09 June, 2013

PALANIVEL SEOLAH BUKAN PRESIDEN MIC

KENYATAAN AKHBAR
PENGERUSI KELAB ADUN BN NEGERI PERAK (BNBBC PERAK)

Tindakan Dato’ G. Palanivel (foto) mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkaitan perlantikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah meletakkan dirinya pada taraf bukan seorang presiden parti.
NST 9th June 2013

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar Tamil hari ini, Palanivel jelas telah mengugut Dr. Zambry untuk MIC menolak sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri, termasuk Pegawai Khas, Ahli-ahli Majlis kerajaan tempatan dan Penasihat Kepada Menteri Besar jika parti itu tidak diberikan jawatan Speaker.

Tindakan Palanivel ini menggambarkan seolah-olah beliau bukanlah seorang presiden sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berpegang kepada prinsip muafakat dan menyelesaikan sebarang perkara melalui saluran.

Beliau sepatutnya berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengelakkan kredibilitinya selaku pemimpin dipertikaikan. Tindakan Palanivel mengugut Menteri Besar Perak adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan amat dikesalkan sedangkan Dr. Zambry sehingga kini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kedudukan Speaker.

Beliau tidak seharusnya menjadikan perkara perlantikan Speaker sebagai ‘kambing hitam’ untuk menarik perhatian ahli-ahli MIC yang sudah semakin muak dengan corak kepimpinannya.

Oleh itu, janganlah Presiden MIC itu mencari alasan lain untuk mengembalikan popularitnya, termasuk mengheret urusan pentadbiran negeri dengan masalah politik yang sedang beliau hadapi. 

Kita percaya MB Perak tidak akan melupai masyarakat India dalam pentadbiran negeri. Malah ketika Palanivel tidak mengendahkan kedudukan jawatan kaum India dalam pentadbiran negeri, Dr. Zambry menambahkan lagi seorang pegawai khas, seorang Penasihat, selain tambahan senator. 

Palanivel sepatutnya memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum membuat sebarang kenyataan, dan menghormati jawatan Presiden sebuah parti komponen BN yang disandangnya. 

DATO' MOHD KHUSAIRI ABDUL TALIB 
TANJONG MALIM 
9HB JUN 2013

2 comments:

Unknown said...

Di cameron pun dia mng majiriti beratus ratus u di je..lagi nk demand lebih2..jika petisyen pembangkang bwrjaya bye2 la dia..so aku sokong pemilihan MIC nti dr. subramaniam jadi presiden MIC..

Anonymous said...

Dato' G. Palanivel patutnya berasa insaf kerana kemenangannya di Cameron Highland adalah atas bantuan UMNO dan pengundi Melayu. Tindakan beliau langsung tidak mencerminkan konsep permuafakatan yang ada dalam BN.