembalinya Dr. Zambry ke tanahair, beliau dimaklumkan mengenai laporan akhbar Suara Keadilan tersebut. Beliau telah meminta peguamnya menghantar surat kepada akhbar berkenaan supaya memohon maaf, tetapi dengan angkuh akhbar itu melalui peguamnya mencabar untuk berhadapan di mahkamah atas alasan mempunyai cukup bukti bahawa Dr. Zambry telah ditahan di Lapangan Terbang San Francisco dan gagal memasuki Amerika Syarikat. Dengan angkuh juga Suara Keadilan mengulang siar berita fitnah itu sebanyak dua kali di dada akhbarnya.
Disebabkan tuduhan Suara Keadilan itu begitu serius dan boleh menjejaskan imej dan reputasi seorang Menteri Besar yang merupakan ketua eksekutif sebuah kerajaan negeri, Dr. Zambry melalui barisan peguamnya telah memfailkan saman RM100 juta terhadap akhbar berkenaan.
Sebaik saman difailkan di mahkamah, baru timbul kesedaran di pihak akhbar itu untuk mengaku bahawa laporannya semata-mata palsu lantas menyiarkan berita permohonan maaf terhadap Dr. Zambry. Pastinya mereka sejak awal menyedari akan tewas dalam perbicaraan, dan mungkin juga telah diarahkan oleh penasihat parti PKR untuk segera memohon maaf kerana tiada jalan mereka boleh memenangi kes itu. Namun sayang semuanya sudah terlambat (meminjam tajuk lagu Shidee). Saman yang sudah difailkan tidak lagi boleh ditarik balik.
Sebaik saman difailkan di mahkamah, baru timbul kesedaran di pihak akhbar itu untuk mengaku bahawa laporannya semata-mata palsu lantas menyiarkan berita permohonan maaf terhadap Dr. Zambry. Pastinya mereka sejak awal menyedari akan tewas dalam perbicaraan, dan mungkin juga telah diarahkan oleh penasihat parti PKR untuk segera memohon maaf kerana tiada jalan mereka boleh memenangi kes itu. Namun sayang semuanya sudah terlambat (meminjam tajuk lagu Shidee). Saman yang sudah difailkan tidak lagi boleh ditarik balik.
Begitulah padahnya apabila media cuba mengetepikan etika kewartawanan, semata-mata bagi memenuhkan nafsu individu tertentu di dalam sebuah parti politik untuk meruntuhkan imej dan kredibiliti pihak lawan. Kepalsuan yang begitu nyata seperti dilaporkan akhbar rasminya itu kini menular ke dalam proses pemilihan kepimpinan PKR, sehingga banyak etika pemilihan dikesampingkan, semata-mata mahu menaikkan individu tertentu yang sealiran dengan insan bernama Anwar Ibrahim.
Akan muncul banyak lagi tindak-tanduk tidak beretika yang dibawa oleh PKR. Tidak perlulah media bersusah payah mahu mengorek bagi mendedahkannya, kerana ia akan terdedah satu persatu dengan sendiri. Yang pasti pendedahan itu tidak akan dibuat oleh Suara Keadilan.
Tunggu dan lihat.

3 comments:
em kesian suara keadilan..em keadilan buat zambry...sendiri buat sendiri tangung
Mohon di link kan ke blog tuan.
http://helangbuana.blogspot.com/
Silakan Sdr Pian.
Post a Comment