12 August, 2009

PROGRAM MENGGERAKKAN AHLI KE BAHAGIAN-BAHAGIAN

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sedang dalam siri "Program Menggerakkan Ahli" ke seluruh Bahagian UMNO di negeri ini. Pengisian - melawat pejabat Umno Bahagian, taklimat pemetaan pilihanraya dan penerangan isu semasa kepada semua AJK Bahagian empat peringkat, Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Umno Cawangan dan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan serta sessi soal jawab.

Sehingga ini sebanyak lima bahagian telah dikunjungi iaitu Ipoh Timur dan Lumut pada 1hb Ogos 2009, Beruas (6hb Ogos), Ipoh Barat (8hb Ogos) dan Padang Rengas (10hb Ogos).

Turut serta bersama saya ialah Setiausaha Kerja UMNO Perak, YB Dato' Nazri Ismail, Sdr Ishak Darus (Penolong Setiausaha Kerja) dan staff pejabat UMNO Perak. Penceramah jemputan Sdr Hamdan Taha, Pegawai Khas YAB Menteri Besar.

Berikut gambar sekitar program berkenaan.

Di Ipoh Timur (Bahagian pertama)







Di Lumut :







Di Beruas :







Di Ipoh Barat :







Di Padang Rengas :






09 August, 2009

DAPSY LOKE HINA SULTAN PULA

MUKA SIALAN LOKE


SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina pula DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dengan kata-kata nyanyuk dan menanti untuk menjadi ahli neraka.

Memang biadap seorang bernama Loke Siew Fook yang menjadi keagungan Nizar, Husam dan sekutu Pas yang kononnya hendak memperjuangkan Islam. Apabila Ketua Pemuda DAP ini dalam blognya sjsandteam.wordpress.com mencemuh agama Islam dengan kata-kata “has everything be reduced to your fucking religion (Islam)” yang ditujukan kepada Dr Ridhuan, tak ada seorangpun pemimpin Pas yang hendak mempertahankan Islam dan membela pendakwah itu.

Diterjemahkan jika pemimpin Pas susah nak faham kata-kata hina Loke itu : “Has everything be reduced to your fucking religion” - Apakah semua mesti menurut agama pukimak awak itu (iaitu agama Islam)”. Si Loke itu mencemuh lagi Dr. Ridhuan dengan kata-kata "If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".-Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis Cina Muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adakah Adun Pas Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim Abdullah yang mualaf itu perompak atau penjenayah?

IDHAM LIM SDG BERSIDANG DI BAWAH POKOK. APAKAH DIA DITUDUH PENYANGAK OLEH DAP LOKE? DI SEBELAH KIRINYA RONNIE "THE SELANGOR MASTER" LIU



Semalam Loke tanpa rasa serik (malah semakin terkinja-kinja kerana tindakannya seolah-olah disokong oleh sikap berdiam Pas) telah menghina DYMM Sultan Perak dengan kata-kata “sudah nyanyuk”. DYTM Raja Muda Perak, Dr. Nazrin Shah pula di'fatwa'kan oleh Ustaz DAP Loke ini sedang menanti untuk menjadi ahli neraka, “merompak” hak rakyat dan “bengap dan biul”.

Ayuhlah…. Pemuda Umno jangan nak tunggu lagi untuk berdemontrasi bersama Pemuda Pas. Pas sudah duduk di bawah ketiak pemimpin-pemimpin sialan DAP. Tak guna mengharapkan mereka untuk membela Islam lagi. Hina sangat agama Islam dan Raja-Raja Melayu di kacamata DAP, tetapi DAP dilihat cemerlang dan gemilang di kacamata Pas.

LOKE DAH KEPIT TENGKUK HUSAM MUSA

Loke 'The Coward' ini telah memadamkan kedua-dua blognya, walaupun mesej jahatnya itu telah tersebar ke seluruh dunia. Di bawah ini, bacalah penghinaan Loke terhadap DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dipetik dari www.selamatkanperak.com yang juga tersiar dalam www.khairulryezal.blogspot.com.


