25 December, 2010

FELDA DAN HARTAWAN GETAH

 

Pekebun-pekebun kecil getah menerima durian runtuh kesan daripada kenaikan harga bahan komoditi itu. Samada mereka peneroka tanah-tanah rancangan (Felda, Risda, Felcra dan lain-lain), atau pekebun kecil yang mempunyai kebun sendiri, pastinya kenaikan mendadak harga getah membuatkan mereka lapang hati.

Harga semasa getah beku (atau sekerap) adalah antara RM5.00 hingga RM6.50 sekilogram, berbanding kira-kira dua bulan lalu yang berada pada tahap RM1.20 sekilogram. Harga getah sekerap pernah pada tahap RM0.50 beberapa tahun lalu.

Di tanah rancangan Felda yang masih lagi menjadikan getah sebagai tanaman utamanya, rata-rata pendapatan bulanan peneroka lebih tinggi dari guru berijazah, malahan mengatasi elaun asas seorang wakil rakyat yang mereka pilih dalam Pilihanraya Umum lalu.

Din Baung (nama gelaran), seorang anak generasi kedua di Felda Sungai Behrang berkata, dengan harga sekerap RM5.00 sekilo, pendapatan peneroka berada pada paras purata RM4,500 sebulan, itupun setelah ditolak 40 peratus bayaran kepada pekerja atau pemajak. Jika peneroka mengusahakan ladangnya sendiri, pendapatan mereka boleh mencecah RM7,500 sebulan!. 

Perkiraan Din begini – purata ladang peneroka seluas lapan ekar boleh menghasilkan 100 kilogram sekerap sehari torehan. Dengan harga RM5.00 sekilogram, pendapatan sehari adalah RM500. Dalam setahun, pokok getah boleh ditoreh kira-kira 180 hari (atau enam bulan) setelah mengambil kira faktor cuaca. Ini bermakna pendapatan tahunan seorang peneroka yang mengusahakan ladangnya sendiri adalah RM90,000, bersamaan RM7,500 sebulan. 

“Kiralah jika harga pada paras RM6.50 sekilo. Bagi setiap tin minyak tanah yang diisi sekerap, nilainya sekitar RM100,” kata Din.

Kenaikan harga getah meningkatkan juga aktiviti tidak sihat, iaitu kegiatan pencuri getah sekerap. Aktiviti ini cukup merisaukan pekebun-pekebun kecil getah dan peneroka-peneroka, khususnya bagi mereka yang menjual hasil torehan dalam bentuk getah sekerap. Kerja agak mudah, tetapi berdepan dengan risiko kecurian. Menoreh pagi, pencuri datang mengutip hasil sebelah petang. Menoreh petang, mereka datang pula mencuri di waktu malam. 

Ramai juga di kalangan pekebun kecil dan peneroka yang lebih suka menjual hasil torehan dalam bentuk susu cair (latex) untuk mengelakkan hasil kerja mereka dicuri, khususnya semasa harga getah melambung seperti ketika ini. Kerja ini agak remeh dan memakan masa yang agak lama untuk pekebun berada di ladang, tetapi ianya dapat mengelakkan aktiviti pencuri, selain harga getah cair lebih tinggi.

Apa yang diharapkan, pekebun dan peneroka sentiasa berjimat cermat dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. ini. Panas tidak selalunya sampai ke petang. Harga getah berkait rapat dengan harga di pasaran dunia. Kenaikan harga getah biasanya berkait rapat dengan kenaikan harga petroleum di pasaran antarabangsa, menyebabkan tumpuan pengeluar barangan berasas getah sentetik yang diperbuat dari petroleum bertukar kepada getah asli. Maka permintaan terhadap getah asli meningkat secara mendadak menyebabkan harganya juga meningkat. Pastinya harga getah akan menurun semula sekiranya berlaku penurunan terhadap harga petroleum di pasaran antarabangsa.

Dahulu pernah muncul kisah lawak popular kononnya ada peneroka Felda membakar note RM50 untuk menyuluh kunci rumah yang terjatuh. Popular juga cerita peneroka menyimpan pakaian di dalam peti sejuk sedangkan tanah rancangan itu belum dibekalkan tenaga elektrik. Walaupun cerita-cerita itu tidak benar dan hanya lawak, tetapi semuanya bertujuan mahu menggambarkan kisah kemoncahan peneroka ketika hasil pendapatan mereka melambung.

