10.00 pagi : Sidang dimulakan.
10.07 am : Masa untuk soalan lisan terganggu apabila wakil pembangkang mengemukakan perintah tetap bagi mempertikaikan beberapa perkara mengenai soalan yang berulang, pintu masuk ke Dewan dan wartawan yang ditempatkan di tingkat atas.
10.17 am : Adun Pantai Remis terus buat kecoh. Masa untuk menjawab soalan lisan yang ditetapkan sejam sudah membazir lebih 15 minit. Soalan lisan lebih penting kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.
10.20 am : Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan 1. Tetapi Adun Sitiawan (DAP) Ngeh Ko Ham pula mengambil giliran mengganggu.
10.23 am : Soalan 1 belum lagi berjawab. Masa dah berlalu 22 minit. Speaker meminta Adun Hulu Kinta mengemukakan soalan semua. MB memulakan jawapan soalan yang berkaitan program penggalakan golongan muda melibatkan diri dalam bidang pertanian.
10.33 am : Pantai Remis (DAP) mengemukakan soalan 2 berkaitan dengan defisit Kerajaan Negeri dan hutang Kerajaan Negeri mengikut tahun mulai 1999 hingga 2010. MB bangun dan berkata akan menjawab secara terperinci soalan itu kerana ianya telah dijadikan senjata oleh Adun Pantai Remis mengelirukan rakyat sebelum ini. ADUN Sitiawan (DAP) mengganggu seolah-olah takut MB mendedah dan memperjelaskan kekeliruan yang telah mereka buat di luar Dewan sebelum ini. Suasan dewan kecoh. Ngeh dan Nga nampak seperti cuba menghalang MB menjawab kekeliruan yang telah mereka timbulkan di kalangan rakyat.
10.43 am : MB berpeluang semula menjawab soalan Pantai Remis. Kini giliran ADUN Tronoh (DAP) pula mengganggu.
11.07 am : Masih lagi dengan soalan 2. Nampaknya hari ini hanya 2 soalan lisan yang berjawab.
11.21 am : Tempoh soalan lisan tamat. Hanya 2 soalan dijawab. Masa untuk perbahasan Bajet 2011.
11.24 am : Speaker menjelaskan pembahas pertama dari kerajaan dan pembangkang diberi masa tidak lebih 30 minit, sementara pembahas lain selama 15 minit. Beliau memaklumkan juga bahawa perbahasan bajet dibuat selama dua hari hingga esok dan Sidang Dewan kali ini akan berlangsung selama 4 hari sehingga Jumaat.
11.26 am : Adun Temengor (BN) Dato' Hasbullah Osman memulakan perbahasan menyokong Bajet Perak 2011.
No comments:
Post a Comment