19 December, 2010
KAMPUNG MASJID DAN KEBEBALAN NIZAR
Sekitar awal 1970an sewaktu usia kebudakan, saya biasa mengunjungi Kampung Masjid di Pulau Pangkor. Ibu saudara saya, Mak Andak Zaiton berkahwin dengan Pak Ngah Yusof Manan, penduduk tempatan yang bekerja sebagai pemandu teksi di pulau pelancongan itu. Disebabkan begitu manja dengan Mak Andak Zaiton sejak kecil, maka setiap musim cuti sekolah saya selalu mengambil peluang menemuinya di Pulau Pangkor dengan menaiki bot ikan milik tauke Cina dari jeti Bagan Datoh.
Mak Andak dan Pak Ngah Yusof (kedua-duanya sudah meninggal dunia) tinggal di Kampung Teluk Kecil, tak jauh dari Kampung Masjid yang terletak bersebelahan Pekan Pangkor. Setiap kali ke sana, saya tak melepaskan peluang berjumpa rakan-rakan sebaya di Kampung Masjid, sebuah perkampungan setinggan nelayan yang serba daif. Di situ saya bermain getah dan hoki yang kayunya diperbuat daripada dahan pokok. Selain itu saya pergi ke sana untuk menonton TV hitam putih di sebuah rumah nelayan dengan 'tiket' 10 sen.
Saya juga sering pergi ke sebuah gerai kecil di Kampung Masjid yang menjual mee laksa, makanan berkuah ala-Pangkor yang cukup terkenal di pulau itu. Mak Andak Zaiton menggemari makanan itu dan selalu memberikan saya wang untuk membeli beberapa bungkus mee laksa itu.
Tidaklah pula dapat saya pastikan sama ada Zambry Abd Kadir berada dalam kelompok budak-budak sebaya saya yang bermain getah dan hoki atau sama-sama menonton TV di Kampung Masjid ketika itu. Tidak pasti juga samada gerai yang menjual mee laksa itu milik ibu Dr Zambry kerana ibu dan bapa beliau memang terkenal pandai memasak. Jauh sekali dapat saya memikirkan ketika itu bahawa perkampungan nelayan yang penuh dengan kemiskinan ini akan melahirkan seorang pemimpin berjawatan Menteri Besar Perak.
Apa yang saya nampak ketika itu, Kampung Masjid dihuni oleh masyarakat nelayan kaum Melayu yang serba-serbi kekurangan dan berada jauh di bawah paras kemiskinan. Ramai di kalangan mereka bekerja sebagai awak-awak di bot-bot tauke Cina dengan pendapatan tak sampai RM10.00 sehari. Masih dapat saya bayangkan pada awal pagi mereka pulang ke rumah menjinjing seutas tali yang dihujungnya diikat beberapa ekor ikan kembung untuk keperluan keluarga hari itu.
Ketika itu saya tidak faham apa erti setinggan. Apa yang saya nampak hanyalah kesesakan dan kemiskinan. Kini baru saya tahu bahawa beratus-ratus rumah nelayan yang dibina berhimpit-himpit di Kampung Masjid itu adalah rumah setinggan yang tidak bergeran. Mereka membina rumah ditapak tanah milik orang lain, termasuk sebuah rumah tempat Dr. Zambry dilahirkan. Kebanyakan rumah di situ berusia seratus tahun!
Pada tahun 2005, sekali lagi saya berkunjung ke Kampung Masjid. Kali ini bersama Dr Zambry yang ketika itu menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak. Suasana awal 1970an masih wujud di perkampungan nelayan itu tanpa banyak perubahan. Rumah ibu Dr. Zambry yang saya kunjungi tak jauh bezanya dengan rumah-rumah setinggan lain yang sudah acap kali saya lihat sejak lebih 30 tahun lalu.
Inilah sebenarnya perkampungan nelayan yang dipertikaikan oleh bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 1 Disember lalu. Malahan inilah juga yang dijadikan modal ucapan Nizar sejak kebelakangan ini dengan tujuan mahu menjatuhkan maruah dan mengaibkan seorang anak nelayan dari Kampung Masjid yang kini menjadi Menteri Besar menggantikan tempatnya.
Disebabkan rumah ibu Dr. Zambry terletak dalam perkampungan setinggan yang cuba diselamatkan oleh Kerajaan Negeri, maka Nizar mengganggapnya sebagai satu langkah tidak bermoral dari seorang Menteri Besar. Bagi Nizar, mana mungkin seorang bermaruah boleh menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan kedudukan ibunya. Tetapi Nizar tidak pernah memikirkan bahawa perkampungan itu turut dihuni oleh ratusan nelayan lain yang serba miskin dan perlukan pembelaan.