Semoga kali ini peneroka dan anak generasi baru Felda lebih berjimat cermat. Gunakanlah rahmat ini untuk memenuhkan kuota simpanan Koperasi Permodalan Felda (KPF), bukannya berlumba-lumba memenuhkan kuota beristeri baru. 

1Malaysia, 1Felda.

5 comments:

Wake UP! said...

Jangan terpedaya dengan Pakatan Rakyat yang hanya nak merompak duit dari Felda.

shamsul azmi said...

FELDA/FELCRA/RISDA....All are similar government agencies that full of corrupted officers.Always make the members in difficult situation.Why????it happens in Kg.Lintah where the members of RISDA ends with loss,while the palm oil price at a going up trent.WHY AND WHY you people talk a lot on profit but at the end ,the result is loss.Check this matter with SPRM...Where the report made.

budakbalun said...

Harap harga getah ini sustain..
idak2 pun jangan la jatuh teruk benor!

Harap Kerajaan Malaysia dapat buat stok pengimbang..

Dan satu lagi..
Harap Felda amanah dengan tanggungjawabnya...

Jangan 'makan dalam' macam kes saman di mahkamah yang akhirnya terbukti Felda menipu peneroka!

Wallahua'lam..

bayiedila said...

Ini felda mana yang disebutkan oleh saudara Khusairy, setahu saya peneroka felda yang under felda hanya berpendapatan RM1500 sebulan itu kalau tak mengambil pinjaman perumahan. Yang bukan under pengurusan felda ye benar pendapat mereka melebihi RM3000-RM4000 sebulan. Dengan harga susu getah RM15/kg, sekerap RM7/kg manakala harha kelapa sawit RM800/ton. Tapi hakikatnya tidak seperti yang diwar-war kan oleh PM di TV, siapakah yang merompak duit felda sebenarnya tetapi yang nyata felda under kerajaan. Itu belum dikira duit baja, duit tanam semula dan sebagainya, hujung tahun umum bonus pada peneroka RM300 apa yang cukup bukan under felda RM150 itupun sebenarnya duit peneroka potong sana potong sini. Peneroka tak tahu pun berapa banyak mereka kena rompak sebenarnya, siapa rompak???? Secara logiknya takkan orang lain yang rompak sedangkan felda sendiri diurus oleh orang lain. Orang lain makan sedap orang lain dapat anginnya.

bayiedila said...

Felda mana saudara khusairy cakap ni, memang tidak dinafikan harga komiditi getah dan kelapa sawit melonjak dengan harga susu getah RM15/kg, sekerap RM7/kg manakala harga kelapa sawit RM800/ton dengan ini juga tidak dinafikan pendapatan peneroka mencecah RM 3000-RM4000 sebulan, tetapi saudara perlu faham itu untuk mereka bukan under felda pendapatan tersebut bagi mereka yang mengusahakan sendiri. Saya kira saudara khusairy hanya menyembunyikan fakta demi kepentingan politik atau untuk menjatuhkan atau memburukan orang lain. Setahu saya pendapatan peneroka under felda hanya RM1500 itu pun mengikut tempat belum lagi dikira yang ambil pinjaman perumahan yang felda kira pendapatan mereka sekitar RM 700 sebulan itu pun tengok keadaan kadang kala ada yang tak berbaki. Pendapatan sebenar tidaklah seperti yang diwar-warkan oleh PM didalam TV. Pergi lah ke felda-felda rata rata mengatakan menipu je. Belum dikira ditipu duit baja, duit tanam semula dan sebagainya. Pelik juga duit peneroka di rompak oleh orang luar sedangkan felda under kerajaan, secara logiknya pastilah mereka yang menguruskan felda berkemungkinan merompak menyamun duit peneroka. Megah, setiap hujung tahun kerajaan umumkan bonus tapi setakat RM350 apa boleh buat yang bukan under felda RM150 je. Sedar tak sedar duit potongan itu ini yang bayar bonus peneroka. Logik akallah siapa perompak sebenarnya.