"Nazrin the son of the senile ruler of Perak, take note that democracy is a principle whereby the control of authority comes from the public, and ruler and non-ruler are the same. Even though there is no specific, universally accepted definition of democracy, there are two principles that any definition of democracy includes. The first principle is that all citizens, not invested with the power to govern, have equal access to power and the second that all citizens enjoy legitimized freedoms and liberties.

When these basic freedoms and liberties are robbed of the people, then the only civilized course of action by any responsible citizen who cares about his nation, is to ensure that his voice is heard loud and clear! Get this straight into your ever conniving brain! When injustice becomes law, rebellion becomes duty! If rebellions become the order of the day, the nation is simply ruled by the criminals and the corrupt. Ask yourself whether you and your family members including your ‘guardian angel’, the Agong Najib, have plundered the nation’s wealth and robbed the poor of a bare minimum standard of living!

It is a pity that only in Malaysia, even the right to a peaceful demonstration is robbed of the people! What’s worst, the peaceful demonstrations are converted into lawless mobs by ‘peacekeepers’ who are supposed to protect the peace of this nation.

Nazrin the illegal seller of Perak: Saintly words should never be uttered by a person who has lost all sanity! If you still insist in building an impossible bridge between two mountains, just for that clap of your ‘creativity’, then let us warn you that our actions too will have far reaching consequences; we will destroy those mountains to mere ashes, and stuff your filthy mouth with the last peck of that dust and prepare you for your last journey to the gates of the condemned hell!"

Dan lebih hebat tulisan si Loke biadap itu begini :

June 11, 2009
AZLAN, THE KING COBRA OF PERAK!
Filed under: ARTICLES 11/06/2009, conspiracy, politics — sjsandteam @ 16:26
Tags: AZLAN, THE KING COBRA OF PERAK!

Azlan of Perak said today any move which questions the interests of the Malays and Bumiputeras in terms of scholarships and places of study not only violates the fundamental provisions in the federal and state constitutions but also questions the sovereignty of the Yang di-Pertuan Agong and the Malay Rulers. He said Clause 2 of Article 153 of the Federal Constitution provided the King with specific powers to safeguard the interests of the Malays as well as the Bumiputeras in Sabah and Sarawak in terms of scholarships and places of study.

He also said that Article 27 (b) (2) of the Perak State Constitution provided a similar responsibility to the Ruler of Perak. "These matters enshrined in the Federal Constitution and the state constitution are agreements achieved collectively in the spirit of give and take and the spirit of understanding and respect among the leaders representing the interests of the various races at the time of negotiating the nation’s independence.

INI GAMBAR YANG LOKE TAG MERUJUK SULTAN PERAK

"The agreements were achieved among the leaders of the various races, the British government and also the Malay Rulers," he said when opening a Discourse on Knowledge at the Perak Islamic Administration Institute, here. Also present was his son Nazrin.

Azlan said the leaders of the country had the political responsibility and statesmanship to respect the fundamentals which formed the pillar of sovereignty of an independent nation as well as the fundamentals which formed the root of harmonious racial relations, fundamentals which were agreed upon at the time the nation was formulating the Merdeka constitution.He said a deviation from the original spirit would surely cause anxiety and drag the nation into a situation of uncertainty.

"At the same time, the fundamentals of the agreement should not at all be abused at the implementation stage so as to make any race feel that it has been oppressed. "In accordance with the role of the throne as the source of justice, it is also the responsibility of the Yang di-Pertuan Agong and the Rulers in every state to ensure that the legitimate interests of the other races are also safeguarded," he said. Azlan said practices which deviated from the principles of justice should not be allowed to take place because every legitimate citizen should be accorded appropriate justice.

The Mighty Pen says to Azlan the traitor of the Malaysian people: What a clever choice of words drafted by none other than your own son, Nazrin. A cunning way to confuse the various races of this country. The non-Malays are not questioning the rights of the Malays, but they are voicing their own rights. Who is stopping the Malays from getting scholarships? Who is linking the scholarship issue to the sovereignty of rulers? What a jerk you are Azlan of Perak! You the senile Ruler of Perak trying to fan racial sentiments amongst the various races of this country! Your constant fall back to the rules of the ancient times speak a lot about your crooked thoughts. You call yourself the Ruler of the people, but you have failed miserably to address the concerns of the population of your very own state!

