28 June, 2013

DEVAMANY DIPILIH SPEAKER PERAK


Naib Presiden MIC, Dato' S. Devamany a/l Kishnasamy dipilih menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam Sidang DUN Perak yang sedang berlangsung.

Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Pihak pembangkang pula mencadangkan mantan Adun DAP Tronoh, V. Sivakumar untuk jawatan yang sama.

Dalam pengundian bertulis yang dijalankan, Devamany memperolehi 31 undi dan Sivakumar 28.

Tahniah kepada Dato' Devamany.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah kepada Dato' Devamany. Tapi di hati tetap terasa terkilan kerana cara Dato' G Palanivel meminta jawatan Speaker DUN Perak. Tidak mengapalah, semoga pihak yang berkenaan menghargai sikap toleransi yang ditunjukkan oleh UMNO.