Apa yang diucapkan oleh Dr. Zambry di atas bertujuan menjawab isu perumahan setinggan Kampung Masjid yang dibawa oleh Nizar dalam sessi perbahasan Bajet Negeri Perak 2011. Apa yang saya nampak dalam video di atas hanyalah kebebalan seorang bekas Menteri Besar Perak bernama Nizar Jamaluddin. Namun biarlah dia bebal dengan penjelasan Dr. Zambry, kerana rakyat marhain waima yang berpendidikan rendah sekalipun telah faham situasi sebenar.
Apa yang lebih penting, penduduk setinggan di Kampung Masjid perlu diselamatkan. Semoga tempat kediaman dan kehidupan mereka lebih terjamin dan dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tidak salah rasanya jika seorang Menteri Besar yang kebetulan berasal dari kampung itu menghulurkan bantuan bagi mengeluarkan penghuninya daripada kepompong kemiskinan tegar yang telah mereka alami sejak sekian lama.
17 comments:
sybas dato..bertapa penting nya kisah silam yg dato coretkan ini..
Terima kasih. Kampung Masjid, Kampung Teluk Kecil dan Kampung Teluk Gedung di Pulau Pangkor menjadi tempat permainan saya sewaktu kanak-kanak. Malahan, ibu-bapa saya pernah berpindah di Kampung Teluk Kecil ketika usia saya 2 tahun. Arwah ayah saya hanya dapat bertahan selama setahun sebagai nelayan, kemudian berpindah semula ke Bagan Datoh menjadi pengait kelapa sebelum menyertai tanah rancangan Felda pada usia saya 7 tahun (1968).
Salut buat Dr Zambry! Bangga saya melihat video beliau melawan bekas MB Nizar yang bebal yang masih nak tegakkan benang basah walaupun telah diperjelaskan dengan sedalamnya oleh MB Zambry.
YB, kenapa tak diupload video ini di Youtube juga supaya lebih ramai orang boleh tonton?
Salut juga buat DS Dr Zambry yang masih mampu bersabar dgn kebebalan Nizar. Kalau sayalah agaknya dah maki hamun si Nizar tu.
Insyaallah, akan saya usahakan untuk download video ini di Youtube.
Salam YB
Artikel yang menarik.
mohon dilinkkan blog saya.
http://blogenstarz.blogspot.com
bebal sungguh si Nzar ni!!!!!
Silakan Blogenstarz. Tak ada masalah untuk kita kongsikan sesuatu yang baik untuk tatapan semua, khususnya rakyat Perak dan penduduk di Kampung Masjid, Pangkor.
salam dato...TQ di atas kisah + vidclip yg dato paparkan...tahniah juga kepada MB kita yg berjaya 'mendiamkan' YB yg bebal tu...sy slalu bersalaman dengan MB Zambry kerana beliau selalu bersolat Jumaat di Masjid Kg. Sg.Rokam....smoga YB terus giat bekerja+membantu rakyat..tq
Salam, penjelasan yg sememangnya boleh difahami oleh semua yg punya hati yg bersih suci dan memahami keadaan hidup rakyat jelata... tetapi bila hati telah disaluti sifat2 mazmumah maka beritahu lah mcm mana pun kebaikan ianya tetap kabur dan sukar utk difahami... diluar berkawan dgn harbi didalam berkawan dgn nafsu dan syaitan....Hanya Doa kita agar Allah membuka hati insan yg bebal seperti dan melihat akan kebenarannya apa yg diperjelaskan...
Saya juga tidak faham dengan sikap Nizar yang mahu bermusuh dengan Sahibul Samahah Dato' Seri Mufti Perak. Mungkin dia memikirkan dirinya lebih baik daripada Mufti.
Salam.... Blog saudara berada di Top Ranking Politik 4 dengan ranking ditangga 48,382.....Tahniah dan selamat berblog.
Maaf Dato'..... Laman Dato' berada dalam Top Ranking Ahli Politik. Kerana terlalu banyak url dihantar, adakala boleh terlepas pandang... Semoga Dato' boleh terus berhubung dengan pihak kami.
Tahniah diucapkan kepada TRO. Baik di mana ranking kita, pendapat perlu terus disalurkan.
Salam Tuan. Melawat sebentar di blog yg cantik ini. Syabas dan tahniah.!...dan..kalau di izinkan, mohon utk linkkan blog saya di sini. Saya dh follow blog tuan. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/...terima kasih.!
tahniah dan teruskan perjuangan...tak sangka dato pun anak FELDA juga... teruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Tumapahnya Darahku!!!
Nizar tu memang barua... bodoh sombong... mulut macam muncung babi...
Post a Comment