Footnote; Please pass this message to your son Nazrin: Apart from Malay culture and heritage which emanate from the palaces of Malaysia, as claimed by Nazrin in one of his recent speeches; the palaces of Malaysia are also responsible in teaching the youth of this country how to commit sexual abuses of various kinds. In short the sadistic palaces of Malaysia must be destroyed once and for all, from the face of this earth!

08 August, 2009

PUISI AKHIR WS RENDRA




WS Rendra tetap berkarya meskipun dirawat di hospital kerana sakit jantung koroner. Puisi terakhir Rendra menyentuh soal keagamaan yang mendalam, yang mengisyaratkan kecintaan kepada Allah s.w.t.



“Tuhan, aku cinta padamu…” itulah puisi yang tak diberikan jodol itu. Puisi terakhir ini ditulis Rendra pada 31 Julai di Rumah Sakit Mitra Keluarga, Jakarta.



Teks puisi bertulis tangan itu dipamerkan di Bengkel Teater, Citayam, Depok pada Jumaat 7hb Ogos 2009.

Berikut teks puisi tersebut:

Aku lemas
Tapi berdaya
Aku tidak sambat rasa sakit
atau gatal

Aku pengin makan tajin
Aku tidak pernah sesak nafas
Tapi tubuhku tidak memuaskan
untuk punya posisi yang ideal dan wajar

Aku pengin membersihkan tubuhku
dari racun kimiawi

Aku ingin kembali pada jalan alam
Aku ingin meningkatkan pengabdian
kepada Allah

Tuhan, aku cinta padamu

Rendra
31 July 2009
Mitra Keluarga

Takziah atas pemergian penyair agung Nusantara bernama WS Rendra, seorang tokoh sasterawan reformis dunia Melayu. Beliau meninggal semalam di Jakarta semasa menjalani pembedahan pintasan jantung. Rendra dilahirkan pada 07 November 1935 di Solo, Jawa Tengah.



07 August, 2009

DAP HINA ISLAM - YB ZUL BIDAS LOKE

Saya cukup kagum dengan sikap Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari PKR, YB Zulkifli Nordin dalam menegakkan kebenaran tanpa rasa gentar, termasuk terhadap Pemuda DAP. Oleh itu di bawah ini saya siarkan kenyataan akhbarnya yang bagi saya cukup berani menegur sikap biadap Ketua Pemuda Kebangsaan Parti (DAPSY), Loke Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Salam 2 all.
KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Di saat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam. Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh. Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

LOKE SIEW FOOK

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu di hadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam. (Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut).

USTAZ RIDHUAN TEE

Berikut adalah contoh bahasa yang diguna (oleh Ketua Pemuda DAPSY) saperti:
"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.

Saya dengan ini mendesak:
1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;
2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;
3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;
4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;
5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;
6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

APA PULA PENDIRIAN ADUN TITI SERONG PERAK, YB IDHAM LIM ABDULLAH DALAM BLOGNYA, CINA MUSLIM? SAYA MASIH MENUNGGU. - KHUSAIRI TALIB

06 August, 2009

HEBATNYA RONNIE, LEMAHNYA HASSAN ALI






Ternyatalah PKR di Selangor lebih takut pada DAP dari PAS. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sanggup mengetepikan desakan Hassan Ali untuk menghentikan penjualan arak di premis-premis kawasan majoriti Melayu. Desakan PAS supaya Ronnie Liu digugurkan dari Exco juga tidak dilayan.

Siapa di Selangor yang tidak tahu dasar Kerajaan Tempatan dan Perumahan di bawah Ronnie? Dikhabarkan wujud 4,000 pusat hiburan baru di serata Selangor sejak PR memerintah. Pusat baru ini termasuk di Shah Alam dan Damansara. Semuanya gara-gara Ronnie hendak mengisi tembolok tauke-tauke judi, urut, sundal, empat nombor ekor, along dan saknika aktiviti maksiat di Selangor. Aktiviti ini secara langsung dan tidak langsung terpaksa pula disokong oleh PAS dalam setiap mesyuarat Exco. Bagi PAS, persetankan apa sahaja yang hendak dibuat oleh Ronnie, asalkan Selangor diperintah oleh PR, dan PAS boleh tumpang tui.

