11 June, 2013

NGEH LUDAH MUKA SENDIRI

Ngeh Ko Ham
Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Dato' Ngeh Ko Ham yang menyelar Kerajaan BN Perak kerana mengadakan Sidang DUN selama sehari pada 28 Jun ini ibarat 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'.

Pengerusi DAP Perak itu dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dengan menuduh Kerajaan BN Perak takut untuk berdebat dan "masih dibayangi dengan kerajaan perompak kerana menjalankan sidang dewan dalam waktu yang singkat".

Ko Ham sepatutnya menyelidik kembali apakah yang sebenarnya berlaku semasa sidang dewan pertama sewaktu pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Perak pada 2008.

Sidang pertama pada 25 April 2008 yang bermula pada 3.00 petang juga berlangsung selama beberapa jam sahaja, semata-mata bertujuan memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta mengangkat sumpah oleh ADUN-ADUN.

Sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan pada sidang pertama dewan pada awal penggal, dan ini juga berlaku semasa pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak.

Selepas sidang pertama, Kerajaan PR Perak ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya, iaitu dari 24-27 Jun 2008 yang ketika itu barulah sessi perbahasan dijalankan.

Nampaknya Ko Ham hanya pandai menuding dan 'meludah' muka orang lain, tetapi dia terlupa sebenarnya dia menuding dan meludah mukanya sendiri.

Sinar Harian 11 Jun 2013
Adun-Adun pembangkang juga tidak banyak memainkan peranan yang aktif sepanjang tempoh sidang dewan pada penggal lalu, yang hanya dipenuhi dengan adengan memboikot dan keluar beramai-ramai dari dewan serta tidak berminat membahas dan membawa masalah rakyat.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh Adun-Adun PR sekadar berkisar isu politik negeri dan negara, tetapi kurang memberikan tumpuan kepada masalah-masalah rakyat termasuklah di Pasir Panjang, Setiawan dan Pantai Remis ketika itu.

Kata-kata Ko Ham kononnya sidang dewan tidak memberi banyak ruang untuk mereka membahaskan masalah rakyat adalah tidak masuk akal, kerana masa yang sepatutnya digunakan untuk tujuan itu telah disalahgunakan dan tidak ditumpukan kepada penyelesaian masalah rakyat.

Ko Ham sepatutnya mencermin diri dan partinya terlebih dahulu, sebelum melempar pelbagai tohmahan buruk kepada pihak lawan.



1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jual dan beli atau iklankan perniagaan anda di www.produkmuslim.info

Daftar segera ia percuma

Terima kasih