02 December, 2010

"DAP JINAK PADA ISLAM" - NIZAR


Saya masih lagi menahan dari tergelak besar apabila Adun Pasir Panjang, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin semasa membahaskan Bajet Perak 2011 di Sidang DUN siang tadi berkata pakatan DAP-PAS-PKR telah dapat membawa parti DAP berjinak-jinak dengan agama Islam.
Apa yang dirasakan oleh Nizar itu mungkin tidak sedikitpun terdetik di hati pemimpin-pemimpin DAP yang sejak azali sememangnya anti terhadap agama Islam. Mungkin disebabkan beberapa pemimpin DAP memetik ayat Al-Quran dalam ucapan dengan niat mendapatkan laba politik, maka Nizar menganggap mereka sudah berjinak-jinak dengan Islam.

Kalau itulah anggapan Nizar, maka sekali lagi beliau cuba menipu penyokong-penyokong PAS mengenai pendirian sebenar DAP terhadap syiar Islam di negara ini. Maka tidak perlulah nanti Nizar ‘melangkah’ mayat Karpal Singh terlebih dulu bagi menegakkan sebuah negara Islam, kerana Pengerusi DAP itu sudah menjinakkan dirinya terhadap agama Allah itu.

"Heeepppp....over my dead body!!!!" - Karpal 



Tidaklah juga perlu Nizar serta pemimpin-pemimpin PAS yang lain seperti Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tok Guru Hadi Awang mengunci mulut mereka lagi dalam soal mahu menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang. 
Karpal, Kit Siang dan Guan Eng kini dilihat oleh Nizar sudah dapat dijinakkan kerana anak didik mereka, Nga Kor Meng  betah sekali mengungkapkan ayat-ayat Al-Quran. Ketiga-tiga pemimpin utama DAP itu sudah pasti tidak lagi menghalang pemimpin-pemimpin PAS memperjuangkan matlamat asal penubuhan partinya demi menunjukkan bahawa mereka kini cintakan Islam seperti orang PAS.


"Fucking religion!!!"





Maka tidaklah nanti Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook celupar lagi mulutnya mencarutkan agama Islam sebagai ‘fucking religion’ (agama pu**mak) sebab DAP sudah berjinak dengan Islam. Maka berpuas hatilah Nik Aziz kerana DAP yang dulunya beliau benarkan mencarutkan agama Islam kerana parti itu bukan Islam dan tidak faham apa itu Islam, kini sudah khatam ilmu fiqah dan pandai pula baca ayat suci Al-Quran berkat kerjasama DAP-PAS-PKR seperti dakwaan Nizar.

Maka bolehlah pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan menjaja kepada masyarakat Cina bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam berdasarkan pengakuan Nizar itu. Tidak hairan kenapa ADUN Chenderiang (BN-MCA), Dato’ Dr. Mah Hang Soon, ketika mencelah perbahasan Nizar, telah berulang kali meminta Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu membuktikan bahawa DAP sudah berjinak-jinak dengan Islam. (KLIK) 

Nizar mungkin boleh menipu penyokong-penyokong tegar PAS, tetapi penipuannya itu menjerat DAP. Kini kita menunggu pengesahan dari DAP sama ada mereka benar-benar sudah berjinak dengan Islam hasil tarbiah yang dilakukan oleh Nik Aziz dan PAS.

10 comments:

Anonymous said...

MCA MIC dan GERAKAN dah berkurun jinak dengan Islam dan dah ramai pun ahli2nya memeluk agama Islam..baru berjinak t5u belum akhil baligh lah..

Wake UP! said...

Nizar pengkhianat agama. Pemimpin politik PAS sanggup gadaikan agama pada kafir harbi asalkan mereka dapat berkuasa.

adf55650 said...

Di dini lah kebodohan Nizar dan PAS secara keseluruhannya. Mereka kata DAP jinak dgn Islam. Sebenarnya DAP bukan jinak tetapi DAP lebih berani mempermainkan Agama ISLAM melalui PAS. Ini dsebabkan PAS sendiri mempersendakan Islam.

Anonymous said...

setidaknya parti gabungan dlm BN tak menyentuh dan mengomel tentang agama dan bangsa macam DAP.
Biasalah puakx2 selagi boleh digunakan kasi jek sikit,besok dah tak pakai boleh tendang tepi.Macam tak biasa.
Buta perut betul org hampas dan melayu PR.
Yg penting saling hormat,msingx2 ada kepercayaan..bukannya Takebeer!bila kapir 'berceramah'

Anonymous said...

Gadai agama, gadai bangsa.. Bagus sangatla PAS & PKR..

adf55650 said...

Memang mereka jinak pada PAS sebab Islam PAS menghalalkan tarian bogel di Mois Bistro, Pulau Pinang

Unknown said...

MasyaAllah...tarian bogel di negeri yang ditadbir bayangan Khalifah Umar Abdul Aziz?

Anonymous said...

SINIZAR NIE TAK BOLE LAYAN SANGAT,HARAP ADA PALAHOTAK JER AKAL TAKDA.CKP PON MCM ORG TAK SIUMAN

budakbalun said...

Assalammualaikum..
hmmm... banyak nak komen nie.
Tapi bior la dulu ye YB!

Anonymous said...

Hei, aku mencoba ke email Anda berkaitan dengan posting ini tapi aren t mampu menjangkau Anda?. Silakan e-mail saya ketika mendapatkan beberapa saat. Terima kasih.