Sejak kebelakangan ini Hassan Ali dan PAS terpaksa berlakon membuka mulut atas keterlaluan Ronnie. Apabila Pas melihatkan desakan rakyat Melayu di Selangor semakin kuat menentang dasar Ronnie, dan pengaruh PAS semakin hari semakin merosot, maka mahu tidak mahu Hassan Ali terpaksa buka mulut.Tetapi nampaknya hanya sekadar buka mulut sahaja lah, dan mulut Hassan dan pemimpin-pemimpin Melayu PAS dan PKR di Selangor begitu pantas disumbat dengan kain buruk oleh Khalid dan Ronnie.

Apakan tidaknya, apabila Hassan Ali dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mahu ambil tindakan terhadap premis yang menjual arak di kawasan majoriti penduduknya Melayu, Ronnie dan ‘bala tentera’nya akan datang memalukan Hassan dan menghalang tindakan JAIS. Terang-terang Melayu sedang asyik mahsyuk teguk arak, bagi Ronnie itu tidak boleh dihalang, kerana Selangor berada di bawah langit terbuka DAP dan PKR. Parti Pas hanya tumpang semangkuk saja memerintah Selangor. Pas ibarat melukut di tepi gantang. Macam sebutir garam di lautan. Ada taka pa, tak adapun tak jadi kudis bagi Kerajaan PR Selangor.

KHALID DAN RONNIE THE MASTER

Pas hanya boleh menyalaklah Bukit Melawati, bukit tu tak akan runtuh. Tetapi jika Ronnie yang bersiul, ekor tungking Khalid akan terangkat dan terngiut-ngiut. Khalid lebih memerlukan DAP dari Pas. Buatlah apa yang Ronnie nak buat di Shah Alam. Bandaraya Melayu itu nak bertukar jadi Petaling Jaya atau Kepong… bertukarlah. Ronnie nak bawa peniaga Cina untuk mengubah dominasi peniaga Melayu di Shah Alam, bawalah. Khalid tak akan peduli, asalkan PKR dan DAP tidak bermasalah. Bagi Khalid, bermasalah dengan Pas tak ada kesan apa-apa, tetapi jangan bermasalah dengan DAP dan Ronnie.

Tetapi Khalid dan Ronnie terlupa. Kemenangan PKR dan DAP di Selangor dalam PRU12 lalu adalah hasil daripada undi yang diberikan oleh pengundi-pengundi yang menyokong PAS. PKR dan DAP tak akan ke mana jika pengundi-pengundi Pas tidak membantu memberi undi kepada calon kedua-dua parti itu.

Jumaat ini tidak akan banyak kesan terhadap pendirian Khalid dalam hal Ronnie Liu vs Hassan Ali. Ronnie akan kekal ditempatnya sebagai Exco dengan tambahan kuasa, sementara Hassan Ali akan terus diminta menjadi tukang salak sebagai mengabui mata Melayu dan umat Islam di Selangor. Nampaklah kononnya Pas telah memainkan peranannya ‘menyalak’ atas isu-isu Islam, tetapi hakikatnya Ronnie lah yang memegang tombol volumenya. Kalau volume Pas terlalu kuat, Ronnie akan menjerit lebih kuat dan memutar volume PAS seminima mungkin. Khalid pula menyimpan kain buruk di pejabatnya untuk bila-bila masa menyumbatkannya ke mulut pemimpin-pemimpin Pas, termasuk Hassan Ali.

Itulah akibatnya Pas berpakat sangat dengan DAP. Nakkan kuasa, akhirnya kuasa memakan diri. Hassan Ali akan terus duduk dalam barisan Exco dan bersekongkol meluluskan aktiviti maksiat yang dibawa oleh Ronnie. Nak bawa apa dalam mesyuarat Exco, Ronnie bawalah. Pas akan menyokong, tapi berilah peluang kepada Pas main wayang sikit di luar bilik mesyuarat. Biarlah Pas komplen sikit-sikit di luar, supaya orang Melayu dan Islam Selangor tak nampak sangat Pas ni kena cucuk hidung oleh DAP dan PKR. Tapi itulah hakikatnya di Selangor.

Perak sudah terlepas dari bahana kerakusan DAP membonekakan Nizar untuk kepentingan parti itu dan puak-puaknya. Kasihan pula melihat nasib rakyat Selangor.

02 August, 2009

PROF JULI EDO - INSPIRASI ORANG ASLI

Profesor Dr. Juli Edo adalah antara sekelumit suku kaum Orang Asli di negara ini yang berjaya dalam pendidikan. Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya ini menjadi bahan ucapan setiap kali saya melawat perkampungan Orang Asli dalam Parlimen Tanjong Malim. Istimewanya, saya mengenali beliau ketika sama-sama menuntut di UKM, Bangi pada 1982. Prof Juli senior saya setahun.

Malam tadi saya bertemu lelaki tinggi lampai itu di dalam satu majlis di Kampung Orang Asli Changkat Ramu dalam kawasan DUN saya. Mulanya saya hairan kenapa sejak kebelakangan ini kami sering bertemu dalam program-program melibatkan Orang Asli di sekitar Tanjong Malim. Rupanya beliau anak kelahiran Kampung Erong, sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak berhampiran Kampung Changkat Ramu.

Sejak saya dipilih menjadi wakil kepada rakyat DUN Slim pada Pilihanraya Umum 2004, nama Juli Edo sering meniti dibibir saya setiap kali menyampaikan ucapan di perkampungan Orang Asli. Dia saya jadikan bahan motivasi kepada anak-anak Orang Asli yang masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan.

Pada 1981, Juli dari suku kaum Semai ini melanjutkan pelajaran ke UKM di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK). Dia adalah antara pelajar Orang Asli terawal di negara ini yang melangkahkan kaki ke menara gading. Kali pertama saya berjumpa beliau ketika sama-sama bermain sepaktakraw di gelanggang berhampiran Komsis A, UKM. Dia bermain diposisi killer, sama seperti saya. Hubungan kami selepas itu semakin akrab.

SAYA DAN PROF JULI EDO

Perbezaan suku kaum dan agama tidak membataskan pergaulan kami. Ketika beliau jatuh sakit dan beberapa hari tidak turun bermain sepaktakraw bersama, saya dan beberapa rakan siswa menziarah beliau di biliknya di Komsis D. Dia cukup gembira ketika itu, dan kami minum bersama dan berbual panjang.

Malam tadi saya meminta Prof Juli berucap di hadapan masyarakat Orang Asli dalam majlis yang meriah itu. Bukan sekadar penduduk di Changkat Ramu, tetapi juga dari perkampungan orang asli berhampiran seperti Buluh Seruas, Sungai Teras, Sungai Jentung, Ganggai, Chenein, Kuala Bil, Chinggung dan Sungai Lembing. Kehadiran begitu ramai kerana ada kugiran dan joget lambak.

2004 BERSAMA KAUM ASLI SUNGAI TERAS 




Dalam ucapannya Prof Juli memberi motivasi kepada anak-anak Orang Asli peri pentingnya pendidikan. Menurutnya, di bawah Rancangan Malaysia ke-10, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan membina empat Pusat Kecemerlangan Orang Asli, masing-masing di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Johor Bharu. Setiap daripadanya akan menempatkan seramai 1,000 pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam bidang pelajaran untuk diberikan bimbingan lebih berkesan.

Prof Juli melahirkan rasa agak kecewa kerana dalam peperiksaan STPM tahun lalu, seramai 49 pelajar Orang Asli mendapat keputusan Sijil Penuh, tetapi hanya 26 orang yang ditawar melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Selebih 23 orang lagi ketika ini hanya tinggal di rumah.

Saya turut bersimpati dengan nasib 23 pelajar berkenaan. Seharusnya setiap pelajar Orang Asli yang lulus dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan diberikan keutamaan untuk mengisi tempat di pusat-pusat pengajian tinggi awam. Dengan cara ini akan dapat membantu usaha kerajaan untuk segera meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat Orang Asli di negara ini, seterusnya mereka menjadi motivasi kepada pelajar-pelajar di bawahnya.

Apapun, syabas saya ucapkan kepada Prof Juli Edo. Semoga dia terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Orang Asli di seluruh negara.

Artikel berkaitan Prof Dr Juli Edo http://www.thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2004/2/23/features/6700261&sec=features